Pages

Peristiwa Mahkamah

Korang pernah pi mahkamah syariah dak? Baru2 ni aku terlajak ke mahkamah syariah sebagai peneman kepada seorang kawan yg kes sedang didengar dimahkamah. Actually it a good exposure untuk berada dimahkamah syariah untuk mendengar kes2 maha hebat yang mungkin boleh dijadikan teladan dalam diri kita. Aku advise, jabatan agama sebolehnya jadikan dimahkamah syariah sebagai salah satu modul dalam program pra perkahwinan. Mintak bakal2 pengantin ni abiskan masa sekurang2nya setengah hari tuk dgr kes2 dimahkamah. Aku jamin sure depa takut nak kawin. Pada aku bagus sbb bakal2 pengantin boleh tau hak2 depa jika berlaku perceraian dan depa jugak boleh belajar tuk jaga kerukunan rumahtangga dari mendengar kes2 ni. Jadi aku coretkan sedikit dari kisah yg aku dengar sendiri di mahkamah.

Kes 1.
Satu mamat kene gari berpakaian penjara, dia diapit kiri kanan dengan polis. Aku dengar bini dia mtk cerai sbbnya mamat ni ada kes samun. Jadi bini dia mtk fasak sbb xtahan dengan kerenah laki dia. Part yg menyayat hati bila anak mamat ni datang and duduk dekat mamat ni. Dia tanya bapak dia kenapa bapak dia datang dgn polis n kenapa tangan dia bergari. Rasa nak gugur air mata beb tgk budak tu. Mamat tu tunduk ja. Polis tu yg cover line kata dia kawan bapak dia n tangan bapak dia kene gari sbb depa tgh main polis2. Sbbkan tindakan kita anak2 yg jadi mangsa.

Kes 2.
Satu perempuan masuk ke mahkamah. Dgn mata lebam, tangan berbalut patah. Kes dia ni mmg menyanyat hati la. Dia kene belasah dengan laki dia. Sampai la mcm tu. Dia siap reveal gambo dia kene seret kereta, kene baling dgn pasu bunga, kene tikam dgn garfu. Sampai keguguran la. Yg best dia tetap sayangkan laki dia sampai la last laki dia bawak pompuan balik umah, part tu dia xtahan dan mintak fasak jugak. Tapi nak jadi kisah, mahkamah xdpt nak jatuhkan talak, kene tunggu 3 kali panggilan kepada laki dia. Kene bawak saksi kejadian, kene lampirkan lebih byk bukti. Kesian beb, menagis2 pompuan tu sbb dah xtahan dgn apa yg jadi. Kes ni dah 2 kali naik mahkamah tapi xdpt nak buat keputusan sbb laki dia xnak ceraikan dia. Dah la tergantung mcm tu ja. Jadi pada suami2, pompuan bukannya punching beg. Hormat la sikit. Klu rasa dah ada pompuan lain, elok lepaskan ja. Xpyh la nak gantung ja dia mcm tu. At least depa boleh mulakan hidup baru. Gentleman la sikit. Jgn aniaya anak2 dan isteri.

Kes 3.
Kes satu lagi pompuan. Ala2 model dia ni. Kes dia disebut mcm kes yg diatas tadi, tpi xda la pukul2 cuma dah xduduk sebumbung dan xsehaluan. Tapi dia ni dah kemukakan smua bukti dan dah panggil 3 kali laki dia tapi dia xmai mahkamah. Katanya laki dia ada dkt luar negara. Jadi mahkamah pon jatuhkan talak pada dia ni atas kuasa mahkamah. Nak jadi citer, tiba2 laki pompuan ni masuk mahkamah. Dia datang 3 org, satu lelaki tgh pegang satu lelaki lain. Rupa2nya lelaki yg kene pegang tu lelaki yg ada affair dgn bini dia. Laki pompuan ni ckp dia xdpt apa2 surat pasal kes cerai ni n dia dah syak bini dia ada affair lain. Jadi gaduh besar jugak la. Then mamat ni ckp xpa proceed kes cerai tapi dia kaunter balik tuk kes nusyuz. Pengajaran dia, korang pikir la sendiri.

