Pages

BTN



La ni kecoh la kejap org bercakap pasal BTN ni. Actually aku sendiri dah 3 kali dipaksa ke BTN. Dari zaman aku kat skolah sampai la masa kat ITM dulu. Bukan berminat pon nak pi, tapi sbb kene paksa dgn pengurusan skolah dan universiti. Jadi kene la menghadirkan diri.

Tapi aku rasa BTN ni satu pengalaman yg menyeronokkan. Dpt kenai ramai org dan dapat membina jati diri. Cuma aku agree tentang isu silibus pengdokrinan yg dijalankan oleh program ni yg agak extreme dan lebih perkaumam. Pada aku itu smua bergantung kepada diri masing2 camna nak terima bende tu. Dalam usaha depa hantar aku 3 kali ke program ni pon, aku tetap aku dan aku xrsa program tu berjaya menutup minda aku dari berfikir tentang keadaan semasa.
Actually dalam satu konsep pengdokrinan, almost smua yg memerintah atau cuba memerintah akan melakukan perkara yg sama dalam hal pengekalan kuasa. Depa akan memperkenalkan atau menekankan satu isu yg membolehkan depa masih diperlukan untuk memerintah. Satu contoh BTN ni sendiri yg digunakan oleh pemerintah untuk mendacingkan budak2 skolah, budak2 U dan kakitangan awam. Berjaya atau tidak mereka pasti dan musti mempunyai kaedah pengdokrinan mereka sendiri.

Korg jgn xtau parti islam dimalaya pon mempunyai kaedah pengdokrinan mereka sendiri. Aku xrasa parti2 lain ada. Kat malaya ni ada satu parti islam yg mempunyai kaedah pengdokrinan mereka (PASTI), sebuah parti cina (persatuan pelajar di U) juga ada dan juga pemerintah itu sendiri. Jadi ianya bergantung dengan biro propaganda parti masing2 dalam memikirkan marketing strategi mereka untuk masa depan.

Cuma aku berharap kita bukak minda untuk menjadi lebih matang dalam semua perkara. Yg buruk dan busuk perlu dibuang. Yg tidak betul perlu dibetulkan. Yg nyata bertentangan dgn agama perlu ditegakkan amal maaruf nahi mungkar dan yg amat pasti itu smua bergantung kepada diri anda sendiri untuk menentukan nasib negara ni. Kemana kita 10 tahun lagi? Smua itu ditangan kita hari ini.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

pye:rudz said...

masalahnya tak semua orang mahu buka minda.
ilmu itu penting.