Pages

Bagaimana Kita Menilai Kekayaan?



Cukup lama aku tidak menulis. Blog aku bersawang, hanya sedikit update skali skala di dalam mukabuku. Agak sibuk dgn kesibukan kerja dan aktiviti cabaran setiap minggu sehingga lupa tentang perkara2 kecil dan minat lain yang tertanam didalam hati. Alasan biasa bagi seorg lelaki, kerja.. kerja dan kerja, sibuk.. sibuk dan buat2 sibuk. Lumrah bagi mereka yg leka dengan dunia yg fana ini. Sekarang aku kembali untuk menulis dan insyallah kekal menulis.
Berbalik kepada tajuk diatas. Dari hari kehari aku mencari jawapan kepada persoalan diatas. Berguru dari pengalaman hidup.. gagal, berguru dengan mereka yang telah kaya katanya.. masih tidak jelas, belajar dari mereka yag dikatakan miskin.. masih belum berjumpa, membaca dari smua jenis bahan bacaan.. masih samar.
Bagaimana kita melihat erti kekayaan? Adakah dengan mempunyai satu juta nilai harta bersih dikatakan kaya? Adakah mempunyai jumlah simpanan maksima didalam akaun ASB dikatakan kaya? Adakah dengan mempunyai perniagaan bernilai beratus ribu hatta berjuta dikaitkan dengan kaya? Adakah mempunyai rumah besar dikatakan kaya?
Ada yang berkata mereka yang tinggal didalam rumah buluh dihari ini dikatakan kaya? Ada yg berkata, ada simpanan, sudah sampai ke mekah, anak2 belajar hingga ke universiti, tidak mempunyai hutang dikatakan kaya?
Aku masih mencari dan mengkaji jawapan yang lebih tepat bagi persoalan ini.
Suatu kisah yg membawa aku kepada persoalan ini. Suatu hari anak sulung aku pulang dari sekolah dan mengadu tentang rakan2 beliau memanggil beliau budak miskin atas alasan kasut beliau comot. Jenuh lidah bersilat untuk memahamkan beliau tentang nilai kehidupan. Dari lumrah anak kecil kekayaan hanya dinilai dari pandangan mata akal semata dan aku yakin bukan kanak2, kita yg dewasa juga melihat smua perkara dari mata org lain dan bukan dari mata hati kita sendiri. Kita hanya melihat dari kereta yang dipandu, melihat dari pakaian yang dipakai atau melihat dari jumlah duit yg kita ada. Kita diasuh oleh masyarakat untuk melihat kekayaan dari sudut dunia. Kita diajar oleh sistem untuk mengejar kebendaan. Adakah smua itu membahagiakan?
Dalam satu cabaran hutan yg aku lakukan diBorneo, berkesempatan untuk bersama org asal dan bertukar pandangan. Pandangan yg aku dpt cukup berbeza dgn apa yg aku jangkakan. Mereka tinggal dirumah yg tidak sempurna jika dilihat dari sudut pandangan kita yg lahir dipekan . Berlantai kayu berbumbung daun. Mandi disungai yg airnya sejuk dan jernih. Makan diatas daun, memasak didalam buluh dan minum dari bekas kayu. Malam hanya pelita menemankan waktu terluang. Mereka tidur seawal 9 malam. Makan malam seawal 5.30 petang. Tidur yg enak tanpa gangguan bunyi kenderaan atau peti TV. Seawal 6 pagi mereka telah bangun, bersarapan pisang lenyek dan terus ke bendang huma untuk bercucuk tanam. Membanting kederat dengan peluh. Tghhari sudah berada dirumah berehat dan mlakukan kerja2 mudah seperti memburu atau mengutip hasil hutan.
Mereka tidak perlukan sebarang duit kecuali untuk ke klinik atau membayar yuran pelajaran anak2 diskolah berasrama. Bagi mereka duit itu tidak penting, yg lebih penting adalah bagaimana untuk balik pada tujuan asal kehidupan. Dari tanah mereka datang, kepada tanah mereka berbakti dan ketanah jua mereka kembali.
Mereka tidak berfikir tentang kesesakan jalan raya seawal pagi, mereka tidak berfikir tentang email berantai masuk setiap hari, mereka tidak perlu berfikir tentang mesyuarat yg tidak sudah2 tanpa sebarang keputusan. Mereka juga tidak perlu memikirkan untuk membayar hutang setiap hujung bulan atau berfikir tentang minyak kereta dan tol. Paling penting mereka tidak perlu berfikir sesak benak politik semasa yg cukup memeningkan. Mereka mengatakan mereka lebih kaya dari segala org kaya yang ada dimuka bumi. Mereka tidak moden tetapi bahagia. Mereka tidak pernah merasakan diri mereka miskin walaupon hanya berlauk ikan masin. Mereka bukan tidak mampu tetapi mereka cintakan damai.
Adakah itu kaya? Mungkin ya pada mereka dan tidak kepada manusia moden.
Hari ni kita berpusu2 mahu ke kota, berkerja.. berkerja dan berkerja, duit.. duit dan duit. Tiada masa untuk melihat dimana diri kita sepatutnya, tujuan sebenar kehidupan kita. Adakah pemodenan akan menjadikan kita kaya dunia dan akhirat? Adakah kita bahagia? Sepatutnya kita duduk dan merenung kembali suruhanNya.
Jadi sehingga hari ini, dari setiap cabaran yang aku lakukan aku masih terus belajar melihat tentang persoalan ini. Bagaimana aku melihat setiap pandangan berbeza dari setiap latar belakang. Smua ini terlalu subjektif untuk ditentukan. Setiap dari kita mempunyai alasan dan sebab tersendiri didalam kehidupan ini. Jadi soalan ini balik kepada kita "Bagaimana Kita Menilai Kekayaan?"
-Ole

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :