Pages

Suatu Realiti Free Thinker Melayu



Kelmarin kita digemparkan sekali lagi dengan kisah menyayat hati dimana seorg lagi anak kecil dinafikan hak untuk hidup didunia ini. Beliau telah dera dengan kejam sekali sehingga kita sebagai manusia normal tidak dapat menerima sifat ganas haiwan yang terdapat pada lelaki yang menganiaya beliau sehingga mati. Sebenarnya ini bukan kes pertama dan mungkin juga bukan yang terakhir.


Kisah ini aku boleh samakan dengan kes buang anak, bakar dan letak dalam tong sampah atau campak tepi mesjid atau kisah yg seangkatan dengannya. Tidak jauh bezanya, ia tetap dengan kesudahan untuk membunuh manusia yg tidak berdosa. Cuma tempat yg berbeza, jalan cerita berbeza, manusia berbeza tetapi kesan keatas yang berlaku tetap sama.


Semalam mcm2 susuk manusia berckp tentang perkara ini. Ada yg melolong, ada yg bertempik, ada yg berbisik dan mcm2. Yg menarik seperti biasa ahli2 politik yg sentiasa bermulut busuk datang dengan bermcm2 cadangan haprak. Tolong la menjadi cerdik sedikit. Nabi berpesan, DIAM ITU LEBIH BAIK DARI BANYAK BERCKP, AKAN LEBIH TERBUKA AIB JIKA TERLALU BYK CKP.


Seperkara lagi yg menarik perhatian aku adalah, smua org mahu membantu keluarga kepada anak kecik ini. Entah la, pada aku tidak boleh disalahkan kepada lelaki bersifat haiwan ini semata2. Soalan yg bermain difikiran aku, lelaki ini telah tinggal sebumbung tanpa nikah dengan ibu anak kecil ini hampir 6 tahun. Katanya telah lahir juga anak diluar nikah hasil perhubungan ini. 6 tahun kawan, bukan 6 hari. Jadi salah utama patut diletakkan kepada ibu kanak2 ini, keluarga mereka, jiran mereka, ketua kampung mereka, imam dikawasan berkenaan dan kenalan2 mereka juga yg mengetahui kehidupan mereka ini. Fardu kifayah brader. Aku bukan menghukum tetapi apa yg dikatakan adalah reality.


Yg dimainkan oleh media semata2 kisah ganas lelaki bersifat binatang ini. Pada aku tidak adil. Perkara ini tidak akan berlaku jika smua disekeliling anak kecil ini lebih peka dan lebih mengambil tahu. Kesan liberalisasi telah kelihatan, kesan fikiran terbuka juga telah kelihatan dalam masyarakat. Aku memanggil ini FREE THINKER MELAYU. Jangan kata ianya pemikiran orang dibandar besar sahaja penyakit ini telah tersebar hingga ke kawasan pendalaman. Golongan ini menjadi liberal, masih percaya kepada agama tetapi smua itu hanya dilakukan bila perlu sahaja. Lebih kepada judgment dari sudut akal dan tidak kepada al quran dan sunnah.


Bak kata, hati kata ada agama tetapi perbuatan menyatakan sebaliknya. Amalan ini sudah tidak terkawal. Kita sendiri yang membenarkannya. Kesannya, kita lihat apa yg terjadi pada anak kecil ini. Anda nilai sendiri finding aku ni. perkara ini tidak akan ada kesudahannya. Pemikiran terbuka (Free Thinker Melayu) ini lebih membawa kehancuran. Tidak ALLAH turunkan ujian ini kepada skalian umat manusia tanpa sebab. Jadi kita renung2kan la.


Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

11 comments :

Mr PenyuBiru said...

aku baca diorang bercinta sejak 4 tahun. dan arwah budak tu pun kemungkinan anak hasil bersekedudukan. sebab arwah budak tu baru umur 3 tahun. dan kalu baca kat utusan kut, mak bapak pompuan tu cakap kat org kg,anak dia dah kawin ngan lelaki tu.
lambat laun nnt terbongkar jugak.


bleh baca kat blog mazidul.blogspot.com

.::WaNiE::. said...

walau apa pun ceritanya tetap sedih sebab ada orang sekejam ini. bukan sorang dua, makin ramai pulak

kuchalana said...

penyubiru - betul.. dia nafikan smua hal anak dan hubungan dia.. dia ckp bekas laki dia masuk jail dari 2006, tapi pelik ada anak umur setahun dan 3 tahun.. cuma tu la.. masyarakat kita dah makin kuchalana.. takut beb fikirkan nasib anak2 kita masa depan...

kuchalana said...

wanie - it all about the system.. think about it..

pye:rudz said...

mana boleh amek gambo IC pakai spek itam brader sivaji...

che^amad said...

bro.. baru je last 2 weeks dengar ceramah ustaz azhar idrus.
antara kata2nya..
dunia skang sudah ditarik keberkatannya oleh ALLAH.. keluarga jadi porak peranda.. anak haram merata2.. bersekedudukan jadi perkara biasa.. dan jika berlaku pape bencana (benda2 mcm ni pun pd aku mcm bencana gak la).. manusia akan saling menyalahkan.

mcm jiran2 family pompuan ni la.. salah menyalahkan. paling xtahan.. cadangan2 yang BERNAS le sesangat dr pihak2 tooot. xtahan gile aku.

ntahle nape kekadang aku rasa cam ada baiknya anak2 kecil ni 'diambil' awal olehNYA.. daripada lg lama.. lagi banyak kemungkaran yang dia akan lihat dalam hidup dia.

bro.. ada baca kes bebaru ni yg beranak dalam toilet skolah memandu.. then bungkus anak dalam beg plastik pastuh sumbatkan dalam lubang toilet?

tu xmasuk lg yg buang dalam tong sampah.. bakar. yg tiinggalkan kat masjid.. jumpa2 dh meninggal kena hurung semut.

-- vagg
(guna account hubby.. malas nk sign out account kat laptop dia hehe.)

kuchalana said...

pirus - sivaji alway da boss... kekekeke

vag - betul aku setuju statement ustaz tu... sedih beb.. takut pikir hal anak2 kita masa depan... semoga ALLAH melindungi kita smua.. insyallah...

murnie sangat said...

kucha, jantan hampeh tu ngan mak arwah budak tu same2 hampeh. biar bopren gila psiko tu jaga anak watper.biol. marah hokey..

yg menteri plak sebok nak tayang muka buat kebajikan..maklumlah kes dapat perhatian tinggi.hipokrit

kuchalana said...

murni - ini lah dunia kita hari ini.. mcma ku ckp.. future will be much more scary...

Faizul said...

Sangat setuju dgn bro kuchalana... Kalau ada salah sorang dari(keluarga mereka, jiran mereka, ketua kampung mereka, imam dikawasan berkenaan dan kenalan2 mereka)bertindak.. may be kalau tak makan nasihat..report ke pejabat agama ke.. mesti benda ni x berlaku.... Kt KL ni bro jiran sebelah rumah pon sebulan skali bertegur.. tapi kt kampung saya ok lagi...saling ingat mengingati..


Surat khabar biasa la... cari siapa salah..bukan cari punca masalah...

kuchalana said...

Faizul - Tu la dia dunia hari ni...