Pages

Tempo Run



Ya kita masuk kepada perkara yg lebih teknikal. Actually lepas Men Shape Run ritu aku tercari2 sebab2 aku berlari agak perlahan. Aku percaya aku masih mengamalkan system yg salah dalam latihan. Maka aku terjumpa lebih detail tentang perkara2 berbangkit berkenaan.

Jadi apa dia Tempo Run?
Tempo run adalah larian performance dalam steady pace. Dalam erti kata lain, kita berlari pada kelajuan yg hampir kepada kelajuan maksima dalam pertandingan untuk jarak tertentu.

Apa Kelebihan dia?
Dari term teknikal dia, kita mengajar otot2 kita bekerja dgn lebih effision terutama dalam penggunaan otot, oksigen dan tenaga. Jadi badan kita akan dibiasakan untuk berlari dgn konsisten pada jarak dan kelajuan yg sekata. Kelebihan lain, kita akan ajar otak kita tuk terima keadaan yg kita akan berlari pada jarak yg jauh dgn kelajuan yg sekata dan yg pasti kelajuan tu lebih laju dari pace yg biasa kita buat.

Jadi aku pon buat la research skit. Actually kebanyakan pelari menggunakan method ni dalam membina keyakinan dalam kelajuan melawan jarak. Kebanyakan pelari kenya depa hentam tempo run ja sbb tu depa berlari mcm ribut.

Jadi tempo run ni digalakkan buat sminggu skali, tapi aku buat 2 kali seminggu tuk bulan posa ni. Jadi apa kaedah dia.

1. Warm up 15 minit.
2. Lari 1KM dalam kelajuan berbaloi2. Aku buat pace 5-7 minit.
3. Rehat 2 minit.
4. Ulang langkah 2. Aku ulang 4 kali untuk bulan posa ni atau bersamaan 4KM.
5. Warm down 15 minit.

Jadi peningkatan jarak digalakkan buat 10% ke 20% setiap sessi sehingga kita selesa dgn jarak yg kita mahukan. Lagi satu tidak digalakkan berlatih sehari selepas tempo run. Seeloknya kasi otot dan badan recover sehari lepas tu baru sambung dgn latihan pada hari terkemudiannya.

Ada amaran awal dalam latihan ni. Pilih jarak yg sesuai untuk mengelakkan kecederaan. Jgn le amek jarak jauh2 klu xlalu. Mula dgn jarak yg boleh dibawa oleh badan. Keduanya, pace larian jangan push diri tu sgt. Agak2 pada mana badan boleh terima. Xpyh pecut atau slow sgt. Sedap2 laju dia. Satu lagi warm up dan warm up tu kne buat betul2 tuk elakkan kecederaan for next training. Post training pon penting. Supliment dan pemakanan kne betul. Klu dak peratus kecederaan adalah amat tinggi.

Actually aku xdpt tgk kesan dia lagi sbb xpi buat long run lagi. Jadual long run aku bulan posa ni tiap malam minggu di Putrajaya for 11KM. Hope minggu ni xda byk hal.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :