Pages

Hiking - Gunung Kutu - 21/05/2011

Event: 21 May 2011 (06.30AM - 10.00PM)
Venue: Kuala Kubu Baru
Type: Hiking
Distance: 1100m/3600ft dari aras laut (6 jam setengah naik turun)
Hadir: Arman, Nuar, Zulkiflee, Mimi and Syam

Banyak perkara telah berlaku untuk trip ni. Malam sebelum trip aku ke KL 2 kali. Skali untuk hantar anak2 aku ke rumah mak aku dan kedua pickup balik dorg dalam kol 2am. Adam demam. Actually masa hantar tu xda tanda2 demam pon. Sihat je makan and citcat dgn aku. Tup2 kol 2am mak aku call kata yg adam demam. Jadi aku pi balik KL amek they all. At the same time pulak en zul msg aku kata baru nak tido sbb standby keje. Jadi klu ikutkan kami smua tido lepas jam 3AM pagi tu. Anyway, pengorbanan yg paling besar dtg dari myloveone. Dia berjaga sepanjang malam jaga adam n dia xdpt ikut trip ni. Aku tau dia kecewa, tapi aku yakin things happen for reason.

Jadi subuh tu nuar mai umah dan aku bergerak tuk pickup en zul plak. Myloveone bekalkan aku burger and tuna sandwich as sarapan and lunch (TQ Yang, jasa mu dikenang). Early plan patut Ezwan ikut tapi cancel last minute sbb team dia ada trip lain ke GAP and Ulu Smagkuk pagi yg sama. Jadi aku xjadi ke Puchong tuk pickup dia and terus ke Rawang tunggu Sham and Mimi. Sampai ja depa we all trus bergerak ke Kuala Kubu Baru (KKB). Jadi bawah ni aku share skit landmark and route ke Mt Kutu. Aku yakin ramai yg turun pertama kali akan sesat klu xbetul2 prepare. Sbbnya byk sgt denai dan kebanyakannya xda marking. Area ni kawasan org asli, they all menoreh getah, jadi jalan nak sampai kekaki gunung tu mmg agak tricky.

1. Dari town KKB ikut tanda ke Fraser Hill
2. Akan jumpa Selangor Damn, betul2 lepas damn tu dkt jambatan yg ada ramai org mancing, terus signal ke kanan. Masuk ke Kg Pertak.
3. Terus ja dan amek smua jalan kekanan sampai jumpa jalan mati. Kat situ ada byk kete parking. Ada yg mai mancing, picnic or hiking kat area ni.
4. Jd siap2 la, akan jumpa jambatan gantung yg pertama, lepas tu berjalan ikut jalan 4by4 dan akan jumpa stu anak sungai lagi. Ada satu lagi jambatan gantung nak roboh kat sini.
5. Then lepas jambatan ada juction Y, amek kiri. Kat blah kanan akan jumpa rumah org asli. Terus ja akan jumpa jalan 4by4 lagi. Dkt sini dah start ada marking merahputih. Ni kita berjalan dalam ladang getah.
6. Lepas tu kita akan jumpa satu sungai yg agak besar + agak dalam + agak deras. Lepas sungai, ikut jalan ke kiri. Ni jalan bersemak sampai ke kepala.
7. Akan jumpa 1 lagi anak sungai, lepas tu ada Y junction lagi. Amek kanan. Yg ni penting ni sbb ada yg ikut kiri dan korg akan sampai ke neraka. :)
8. Lepas dari ni akan ada byk marking dah. Ikut ja sampai ke peak.

Orait, peak dia sebesar gelanggang tennis. Ada batu tanda besar yg aku percaya bekas sbuah kubu atau rumah dari penjajah. Sini ada telaga buatan. Jadi pada yg nak camping, ada la sumber air yg perlu dimasak. Sepanjang jalan nak sampai ke peak tu kita akan lalui byk kawasan buloh. Ada satu kawasan berbatu seperti gua yg akan ditempuh. Klu nak ikut tu landmark tuk separuh perjalanan. Ada separuh lagi tu go. Track dia xda la susah sgt, jalan terlalu terang. Jadi ikut ja. Lagi stu klu datang wekeend aku jamin ramai org. Xkan sesat punya.

Nak jadi citer, hujan plak dari batu gua sampai ke atas dan makin lebat bila nak turun. Jadi kmi xnampak view yg sepatutnya. Tapi xkisah le yg penting kami dah reach peak. Jadi all the way turun tu kami tergelincir byk kali. Track terlalu terang jadi xda byk pokok kecik nak pegang masa turun. Lagi satu, seplastik sampah jugak dibawak turun sampai kebawah. Agak menyedihkan sbb hiker's yg naik masih xda kesedaran tentang alam sekitar. Sampah merata2 sepanjang jalan. Jadi seperti kempen kami sebelum2 ni, kami akan terus mengutip dan membawa keluar sampah2 yg ada. Cuma aku mintak sesangat kita sama2 tinggalkan tapak kaki jer bila hiking. Xkan nak tunggu org lain plak kutip sampah kita.

Sampai ke bawah xda plak hujan. Mmg ujian betul. Kmi layan mandi dlu kat jeram sepanjang jalan tuk bersihkan diri. Lepas tu layan makan kat KKB. Satu lagi cabaran happen. Jammed giler jalan sepanjang ke KL. Xtau apa hal plak malam tu ramai plak yg turun KL. Tambah dgn hujan menjadikan ianya sempurna. Dkt kol 10PM baru aku sampai umah. Overall, trip ni memberikan satu lagi cabaran dan keseronokan yg berbeza. Antra track yg aku akan repeat lagi nanti. Insyallah n Ole.

Msg Dari Team Pacat Adventure
"LOVE, PEACE & HARMONY CAMPAIGN"


Please help to conserve the environment. More and more people visit all these interesting places every day, so please be more carefull to conserve the plants and vegetations. Please educate our team to PICK UP RUBBISH, KEEP YOUR OWN RUBBISH AND DON'T THROW YOUR RUBBISH EVERYWHERE. Set a good example for the FUTURE.- Team PACAT Adventure




*Team at Y juction






* giler best.. sejukkkkk..






*bentara guru di batu gua






* peak






* batu rumah api dkt peak






* dgn sampah yg dikutip sepanjang jalan turun

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

JM said...

ohh..lame gila tak hiking...last pergi new year 2010..kt lata berembun.. lepas tu tak buat dah.. penattt.. stamina ciput hahaha

kuchalana said...

kene senaman dik.. kawan2 ramai yg dah dpt penyakit masuk umur 30..