Pages

Race Report - 12 Hours Penang Walk 2011


Event: 07-08 October 2011
Venue: Esplanade, Penang
Type: Walking
Distance: 61++KM, 12hours
Hadir: Arman & Zul Chap Ayam

Actually aku masih dalam mood recovery. Disebabkan kne keje rini jadi aku amek masa aku tuk cerciter tuk event ni. Anyway, debaran tuk event ni aku dah rasa masa mula2 register the event. Bila aku ckp ngan kawan2 yg aku nak join event ni ramai yg senyum kelat ja. Dan aku sendiri pon xberapa pasti betul ke idak apa yg aku buat ni.

I did a lot of study about Ultra running. Mmg aku berharap tuk jadikan ultra event sebagai satu cabaran yg perlu aku capai dan mungkin boleh dijadikan hobi sepenuh masa. As a start kita buat berjalan dlu then baru citer pasal berlari. Anyway, blogger yg byk membantu is Yim and Ray. Depa ni dah redah mcm2 event. Jadi dari pengalaman depa aku impliment dalam larian aku. Alhamdulillah smuanya berjalan lancar.



Pre race
Sebenarnya aku nak demam 2 hari sebelum event. Sangkut kat opis dengan load kje yg byk + kne ujan hari2 balik keje. Jadi aku cuma manage to clock 10KM training and aku masih jauh dari target for this event. Dgn sakit tekak, paler ping2. Jadi mood nak berlari langsung xda. Suzie plak yg terlebih semangat, dia tolong aku dptkan smua keperluan termasuk tiket dan diet aku. Thnaks yang. Lov u.

Aku gerak pi Penang by tren je. Dari Bangi amek komuter and trun KL sentral and move to Penang dgn Senandung Mutiara. Last aku nek train masa umur aku 13 tahun, la ni baru nak rasa nek tren lagi. La ni rasa gayat jugak la sbb dpt katil atas. All the way aku xdpt nak tido sbb dah mcm zoo dah. Atas bawah, kiri kanan org berdengkur. Dgn budak menagis, dgn org layan phone. Layan main game. Sampai Butterwoth pagi. Mata bengkak dan mood dah mcm zombi. Terus aku bergerak ke terminal feri and gerak ke pulau. Jalan kaki pusing2 cari motel. Aku check in Banana Guest House. Amat bersih dan selesa.

Anyway, aku menginap di Chulia street, sini ramai mat salih and backpakers. Kawasan ni byk arbok and hoker. Masa dalam 7e nak pi beli air tok event malam, ada satu pompuan ni dress mmg dasat la. Dia duk approach satu mat saleh and pompuan ni berckp german. Aku yakin dia ni hoker. Siang2 hari beb dalam 7e + boleh ckp berbagai bahasa. Finaly aku tau dia melayu bila dia ckp ngan budak jaga 7e tu. Dgn lorat penang pekat dia ckp "Klu aku dpt mamat german ni, aku hisap sampai kerin" lepas tu dia gelak mengilai2. Giler psiko.

It takes about 10 minutes ke Esplaned dari penginapan aku. At 10am aku dah ada kat Esplaned pi amek bip. Xramai org pon. Lepas tu aku lepak kat Kedai Kapitan layan nasi kandak and meet ajis kote and old friend kat ITM dlu. Lepas tu aku layan tido sampai ke petang.



Race : 7PM - 11PM
Jam 7 aku dah terpacak kat esplaned. Ramai gler org. Layan jamak magrib and isyak dlu kat toilet padang kota lama. Aku meet old couple melayu yg join event ni. Pak abu dan istri dia. Umur lebih 60 dan wakil malaysia tuk walk event dalam kategory veteren. Wife dia slalu sapu top 3 luar dan dalam negara. Serius sempoi. Byk gak tips yg dia share ngan aku. Dia ckp, dalam larian, yg penting mental kne tenang dan enjoy the game.

8pm kmi dilepaskan oleh Lim Guan Eng. Mamat ni sempoi betul. Mcm xda protokol, dia duk mai jumpa participant, borak2, amek gambau, gelak2, buat lawak, Xda bodyguard. Lepas tu ckp melayu mmg fasih. Sempoi. At early stage event ni aku xface apa problem pon. Just walk as plan.

Aku plan tu make 10minit/KM. Means aku boleh clock at least 60KM+- to 70KM dengan rehat. Anyway, hydration plan aku, aku akan stop at every 2hours. Refill air botol yg dicampur dgn B complex dan makan at least seulas roti or pisang. Setiap 1Km aku akan layan setegok air botol. This will keep me not dehydrated. Aku ada bekal gak gula2 dan kismis. Aku layan all the way klu rasa mulut kering. Lagi satu, seblum race aku telan satu can air Mountain Dew. So far mengikut kajian aku, air ni kandungan kafein dia lagi tinggi dari air2 lain. Jadi this really help to keep me awake sampai ke pagi.



Race : 11PM - 3AM
At 11PM aku dpt clock 20KM. Ahead of schedule. Jadi aku yakin boleh clock more KM at this level. Masa ni aku tukar kasut dari vibram ke running shoe aku. Nak terbakar tapak kaki pakai vibram.

Nak jadi citer, hujan and ribut turun jam 11.30pm. Masa ni track dah makin kurang org. Ramai melepak kat kawasan rehat peserta. Masa ni makanan pon di serve + hujan, aku yakin ramai yg lepak tunggu ujan berenti. Aku amek different approach, just continue walking. Hujan ka, ribut ka, panas ka, salji ka, i have a mission to complete. Anyway, masa hujan ni aku jadi makin bersemangat sbb badan jadi sejuk skit dan selesa. Masa ribut turun, aku bergerak dkt ngan Zul Chap Ayam. Terjerit2 jugak la si zul sbb hujan lebat giler. Masa ni terperanjat aku bila tgk angin laut yg kuat + ombak tinggi2 pukul tebing pantai. Seriusly masa ni fun lagi sbb kesan hujan xterasa.

At 1am, Masa ni ramai dah mula masuk gelanggang balik dgn berpayong or berbaju hujan. Ramai gak yg berselipar ja sbb kasut basah gamaknya. Tapi langkah masing2 makin slow. Seriusly syok masa ni tgk tanda2 mereka2 untuk menjadi zombi.

At 2am jalan makin lengang. Aku dah mula sangap. Aku singgah dkt kedai mamat tepi jalan and layan coke. Another plan tuk hilangkan ngantuk. Hujan plak xda tanda2 nak berenti, makin kuat ada. Angin pulak xingat kat tepi pantai tu. Langkah dah hujung2 ni makin slow sbb kaki dah mula nak mereput. Terendam lama dalam air.


Race : 3AM - 5AM
Masa ni aku dah clock lebih 40KM. Mental and fizikal masih kuat. Xda tanda2 nak berenti. Masa ni dah kelihatan zombi dimana2. Ada zombi yg tido kat bustand, ada yg tido kat divider jalan, ada yg berjalan dalam tido, ada yg beromen masa berjalan sama2 bawah payung. Mcm2 ragam. Bawah khemah peserta plak, depa duk layan makan. Bila aku take 5 ja makanan dah abis. Hantu betul.

Masa ni aku berenti few time. Aku tukar baju dah stokin. Tapak kaki dah mula kasi kesan dia. Melect dimana2. Aku did try berjalan kaki ayam, tapi xboleh le, makin reput kaki aku. Jadi aku tukar stokin few time bila rasa pedih kaki. Aku rasa klu pakai stokin drymax pon xjalan klu hujan xberenti2.

At 5PM aku dah mula ting tong. Ngantuk dah terasa. Perut rasa xselesa. Jadi last aku berenti tukar baju. Badan pon dah mula sejuk. Masa ni jalan totally lengang. Tinggal hantu2 raya yg nak pulun extra KM. Serius at this level tuhan ja tau perasaan dia.

