Pages

BackToBack - Putrajaya Night Run and Bukit Cerakah

Event: 14 May 2011 (9PM)
Venue: Palace Of Justice, Putrajaya
Type: Running
Distance: 15KM (1 and half hours)
Hadir: Arman and Family

This week target aku nak achive 21KM aka half marathon. Saja nak tgk kemampuan mental dan fizikal. La ni 2 perkara ni berbeza tapi berjalan seiring. Jadi mcm biasa myloveone smua ikut malam tu. Berbekalkan nasi arab berlauk kambing (rasuah awal2) they all dgn setia menunggu aku dekat padang depan palace of justice tu. Sib baik la ni tiap malam minggu ada konsert kat situ. Ada live band beb + ada show sarkas. Menarik jugak la. Perbadanan Putrajaya kene bykkan lagi event2 public mcm ni supaya public yg mai xbosan duk situ.

Mlm tu ramai gler manusia. Aku percaya depa ni bukan kaki AF. Jadi aku pon berlari dgn begitu bersemangat mlm tu. Aku tgk ramai jugak la kaki2 berlari dan berbasikal mlm tu. Actually aku xda masalah tuk habiskan 1st lap aku dari roundabout sblum PICC sampai ke round about mesjid merah. Satu loop tu dalam 10KM. Klu amek sampai PICC satu loop dalam 15KM. Masuk ja loop kedua, jari kaki dah berdenyut. Terpaksa berhenti. Tu dia melecet beb jari kaki. Jadi kene la berhenti sbb xnak dpt injuri lain. Kecewa aku mlm tu. Baru ingat nak sambung dgn barefoot, at least abiskan lagi 6KM tapi terpaksa batalkan hajat sbb kene simpan kaki tuk event kayuhan soknya.

Lepas warm down, duk layan nubhan menyanyi unplag kat padang tu. Xpa, next aku nak lari kaki ayam jer. Tgk berapa kilo boleh tahan. Xtau sbb apa, samaada kaki mengada2 or stokin xsesuai or kasut xsesuai. Jad kajian masih dijalankan.


***
Event: 15 May 2011 (9AM)
Venue: Taman Cahaya, Bukit Cerakah, Shah Alam
Type: Cycling
Distance: 10KM mendaki (2 hours)
Hadir: Arman and Family


La ni anak2 aku bersemangat giler nak pi berkayuh. Pagi2 lagi depa dah bangun. Kmi sampai shah alam dalam jam 8am. Layan nasi lemak dulu kat seksyen 2. Giler byk berubah dah shah alam dari masa aku belajar dulu. Kmi sampai ke taman cahaya dalam 9 lebih. Tu dia, parking penuh dan aku expect ramai gler org dalam tu. Lepas bayo tiket, terus pi cari beskal. Sib kami baik sbb beskal tuk family (satu basikal + ada tmpat duduk budak) mmg byk. Tapi geng2 yg dtg single kene beratur tunggu beskal sbb beskal dah abis. Kmi awal2 dah buat peta, nak pukul laluan B ja hari tu and klu smpat pukul laluan A kemudian hari.

Start2 je dah kene pukul dgn anak bukit laluan B. Putus napas jugak la sbb aku kene bawak adam. Badan dia besar dah la ni, berat budak 8 tahun. Byk kali jugak la berenti n menolak. Alhadullillah abis route ni in 1 hour. Jadi ada byk masa tuk pukul route 2. Kmi terus dgn route 2. Kmi abis pukul route 2 in 1 hour jugak +-. Actually track dia mmg best klu mai dengan basikal sendri. Terasa sampai tulang pinggul beb.

Cuma aku agak terkilan dgn keadaan taman ni. Serius terbarai. Binatang n tumbuhan pon mcm nak taknak jer idup. Aku berharap sgt pihak2 yg berwajib revise balik keadaan taman ni. Anyway, aku akan mai balik nanti tuk repeat Skytrax and buat personal cycling dgn team untuk Rexona Men Challange July nanti. Till then, ole.




kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

pye:rudz said...

inilah namanya keluarga sihat!

kuchalana said...

Perut naik xterkawal la yop.. kene bersenam slalu skang ni.. :)