Pages

This Weekend - Back To Back Again




Kelmarin Race pack tuk Standard Charted KL Marathon dah sampai umah. Myloveone yg lebih excited dari org yg nak berlari. Aku tgk jer brg2 yg ada terus rasa berdebar2. Hampeh. Serius dah lama xrasa perasaan ni. Perasaan org was2 tuk abiskan event ni. Hahahah.

Anyway, this weekend ada back to back event. Sabtu aku akan ke Gunung Bunga Buah for day hike. Ada lebih kurang 20 kaki yg dah confirm nak turun dari jemputan FB. Klu ikut ada 4 team yg akan join trip ni. Team dari Prudential (kaum2 opismate yg nak pi kinabalu awal bulan depan), geng2 TM (malaysian hikerz), Team aku (Team Pacat Adventures) and ada satu kaum yg tiba2 nak join. Aku percaya kami pernah bersua masa naik Mt Kutu last month.

Gunung ni dibawah tanah tinggi Genting. Antara hot spot untuk day hike nowadays. Jadi aku aspect ramai sok selain dari team kmi. Cuma 1st time naik ramai2 ni aku xpasti kesan dia secara keseluruhan. Ni termasuk timing, kaedah pengurusan masa, pengurusan logistik dan segala yg bersangkutan. Insyallah boleh jadi pengajaran dan pengalaman dalam menghandle big group pada aku n team tuk amsa depan.

Ahad pagi lepas subuh sambung LSD (Long Short Distance) kat Presint 3. Aku nak buat 2 loop. Dari POJ-PICC-Mesjid Merah. Satu loop = 14KM jadi 2 loop = 28KM. Xda target masa. Cuma put max time 4 jam. This will be my last LSD sebelum StandChard next week dan Ipoh Marathon the other week. Aku target nak abiskan ja kedua2 event ni. Masa tu campak tepi dulu just put max time 3 jam sengah ler ikut masa yg ditentukan oleh penganjur.

Stakat hari ni (dalam bulan ni) aku dah berlari dekat 60KM. Insyallah dpt achive target to run >100km in a month. Best part, berat aku xberubah. Makin naik ada. Ayat sedapkan hati, mungkin naik sbb dah jadi otot. Pejal2 dah ni. Hahahahahha... tangki oksigen kat perut pon dah makin kempis. Jadi as a target, aku bukan nak kurus sgt. Aku nak dptkan angin dan disiplin skit. Klu dak makan mcm xda hari esok.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

@xiM said...

aku pun join standard chartered KL marathon tapi fun run 5 KM sahaja..tak hebat macam hang sampai 21 km..

kuchalana said...

suka2 ja yop.. anyway.. 5km start dkt parlimen.. klu terserempak.. tegur2 la yer.. :)