Pages

2010



Tup2 dah nak masuk tahun masihi yang lagi satu. Umur semakin bertambah, komitmen semakin bertambah, tanggungjawab pon bertambah. Mcm2 bertambah, hatta saiz pinggang pon bertambah2. Hu2. 2009 tahun yang agak gemilang dan terbilang alhamdullillah. Segala perancangan berjalan seperti yang dijangka. Ada la sikit2 masalah, tapi itu smua perkara biasa dalam kehidupan kita ni. Mana kita boleh adjust, kita adjust.


Byk perkara uncertainty yg aku dpt dari sifu2 aku dan pembacaan hatta telahan untuk tahun 2010. Kita kene bersedia untuk keadaan yg akan menjadi lebih tidak terkawal. Seperti tulisan Uncle TukarTiub dan maklumat dari sifu azizi. Kebergantungan kita kepada dolar telah menjadi satu beban yg amat tinggi dan tidak mustahil USD akan jatuh mendadak dan kesan ini akan membuatkan bank2 dunia (juga negara kita) akan jatuh. Seperti apa yg berlaku pada perang dunia ke 2 dan juga kejatuhan ekonomi pada tahun 70an. Pasaran derivative (hutang dalam hutang dimana tiada duit sebenar digunakan, semuanya paper semata) akan menjadi punca kepada segala kegagalan sistem dunia. Hanya masa yg akan menentukan perkara ini. Adakah kita telah bersedia untuk menghadapi kegagalan sistem kapitalis dan sistem ekonomi dunia? Jadi fikirkan tentang simpanan anda didalam bank, property anda, saham anda dan juga bon2 anda. Fikirkan medium lain jika ingin menabung supaya smua tu xterkesan oleh inflasi dan keadaan yg tidak menentu. Aku rasa bijak pandai ekonomi dalam kerajaan telah menyedari perkara ini dan hope mereka melakukan sesuatu. Aku amat berharap.


Insyallah, Street-IT Computer Jalan Reko akan dibuka bulan Januari ni. Alhamdullilah, ada rezki lagi, kedai komputer kali ni mungkin yang terbesar antara kedai2 aku yang lain. Jadi doakan ianya dapat berjalan lancar dan dapat membantu warga diBangi hatta seantaro jagat. Sapa2 ada kelapangan atau nak order apa2 boleh personaly email aku or turun sendiri ke kedai. Insyaallah web Street-IT untuk online order akan diupkan dalam masa terdekat ini. Aku menjual keperluan komputer secara pukal dan satu2 kepada yg memerlukan. Insyallah kami serve sampai ke depan pintu anda.


Target aku tahun depan tuk launch buku baru (dah kene kejar dgn azizi hu2). Terima kasih kepada smua yang membeli dan mencanangkan perihal buku aku 111 Cara Mudah Berjimat. Inyallah ada 2 lagi naskah yg akan dipublish dalam masa terdekat. Jadi jgn ketinggalan untuk memeriahkan pembelian buku2 baru dipasaran. Mcm selalu aku ckp, buku adalah satu pelaburan yg amat baik dalam kehidupan. Jadi dari membazir duit ketempat yg xmemberikan pulangan aku advise korg tanamkan minat membaca. Percaya la, mmg berbaloi.


Byk sebenarnya plan aku tahun depan. Xkan smua nak sharekan. Jadi aku berdoa pada kawan2 smua agar dapat archive next year target or KPI. Pasang niat tahun ni dan kejar target anda next year. Klu idup ni nak ikut arah angin ja, nak kemana pulak kita bawak haluan hidup kita nikan. Jadi merancanglah dari sekarang.


Selamat Berjuang untuk 2010.


Ole.




kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

3 comments :

Mr PenyuBiru said...

mmg ade dengar pasal kegagalan sistem kapitalis. kalu bro dpt sharekan ape persediaan tk hadapai krisis ni,menarik jugak tu.


btw, Selamat Berjuang untuk 2010!

.::WaNiE::. said...

yo bro ! aku dpt spesel price ke kalau jadi pelanggan street it kekekekeke

@xiM said...

aku dah beli ko punya booklet tu

111 cara mudah berjimat

da habes baca.thanks atas panduan serba sedikit tu.

nanti boleh claim cukai.yeay

hehe