Pages

Nak Kasi ke Tidak



Baru2 ni aku ada turun mastermind meeting bersama Azizi Ali diopis beliau. Hari tu ada sorg chronical member yg bertanya Azizi konsep dimana org datang untuk meminjam duit dengan kita. Nak kasi ke tidak. Jawapan yg beliau berikan amatlah berguna dan aku nak share dengan korg smua.


Yg pertama, org yg selalu nak pinjam duit ni xlain xbukan selalunya org yg rapat dengan kita. Samaada kawan baik, family member atau org yg kita betul2 kenal. Jadi slalunya kita akan berbelah bagi samaada nak membantu atau pon tidak. Klu bagi, selalunya payah nak dpt balik duit tu. Silap2 boleh putus kawan.


Dari kes2 pinjaman ni, selalunya 90% kita xkan dpt balik duit kita. Dan lebih menarik 90% jugak kita akan kehilangan kawan. Dan lebih penting 90% dari kita yg memberi pinjaman akan menjadi lebih serba salah dari mereka yg meminjam. Ini fakta kajian. Selalunya kita yg kasi pinjam yg akan lebih tertekan dan serba salah. Call dia xangkat, selisih depa boleh patah balik dan mcm2. Jadi apa yg perlu kita buat? Ini kaedah dia.


1. Kita bukannya hero yang perlu menjadi penyelamat kepada org yg ada masalah. Mungkin statement ni kejam. Tapi fakta beb. Ada ramai lagi hero penyelamat dunia kat luar tu yg boleh menyelamatkan kawan yg nak meminjam tadi. Jadi klu kita katakan kita xdpt nak tolong, aku rasa dia akan mencari org lain yg dirasakan boleh membantu. Betul x?


2. Jangan bagi pinjaman. Tapi berikan terus. Klu kita kata pinjam, aku jamin sure kita xkan dapat balik duit tu, sure kita akan hilang kawan dan sure kita yg akan tertekan. Klu kasi terus at least niatkan sedekah ja. Dpt pahala.


3. Jumlah yg hendak diberikan, jgn le sebijik dgn jumlah yg depa nak. Kasi jumlah yg anda mampu. Klu depa nak pinjam seribu, kasi ja RM50. Ckp, ini ja yg kita mampu. Sekurang2nya kita tolong, kita xkan hilang kawan dan xkan sakit kepala dan lebih penting kita tetap membantu walaupon jumlahnya sedikit.


4. Doakan dan nasihat depa sikit (depan2 klu boleh). Kasi depa gerun sikit klu lain kali nak pinjam.


Selalunya org meminjam ni ada 3 jenis.


1. Org yg ada duit, tapi depa nak gunakan untuk buat mende lain. Contoh nak beli mende yg depa xmampu tapi tetap jugak nak beli, jadi depa meminjam.


2. Jenis yg betul2 xda duit, sbb depa xpandai uruskan kewangan depa dengan baik (jd jgn salahkan org yg xkasi pinjam). 3. Jenis yg ada duit minggu depan dan bukan hari ni. Jadi nak sampaikan ke minggu depan depa kene pinjam.


Jadi smua tu pasal pengurusan kewangan dan kawalan nafsu. Pada anda yg selalu meminjam, cari jalan tuk belajar pengurusan kewangan yg lebih efektif. Cari guru, baca buku dan sedarlah yg anda didalam masalah. Klu pi AKPK mmg depa smash korg kaw2 punya. Kawan aku kene ayat membunuh. "Ukur la baju pada badan sendiri. Gaji kecik, tapi nafsu besar, nak pakai HP mahal2, nak pakai kereta mahal2, pakai kredit kad sana sini. Xmampu buat cara xmampu. Hidup sekadar yg anda mampu". Naik hangin jugak dia tapi itu hakikat yg dia kene terima.


Pada yg selalu memberi pinjaman. Ada kes yg depa bayar. Itu xpa. Nak kasi lagi pon boleh sbb kita tau dia akan bayar. La ni tu ja masalah dia. Xbayar. Bank pon face isu yg sama sebenarnya. Nak pinjam tapi xbayar. Jadi pada aku, biar lambat bayar tapi bayar. At least dia bayar.


Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

4 comments :

.::WaNiE::. said...

eh betull kalau bagi org pinjam duit mmg rasa serba salah sikit nak mintak balik hahahah sengal jek rasa

pye:rudz said...

hidup bersederhana adalah yang terbaek.

@xiM said...

terasa ke tangkai jantung sebab aku pun ada gak meminjam ngan member.nak kena hentikan lah tabiat pinjam duit ni.bahaya.tak aman hidup.

nasazfrog... said...

ha yo ni pun ado member gua pinjam tak reti nak bayor,, kang mintak cam kejam sgt plak.. kok biar aduyai... duit den tu wei... pulangkan lah,,,