Pages

Kapitalis Nazak

Hari ni kebanyakan online paper melaporkan kejadian kenaikan ringgit dan kejatuhan USD dan EURO. Actually aku dah hampir setahun follow kejadian ni. Dari kejatuhan USD 2 tahun dulu sehinggalah hari ni. Sebenarnya keadaan ekonomi dunia tidaklah seindah yang kita sangkakan. Pada rakyat malaisi, jgn tertipu dgn laporan kerajaan dan pelapor2 berita yg pro kerajaan. Pada kau smua tu tidak berlandas fakta dan lebih kepada menyedapkan hati sendiri dan hati rakyat. Hakikatnya keadaan ekonomi dunia tidak lah seindah yang kita sangka.

Dasar kapitalis yang ditekankan dari zaman tun dulu akan menunjukkan kegagalan tidak lama lagi. Dari mymentor, akan berlaku suatu keadaan ekonomi yg tidak menentu dimana hari ni telah ada sintom2 yg jelas didalam dasar kerajaan. Ditambah lagi dengan kesan jangka panjang yg dibawa oleh Amerika dan kesatuan eropah yang pada hari ini telah kelihatan kegagalan mereka untuk menanggung hutang yang terlampau tinggi.

Pasaran saham semakin hari semakin jatuh, Index Dow Jones hari ini menunjukkan ia akan terus jatuh. Selepas ini penyakit ini akan terkesan kepada asia, mungkin dalam beberapa minggu lagi. Penanda aras awal telah boleh dilihat dimana, bank2 cekek leher di malaisi sudah mula menaikkan BLR dari awal bulan ini. Kita kene paham, naik ja BLR akan naik segala2nya. Dari kenaikan harga barang sehingga lah perkhitmatan, BLR dah menjadi satu variable untuk segala kenaikan kos. Tu yg aku pelik, kerajaan masih berkata ekonomi kita positif dan memacu kearah yg lebih baik.

Dari apa yg dilihat sistem ekonomi kapitalis ini terlalu bergantung kepada product yg tidak kelihatan. Segala urusan adalah atas dasar kertas semata(loan diberikan oleh bank dilakukan diatas kertas dimana duit berbilion2 yg dideclare tu sebenarnya tidak wujud). Jadi product derivative mcm ni diloankan diatas loan dimana hakikat sebenarnya bank hanya menjual product kertas semata2 (termasuk jugak bon, sijil asb, sijil bsn dan lain2). Jadi pada satu tahap, keadaan tepu akan berlaku. Ini telah berlaku di US 2 tahun lepas dan akan berlaku kepada eropah dalam masa terdekat dan mungkin asia selepas itu.

Klu kita ingat, perkara ini pernah berlaku ketika tercetusnya perang dunia pertama dan kedua. Jgn kita salah, perang itu berlaku disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu. Cukong dan kapitalis melancarkan perang untuk menutup kebebalan ekonomi dan kerugian yg ditanggung kerajaan. Jadi dengan perang segala2nya akan dihapuskan dan segalanya akan bermula fresh selepas perang.

Jadi aku masih menjalankan kajian dan melihat teori2 yg dibaca, dilaporkan dan diterangkan kepada aku samaada ianya akan berlaku atau menjadi sebaliknya. Hakikatnya, hampir separuh dari apa yg berlaku 100 tahun dulu sudah berlaku hari ini dan aku amat pasti teori yg sama berlaku dahulu masih boleh diguna pakai sehingga hari ini.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

3 comments :

Mr PenyuBiru said...

uish! gerun pulak aku mendengarnya. so apa yg perlu kita buat bro? beli emas ke?

PnConfused said...

hohohooh....



last class ada gak bincang psl nihh...




menakutkan dan mengerikan..



nanti kertas2 berharga tuh jd tak berharga...

han3alah said...

yeke...