Pages

Kisah Buah Pinggang

Baru2 ni aku ada borak ngan sorg kawan kat opis. Dia berkisah tentang perihal ibu beliau yg menjalani dialisis untuk penyakit buah pinggang. Beliau ini perempuan berketurunan india. Kata dia ibu dia mendapat penyakit buah pinggang berpunca dari penyakit 3 serangkai. Pertama sakit jantung, kedua darah tinggi dan ketiga kencing manis. 3 serangkai ni dia dpt dari pemakanan dan cara hidup. Jadi disebabkan ubat yg dimakan untuk penyakit 3 serangkai ni, maka buah pinggang dia pon kaput. La ni dia kne pi dialisis 3 kali sminggu. Makan pon bercatu dan yg paling teruk dia boleh minum 3 liter air je shari, klu dak peparu akan overflow.

Actually dia pon berkisah pengalaman beliau bila bawak ibu dia pi dialisis. Dia jumpa ramai org muda yg dah dpt penyakit buah pinggang ni. Almost 80% adalah melayu, 5% cina dan lelain bangsa lain. Antara kes yg di kisahkan,

1. Kes perempuan melayu berusia 25 tahun. Cantik, kurus dan fit tapi ada penyakit buah pinggang. Sebabnya adalah jamu. Dia amek jamu dari zaman skolah dan la ni dah 2 tahun disahkan ada penyakit buah pinggang.

2. Kes perempuan melayu berusia 28 tahun. Berkerjaya dan berbadan agak gempal. Dpt sakit disebabkan amek ubat pelangsing. Dari 120KG turun 30kg dalam 3 bulan. Masuk bulan ke-4 pengsan. Pi hospital, dua2 buah pinggang rosak. Gara2 ubat pelangsing.

3. Kes lelaki melayu berusia 30 tahun. Berkerjaya. Dpt sakit sbb arak. Dia mula minum dari usia remaja dan skolah. Perokok tegar dan mengamalkan hidup yg xtentu arah. Dua2 buah pinggang kaput.

4. Kes lelaki india berusia 40 tahun. Vegi dan mengamalkan kehidupan sihat. Dia kne sbb pengambilan berlebihan supliment dalam makanan. Sebab dia vegi dan kurang some vitamin dia amek dalam bentuk kapsul dan berlebihan. Dah sangkut dgn penyakit ni dari diognose pihak bertangjwb.

Tuk skali kos dialisis kat private dia kata makan lebih kurang RM300. Klu pi kerajaan atau tajaan ngo lebih murah dan ada yg free. Dia ada advise tentang pemakanan untuk mendapatkan buah pinggang yg sihat. Fungsi buah pinggang adalah menyaring bahan kumuh. Jadi klu nak menetural dia kne minum byk air masak. Sbb apa bangsa cina kurang kne penyakit ni? Sbb depa mewajibkan keluarga depa minum air masak byk2 tiap2 hari. Melayu or india mmg minum airhari2 tapi smua air manis atau air masam.

Klu kita ingat, Nabi pon mengamalkan perkara ni. Baginda minum segelas air sejuk setiap pagi lepas bangun dari tidur. Jgn pandang remeh hal ni sbb kawan aku ni mati2 kata kesihatan xboleh dijual beli. Tips dia mudah ja, amek air masak sebanyak yg boleh setiap hari.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

pye:rudz said...

minum air kosong 2 liter sehari telah menjadi amalan aku sejak lebih kurang 10 tahun dulu. aku buat pun sebenarnya sebab memang aku rasa badan aku cepat dehydrate. along the way tu baru tau banyak khasiat rupanya amalan aku tu. alhamdulillah.

kuchalana said...

pirus> yes.. mmg kne amal hari2.. aku ni mana2 pi pon ada air masak sebotol..