Pages

Aku dan Kisah Cinta Dua Benua



* klu korg nyampah nak bca sila abaikan artikel yg berperasaan ini.. :P

Semalam masa berlari aku terkenang pada kisah aku dan myloveone. Dari kami kenal sampai la dia jadi bini aku hari ni. Actually byk pengorbanan yang dia dah buat pada smua. Seriusly klu aku berada dkt tmpt dia, aku xrasa aku boleh menjadi setegar dan sekuat dia. Aku nak share skit kisah2 yg mungkin kita boleh belajar dari kecekalan dia.

Dia dulu kristian. Sblum kenai aku dia convert masuk islam. Bapak dia Cina dan mak dia Iban. Kat Borneo kawin campur perkara biasa. Masa dia convert tu, mcm2 hal jadi pada dia sbb family dia ni pure dgn ajaran kristian. Tapi dia tetap layan keluarga dia dgn baik. Balik klu musim cuti dan menjalani idup mcm anak dan adik beradik lain di rumah. That is the 1st thing yg aku suspect dgn dia.

Kemudian masa dia belajar kat UKM, aku duk menggatai nak berkawan dgn dia ni. Gentleman beb. Xda kias2, trus pada tujuan dan ayat xda perenggan2, smua ikut point. Masa ni status aku duda anak 2. Kira buy 1 free 2. Payah beb nak cari makan. Actually mmg aku tgh cari seorg perempuan yg boleh jaga anak2 aku, boleh tgk2kan kedai2 aku, boleh jadi teman aku masa hiking dan running, boleh duk berejam tepi padang tgk aku main rugby or futsal, boleh jadi kawan pada mak aku dan adik aku dan yg paling penting jadi peneman hidup aku tuk sisa2 hidup yg ada. Dia ok jer masa tu, as simple as i am, lagi pon dalam byk2 pompuan yg dirisik aku rasa dia yg terbaik dan calon yg paling sesuai. Actually it takes time jugak la nak approach sbb bukan sng nak jadi pasangan kepada superman mcm aku ni. Kne plak masa tu aku kerap travel kesana kesini dalam menguruskan tuntutan kerja.

Masa aku xda dia la yg tolong aku tgkkan anak2 aku. Tgkkan kedai2 aku. walaupon masa tu dia masih belajar. Dia gradute dgn cemerlang walaupon dalam masa yg sama cuba menjadi pembantu kepada superman. At the same time aku train dia berniaga. Alhamdulillah dia ni hard working dan mahu belajar. Sentiasa rendah diri dan yg paling aku suka lasak mcm aku. Finally kami bernikah (nikah mualaf paling sng kat jabatan agam)a. And bukan tu ja, aku face few issue jugak dgn family dia sbb dia kawin dgn lelaki majmuk(melayu+cina+india+sigh+jawa) mcm aku ni. Muka ja dah mcm umur 40 tahun walaupon umur xlepas 30 lagi. Tapi alhamdullilah berkat doa dan kesungguhan kami dalam menjadikan kehidupan ni lebih bermakna, smua tu dapat ditangani dgn baik.

Hari ni alhamdullillah dia menguruskan 3 kedai komputer aku dan sebuah kedai runcit dia sendiri. Ni pon ada ura2 nak bukak lagi kedai dalam tahun ni. Insyallah jika dizinkan. Anak pon dah nak masuk 4. Aku betul2 bahagia. Byk mende aku belajar dan ubah dari kegagalan rumahtangga aku yg pertama. Anak2 smua happy bila dpt mak baru, lagipon dia ni klu xkawin ngan aku pon akan jadi cikgu bhasa inggeris. Tapi sbb dah kawin ngan aku baik keje sendiri and tolong aku. Jadi she's very like kids and tau camna nak handle budak2.

Futher byk perkara dan galakan yg dia beri pada aku lepas kejatuhan empayar business aku dlu. Buku aku pon dia yg audit dlu sblum kluar ke pasaran. Business2 aku pon byk process baik pulih dan added value dari dia. Aku bersyukur dengan apa yg ALLAH aturkan untuk aku. Tanpa aku sedar kuar jugak air mata bila kenang kisah idup aku ni. Kdg2 dah puas diberikan ribut sepanjang hari, petang sikit keluar pelangi tuk menghiburkan hati. Itu smua kuasa ALLAH. DIA lebih maha mengetahui tuk setiap sesuatu. Aku yakin setiap org ada kisah masing2. Itu yg menjadikan idup kita lebih kuat dan lebih bermakna.

Anyway, i am expecting my 4th child early next year. Lepas stahun aku berhiking dan beradventure dgn myloveone, kmi mula plan 2nd quater tahun ni to have baby. Lagi pon anak2 smua dah besar2, anak dara aku dah kene adik sbb manja sgt.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

8 comments :

@xiM said...

gagal sekali tak bermakna gagal selamanya bro..

good luck!!terharu baca kisah cinta ko ni.

Anonymous said...

memula dtg umah abg dulu tgk akak terus terkujat...Ohh... hasben n wife rupenye uols ahahaha...

kim salam kt akak... kalau wat rumah terbuka lg jgn lupe jemput ye..ahaha...

-JM-

kuchalana said...

xim> xdiuji kita ni kalau ALLAH xsayang.. alhamdullillah aku yakin DIA lbh mengetahui.. tapi byk lagi yg mendatang.. insyallah klu kita pegang pada rukun iman.. kita akan dpt lalui dgn tenang..

JM> tahun ni insyallah ada makan2.. nanti jgn xdtg tau.. boleh gosip lama sikit.. :)

Anonymous said...

ohhh aku terharu membaca kisah cinta mu..

betul.. orang nampak kita bahagaia je.. seronok.. tapi kesusahan bersama tak sape yang tau..

orang jantan ni memang perlukan perempuan kat sebelah dia untuk berjaya..

aku doakan kebahagiaan berpanjangan untuk korang anak-beranak..

-KuraKura-

arman said...

kura> amin..

:: Cikgu Wiween :: said...

da ompek anak lu baba. eheheh

kuchalana said...

wiwin> biasa.. productive slagi lalu..

Clifford said...

Goodness, there's so much effective information here!
Ptsd Test | chevy dealers | free birth announcement templates