Pages

Isu Kepondanan



Hari ni kecoh pasal kes satu budak lelaki melayu yg telah dikembiri menjadi budak perempuan. Dan budak ini telah pon bernikah secara sivil dengan seorang lelaki Eropah. Nak dijadikan kes, beliau tidak diterima secara undang2 di eropah untuk mejadi penduduk tetap disana. Jadi visa beliau akan tamat tidak berapa lama lagi dan beliau perlu pulang ke tanah air untuk memperbaharui visa beliau. Klu dak beliau boleh ditahan di sana sebagai pendatang. Pada aku kisah ni agak klasik. Sebabnya aku sentiasa berpegang kepada pilihan yg tuhan telah berikan. Allah xkasi kita banyak pilihan dalam hidup ni sebenarnya. Hanya 2. Pilih untuk keneraka atau pilih kesyurga. Hanya 2. Jadi kita buatlah pilihan sebijaknya sbb syurga neraka adalah atas individu bukan boleh dipaksa oleh sapa2.


Jadi budak ni pon dalam delima sbbnya klu xbalik kene tangkap, balik pon kene tangkap sbb imegrasion dah ckp akan tangkap dia sbb duduk lebih masa di negara org. Actually ada byk lagi perkara yg difikirkan budak ni. Katanya dia terpaksa berkahwin di UK sbb org asia xboleh terima perkahwinan sejenis. Dia malu sbb keluarga dia buang dia. Dia malu sbb org ditanah air memandang hina kepada dia. Sebenarnya budak ni patut dah boleh fikir kesan baik buruk dari apa yg dia dah buat. Org kata dah mumaiyiz jadi kita kene gunakan akal. Jgn idup terdorong oleh nafsu.


Pada aku ada beberapa perkara yg perlu kita lihat. Sebelum kes ini ditimbulkan beliau telah secara berani untuk mengambil keputusan2 berikut dan hari ini beliau juga perlu berani menghadapi kesan2 dari keputusan berkenaan. Pertamanya, beliau ini amat berani untuk mencapai cita menjadi perempuan dgn membuat full transform pada fizikal beliau. Itu satu risiko yg amat besar dan amat pasti bertentangan dengan agama yg dianuti oleh keluarga beliau. Keduanya, beliau berani untuk bernikah secara sivil mengikut ajaran agama suami beliau. Bermakna budak ini boleh diragukan kesahihan agama beliau. Ketiganya, beliau sanggup dibuang ahli keluarga dan lari untuk mengambil smua risiko ini.


Jadi inilah resam dunia. Klu kita berani buat keputusan maka kita perlu berani hadapi apa yg kita dah buat. Jgn nak duk blaim pada kerajaan, jiran sebelah rumah or mak ayah kita. Yg kita pulak, xperlu untuk mnjadi penghukum atas apa yg dia dah buat. Syurga neraka itu hak ALLAH. Cuma yg terbaik kita berdoa supaya budak ini diberikan hidayah. Seperkara lagi langkah kerjaan tuk mengambil tindakan undang2 kepada beliau ini boleh menjadi berita baik dan buruk kepada public. Satunya akan pasti ada NGO yg akan mempertahankan beliau yg kununnya human right. Keduanya perkara ini boleh memberi publisiti percuma kepada beliau dan golongan2 beliau dalam mereka memperjuangkan hak mereka. Yang ketiganya kepada yg bukan simpati, sudah pasti mahukan beliau ini dikenekan tindakan sbbnya jika perkara menukar jantina dan menukar agama dipandang remeh amat pasti akan lahir manusia sekular yg jahil pasal agama sampai bila2. Jadi kita akan tgk akan byk keluar pandangan2 entahapaapaentah dari smua golongan dan inya bergantung kepada pihak mana mereka berada.


Jadi pihak berkuasa, badan agama, ulamak, mufti dan segala yg terbabit perlu melihat perkara ini dengan serius terutama pemerintah. Jgn duk nak berckp pasal doa, pasal kepala lembu, pasal kapal selam, pasal silompat katak. Kemaslahan umat perlu lebih dilihat agar generasi seterusnya tidak terumbang ambing dengan isu2 mcm ni. Ole.


* Subsidi gula akan ditarik, jadi bersedia untuk melihat kenaikan berganda2 bahan2 keperluan harian.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

4 comments :

.::WaNiE::. said...

Konon2 nak kurangkan penyakit diabetes di kalangan rakyat

poooodahhhhhhh

SHITA said...

emm..sebab tu kena hantar anak kealiran agama seperti entry sebelum ni..hehehee..jgn marah na, gurau ja

SHITA said...

emm..sebab tu kena hantar anak kealiran agama seperti entry sebelum ni..hehehee..jgn marah na, gurau ja

NahWaL said...

rasa macam dah lama tak komen kat sini..

bila cakap pasal halk kepondanan ni, aku nak kata paham, takla paham mana, tapi sebab ada kawan2 yang ke arah tu, jadi paham sket2 la apa diorang cita kat aku selama ni..

kadang2 nak salahkan orang melayu pon ada gak, asal lembik sket je, mulala nak buli. kawan aku sorang ni masa kat sekolah straight je, tapi sebab dia ni nerd, ikot cakap orang, satu ari dah kena main belakang dengan kawan sekolah dia gak satu asrama. dari situ mulala u know the ending. puncanya macam2 ada, tapi terpulang kat kita kan nak ikot jalan ke neraka atau ke syurga..

takot jugak bro karang benda ni jadi kat anak2 sendiri. mintak jauhla