Pages

Datuk Hasan Da GodFather


Baru2 ni aku terjumpa kawan lama. Bekas seorg banduan, bekas seorg samseng merangkap bekas kepala samseng, seorg bapa, seorg suami dan seorg kawan. Beliau digelar Datuk Hasan oleh mato2 dan mereka2 dibadan berkuasa dan dipanggil Ah Chan oleh kuncu2 beliau. Beliau aku kenali ketika terlibat dalam beberapa siri kejam yang berlaku diKlang suatu ketika dahulu. Beliau membantu aku secara xsengaja selepas hampir disamun oleh sekumpulan geng di sekitar kapar. Selepas peristiwa itu beliau menjadi rapat dengan aku dan sehingga hari ini aku masih menganggap beliau sbgai seorg sahabat yg setia.


Beliau baru menjangkau usia 40an dan dikatakan legenda disekitar kapar, klang, pulau ketam, port, subang, pj dan sekitar lembah klang secara amnya pada akhir 80an. Gambar beliau terpampang disetiap balai polis dan kawasan kejiranan ketika itu. Beliau byk melakukan kes rompakan bersenjata dan hampir dikenali oleh setiap polis ketika itu. Keje beliau adalah masuk dan keluar dari penjara selain aktiviti kumpulan samseng yg dikepalai beliau (Geng 21). Beliau ini seorg melayu yg berbapakan sorg cina dan beremakkan melayu. Kehidupan beliau lebih terarah kepada kehidupan seorg cina. Beliau bertatu (dikikis tatunya dipenjara oleh warden2), fasih berbahasa cina, boleh membaca dan menulis didalam tulisan cina, pandai memasak, kejam bila diperlukan dan amat gentleman.


Setiap kali beliau ditahan bersama kuncu2 beliau, beliau akan mengarahkan pihak yg menangkap supaya melepaskan mereka yg lain. Beliau rela dibelasah, dirotan hatta didera hanya untuk mengcover rakan2 beliau yg lain. Sehingga hari ini walaupon selepas "mencuci tangan" beliau masih dikagumi oleh pihak kawan dan lawan diatas sikap gentleman beliau. Itulah kehidupan seorg kepala samseng suatu hari dulu. Ketika beliau ditahan yang terakhir kali, pasukan yg dpt menangkap beliau telah dinaikkan pangkat dan mereka menjadi org penting didalam badan berkuasa (dan mereka2 yg menangkap beliau masih mengingati beliau dan melawat beliau dimasa terluang diklang).


Selepas bertemu jodoh dan mempunyai anak suatu ketika dulu, Alhamdullilah beliau telah diberikan hidayah untuk berubah. Hari ini beliau adalah "bekas" kepada segala yg pernah beliau lakukan dulu. Pengalaman terakhir beliau ditahan atas kesalahan berat suatu ketika dulu jugak menjadi pengajaran yg amat berharga. Beliau telah disebat sebanyak 10 kali. Katanya penjenayah2 yg nak kene sebat selalu kene kutuk dgn dia. "Kat luar berani sgt, pegang senapang, pistol, parang. Tapi bila kene rotan menagis mcm bapok". Jadi mereka2 yg duduk didalam pon xberani nak kacau dia ni. Katanya sebulan tido meniarap dan susah nak buang air besar lepas kene sebat. Azab sekali katanya (selain tangan dikikis untuk membuang tatu).


Hari ini jugak beliau mempunyai syarikat pembinaan kelas A beliau sendiri dan menjadi usahawan yg berjaya. Suatu yg memeranjatkan aku sebenarnya. Beliau bermula dari bawah membina tapak dalam hidup beliau selain dari bantuan dari org2 yg pernah beliau tolong. Sebut pasal tolong elok aku sebutkan yg jenayah yg beliau lakukan adalah untuk membantu ahli2 beliau. Rompakan yang beliau lakukan hanyalah untuk mereka2 yg kapitalis dan kaya. Dan hasil rompakan dibahagikan kepada keluarga ahli yg betul2 susah. Sbb tu ramai yg rasa terhutang nyawa dgn dia sampai hari ni. Dan beliau meluahkan yg beliau sendiri xmakan duit yg di rompak. Sbb tu dia dihormati oleh ahli2 kumpulan. Pernah suatu ketika ada kematian kepala ahli kumpulan lain, beliau telah diberikan perghormatan yg lebih dari ahli kanan kumpulan berkenaan.


Jadi aku berharap Ah Chan dpt terus konsisten dgn perubahan yg dia dah buat. Syurga dan neraka itu hak ALLAH dan hidayah ALLAH itu akan diberikan kepada mereka2 yg dikehendakiNYA. Aku bangga dgn beliau dan berharap sgt2 dia dpt teruskan niat membantu beliau dgn cara yg lebih demokratik.


Ole.


* aku akan ceritakan beberapa kisah jenayah yg pernah beliau lakukan dulu termasuk tektikal, keterlibatan dan kesan dari apa yg dia lakukan nanti. Kisah beliau ni boleh dibuat buku sebenarnya. Cukup menarik.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

arsaili said...

salam..moga beliau terus menjadi insan yang lebih baik

bozzobattousai said...

bertuah sebenarnya ada kawan cam gitu...org cam gitu selalunya setia dan layan digelar sahabat...bozzo pon ada beberape kawan yang cam gitu tapi tak berani nak expose...diaorg dah sound awal-awal dah...klu jumpa kat court pon buat cam tak kenal tapi settle belakang...he he he..