Kes 4.
Masuk plak lagi satu kes, yg ni hangat beb mahkamah. Sbbnya dari luar lagi aku tgk dah jadi gaduh. Satu family sblah lelaki dan satu lagi sebelah pompuan. Kesnya si pompuan xbleh beranak dan xbenarkan laki dia kawin lagi satu. Yg xbest family masuk campur. sampai dalam mahkamah depa berperang. Riuh beb. Sampai la kes tu habis disebut pon dpea duk bertekak sampai keluar mahkamah. Pada aku benarkan ja la laki tu kawin lain. Dari dia duk buat dosa kat luar rumah sekurang2nya halalkan laki tu kawin lain. Lagi satu, dalam hal rumahtangga, xpyh nak libatkan smua org. Seatlekan sesama korg cara baik.

Jadi apa yg aku nmpk, muka hakim tu pon mandom ja. Aku yg duk setengah hari pon naik pening, hakim tu lagi la bertahun ngadap kes2 mcm tu. Apa yg aku nmpk, ada kes yg boleh diselesaikan cara baik. Klu ada dalam pasangan tu dah berubah hati, jalan terbaik, cerai ja cara baik. Teruskan kehidupan, mulakan hidup baru. Soalnya hati ni kita xboleh nak ckp. Mungkin rini sayang, besok hati tu boleh berubah beb. Asal namanya manusia. Apa pon boleh berlaku.

Nasihat aku pada lelaki2 kat luar tu, be gentlamen. Lepaskan klu hati tu dah berubah. Xpyh tangguh2 or pukul2. Klu xmampu nak bertangjwp, biar org lain yg amek alih tugas tu. Sekurang2nya anak2 dan isteri boleh teruskan kehidupan.

Pada yg pompuan, jgn jd nusyuz. Klu hati dah xsuka, ckp dan cari jalan penyelesaian. Ingat, api neraka itu teramatlah panas.

Semoga kita mengambil iktibar insyallah. Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

13 comments :

~mIsS_p00h~ said...

Suka entry ini!~
At least, belajar dari pengalaman orang lain & amek iktibar~ ;)

~arigat0 & salam maulidurrasul~

Mr PenyuBiru said...

macam-macam hal.

camne la hakim tu bleh tahan jadik hakim.bleh sakit jiwa dibuatnye.

pye:rudz said...

kau pegi mahkamah syariah kat keramat tu ke?

vagg. said...

sesekali lu menulis kan bang. tp ku setia membacanya :)

kuchalana said...

miss pooh - Kenalilah hakikat sebuah kehidupan...

mr penyubiru - btol yop, boleh gile beb klu hari2 dgr n tgk kes2 mcm ni..

pirus - yes di keramat..

vagg - sibuk la dik.. insyallah bulan 3 ni start balik menulis secara active...

Nadia Yuna said...

inilah kehidupan di dunia. Setiap dari kita sedang bermain watak masing2. terpulang pada kita untuk memilih yang maaruf atau mungkar. Setiap ujian yang diberi juga untuk menguji tahap keimanan kita. Ya Allah. Berat mata kita memangdang. Berat lagi mereka yang memikul

...

Salam singgah =D

izman said...

aku setuju. berkeluarga bukan medium untuk menjadikan wanita sebagai alat pemuas nafsu dan sebagai punching bag. hormatilah mereka.

kuchalana said...

Yuna - Hidup xsmuanya indah

Izman - Ya yop.. jadilah lelaki budiman

.::WaNiE::. said...

Tak suka kalau anyone masuk campur hal me n hubby :D

apa habaQ orang kayaaa

shafarina said...

Errr... sejak laki aku jadi "pembela wanita" ni kan, byk kes yang baru aku sedar merugikan wanita sendiri kat mahkamah syariah malaysia ni

ko bayangkan ler, kalau dok lain2 negeri, prosedur lain2.. byk kes tak hadir etc sebab lain negeri & law & kena lantik loyer lain lak dll

kesian kan.. cemana nak tuntut hak gitu?

islam ada satu aje, apsal la negeri baut law masing2... entah ape2..

kuchalana said...

wanie - kayo la sangat.. hu2

shafarina - bolehland.. smua boleh.. tapi mmg kesian kat ibu2 yg menanggung beban kehidupan.. hidup ini xselalunya indah..

SHITA said...

menarik utk difikirkan

kuchalana said...

shita - jgn pikir.. tapi ambik iktibar...