Pages

Recce - BERSIH Trail

Event ni adalah sambungan dari trail recce last 2 weeks. Plan asal minggu ni aku akan wat track recce pagi, ke "Lapang Sasar" petang dan Metal Camp on Sunday. Tapi aku cancel ke "Lapang Sasar" dan Metal Camp sbb mak aku masuk Gleneagle hospital due to pitam2 dari 2 hari lepas. Nak jadi citer Jumaat mlm aku xdpt nak ke hospital sbb KL dah kne lock. Jadi aku rasa Sabtu pon akan kne lock so aku teruskan ngan plan asal pagi sabtu which recce track ni dgn En Zul dan Zinov.
Kmi mula mcm biasa melalui rumah pam. Lepas tu turun ke kawasan perumahan setinggan indon dan layan track tanah merah dalam ladang getah. Dalam 4KM kami jumpa jalanraya. So aku xrasa track ni akan jadi offroad sampai ke Dengkil sbb jalan ni bawak kami ke Kampung Limau Manis Putrajaya. So kami patah balik ikut jalan biasa to explore more. Jalan dia just jalan kampung + kawasan perumahan kampung diselang seli dgn kawasan banglo. Jalan dia berbukit kaw2 punya which bawak kami ke Desa Pinggiran Putra.
Dari sini kami plan tuk ikut Sg Merab dan terus ke jalan belakang Putrajaya Precint 16. Sapa yg biasa kawasan Sg Merab akan tau yg kawasan ni mmg berbukit disana sini. Kmi xface byk masalah cuma cuaca agak panas dimana kmi berhenti agak lama beberapa kali untuk refuel. Masa dah masuk balik P16, kmi terserempak dgn event Nexus International School Triatlon. Rasa event tu dah habis kot sbb tinggal signboard dgn penanda ja. Masa kami sampai balik ke parking Taman Rimba Alam we manage to clock ngam2 20KM.
So En Zul berjaya buat his 2nd HM unofficially and Zinov proberly 1st HM. So far this 2 guys become very strong this time which xface byk sgt issue (except En Zul ada sengal2 peha). Next week aku akan ke Sabah for Borneo International Marathon for my 1st May LSD (LSD??) and the other week proberly kami nak redah Ladang Bangi which dipercayai 100% offroad. Dgr budak2 MTB cover up to 25KM sehala. So nak gak ukur betul ka 25KM. Dan part paling best there is PJ Down for me the next day. La ni ada kemungkinan besar aku kje Ahad pagi tu, so let see how it goes.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

zaini said...

as salam... laluan kite ke al jenderami tu tuan.. ada gerai burger kat selekoh patah tuu kan.. tu rumah mak member kite...

kuchalana said...

abg zaini - hahaha.. mmg area tu bang.. kawasan ni sedap untuk riadah sbb byk bukit + xbrpa sibuk diawal pagi..