Race : 5AM - 8AM
Masuk jam ni aku dah xkisah pasal KM lagi. Masa ni aku dah mula nak masuk fasa zombi kampung pisang. Masa ni mental aku gagal berfungsi dgn baik. Dah dkt2 subuh tu, mainan perasaan dah mula ganggu fokus aku. Lepas ja azan subuh, aku terkenang my late father. Serius mental oledi take over my body. Aku terkenang semngat dan kemampuan yg dia ada dalam hidup dia. He is not a quiter. Then aku pikir, i am not a quiter to. Meleleh gak la air mata terkenang hero aku ni. Dalam keadaan sejuk + letih + ngantuk aku rasa sapa2 pon boleh berada ditahap terkening semasa dulu mcm ni.

Anyway, this really make me more stronger then what i aspect. Aku keep walking dan masa ni sakit and ngantuk dah xda dalam otak aku. Lepas kejadian terkenang ni aku trus layan solat subuh and continue the walk lepas tu. At this level aku amek biji tasbih dan berzikir all the way. Sekurang2nya aku akan menjadi lebih tenang dan tidak terkenang2.

Bila cuaca dah nak cerah, aku tgk jalan makin penuh org. Rasa yg layan tido smlm dah bangkit. Tapi masih kelihatan la yg tido tepi2 jalan tu. Aku keep walking, sampai ke akhir garisan.


Post race
Aku manage to clock 61++KM in 57 loop. Dpt no 10 keseluruhan Men Open. Suprising, 1st time aku dpt top 10 lepas zaman skolah. Hujan masih xberenti pagi tu dan aku yakin tuhan mmg nak uji smua yg hadir tuk event ni. Lps race aku lepak ngan zul and his wife layan makan. Zul manage to clock <> 30KM.

Masa nak balik bilik, mengangkang2 jugak la berjalan. Tapak kaki aku hancur, melecet and luka sana sini. Celangkang pon sama melecet. Anyway, aku learn byk dalam event ni. Dgn hanya membaca dan melihat pada aku xsama kalau kita sendiri yg buat sesuatu perkara. I am happy with all this. I beliave this will make me more stronger dalam dunia lasak ni.

Hope aku boleh baiki jarak dkt Melaka 12 hours walk bulan december nanti. Now still in recover mood and hope boleh recover cpt. Ada Putrajaya Night Marathon plak weekend ni.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

9 comments :

Anonymous said...

sgt respek. tahniah.

pye:rudz said...

tahniah!

RaYzeef said...

Arman sekalung tahniah! Fuhh top 10 lagi :)

Sekarang misi untuk recover, bykkan minum air dan buang air supaya sel-sel rosak masa event terus keluar dr badan.

jangan lupa buat recovery walk/run, jgn tunggu lama sangat.

again congrats. Sangat dasat!! he he

kuchalana said...

tanpa nama> tq

pirus> tq

ray> tq ray.. anyway nak tanya hang.. kes melecet ni.. sampai celangkang pon melecet beb.. ko ada kne ke masa sundown? hal ni cuma yim ja ada citer.. jgn pakai underware.. tapi xselesa la..

RaYzeef said...

ha ha...i guess most of us leave the underwear at home:)

Arman, *ini rahasia besar* he he aku x pernah pakai sejak masuk race. Get used to wearin nuthing underneath plus u need to put some veseline between the 'celangkang'.

kuchalana said...

ray> hahahah.. ok2 i take that advise.. patut la korang balik dgn hati yg gembira..

zulhassan said...

tahniah...aku sendiri pun tewas pada pukul 1:30am tapi ko masih teruskan perjuangan... hebat.

Harap umur panjang dam kita akan jumpa semula di Melaka.

kuchalana said...

zul> PNM xturun ka? Insyallah Melaka kita repeat..

Blogger said...

New Diet Taps into Innovative Concept to Help Dieters Get Rid Of 12-23 Pounds in Only 21 Days!