Pages

Ramadhan Ya Ramadhan


Weekend smlm aku pi buat servey dkt GM Klang. Just to see if there is any peluang2 perniagaan yg baik. Agak mengecewakan la jugak sbb xda byk sgt mende kat sini. Dalam iklan aku tgk punya la grand. Concept yg cuba diketengahkan pon agak menarik sebenarnya. Depa plan tu put pusat borong kat sini. Aku rasa idea tu amat bagus sbb location dia dkt dgn port n subang kargo and easy to access pada customer sbb sebelah MRR2 je. Dari overall concept mmg byk le kedai2 borong kat sini. Cuma harga dia xda la harga borong. Dari apa yg aku nampak mahalnya boleh tahan. Jadi xtau mana silap, samada sewa kedai mahal or what xtau le. Jadi it not serve the concept. Noktah.

Anyway, we plan to open our 3rd minimart dekat Teras Jernang soon. This is myloveone project this year. Paperwork dan overall plan sedang direview dan allocation sedang dipertimbangkan. Actually this new shop dekat dgn MFI dan Mara Politec. Dia dah aim kedai tu 2 tahun dari depa mula2 bina kawasan tu. Aku yakin kalau ada usaha, rangka plan yg betul, marketing strategy yg menarik, doa dan tawakal. Insyallah boleh jalan punya. Hope this will be rezki my baby yg dah masuk 20 minggu. Futher sister in law aku pon baru benti keje jadi dia nak masuk share. Hope this will be a right time and right place for this new shop.

Minggu ni xda plan for heavy training. Mungkin berlari cukupkan at least 30KM sebelum Rexona Men Challange sabtu ni. Kesihatan pon semakin baik. Alhamdulillah. Cuma batuk masih xberapa nak kurang. La ni duk telan madu slalu. Kasi internal organ bersih skit. Ni kotor ni sbb byk isap rokok dlu nih.

2 minggu lagi posa dah. Ramadhan betul2 semakin hampir. So far plan as usual. Training mungkin berjalan mcm biasa. Cuma jarak mungkin akan dikurangkan. Nih dah ada ura2 nak beli beskal nih. Jadi malam lepas terawih boleh aku hentam jauh skit berkayuh. Futher, tahun ni kedai2 aku smua tutup kol 6.30pm. Awal tuh, tapi bukak awal la. Jadi staff xda alasan nak beramal tahun nih. Dan aku sendiri pon plan tuk terawih at least dpt 80% hari dari tahun2 yg sudah. Seriusly aku rindukan ramadhan n best part tahun ni ada allocation lebih ckit tuk kaum2 di Pru. Insyallah rezki korg tahun ni dpt kurma ok skit. Rezki ALLAH.

Aku teringat kata2 Abg Zaini yg slalu membuatkan aku menagis.

"Tapi tahukah apakah faktor utama yang menyebabkan seseorang itu boleh menjadi sekaya-kaya manusia...Sesungguhnya sekaya-kaya manusia ialah seseorang yang meyakini di dalam hatinya bahawa dirinya tidak memiliki sesuatu pun bahkan segala sesuatu itu hanyalah milik Allah Jalla Wa Azza yang bernama Al Ghaniy dan Al Mughniy...Dengan yang demikian hatinya menjadi kaya dengan tenteram,tenang, istiqamah dan ikhlas dalam usaha dan amalnya untuk beribadah kepada Allah Taala tanpa gangguan yang boleh mengganggu gugat atau merosakkannya.... "

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :