Pages

Mat Kilau Suatu Sejarah


Aku baru menghabiskan naskah novel Mat Kilau yg ditulis oleh Tuan Abdul Latiff Talib dan aku masih cuba untuk menghabiskan naskah Dol Said yang ditulis oleh org yg sama. Pertama skali aku memuji langkah yg diambil oleh penulis yang menulis semula kisah sejarah ini dalam bentuk yang lebih mudah dibaca.

Aku menjadi begitu bersemangat dan teruja dengan bahan2 yang telah diketengahkan oleh penulis yang pada aku baik untuk dijadikan bahan bacaan seisi rumah dalam memperkasakan semangat bangsa yang semakin terhakis hari ni. Byk kisah bagaimana perjuangan golongan pertama yang menentang penjajah untuk menegakkan hak bangsa dan agama ketika itu diketengahkan. Dinyatakan juga bagaimana tektik dan teknik perang yang digunakan selain kaedah massa dan propaganda yang dijalankan oleh org melayu ketika itu. Jangan kata org melayu itu tidak punya sejarah dalam semua itu. Hakikatnya kita acap didodoikan dgn kisah perjuangan golongan kanan yg konon lebih diplomasi dan tidak menumpahkan darah tetapi sebenarnya revolusi perjuangan golongan kiri lebih kuat dalam pembinaan sesuatu bangsa.

Selain Tuan Abdul Latif Talib, aku juga memuji langkah yang diambil oleh UKM dalam menerbitkan kembali kajian dan tesis pelajar mereka dalam mengatakan tentang sejarah perjuangan golongan kiri. Setakat hari ni aku telah mengkatamkan naskah2 ini termasuk terkini kisah Abu Samah Keturunan Dato Bahaman yang berjuang secara kiri dalam menuntut kemerdekaan. Pada yang tidak kenal, Dato Bahaman adalah guru kepada Mat Kilau dan mereka ini adalah pejuang tulen dalam menentang penjajah.

Aku juga memuji langkah yang diambil oleh media alternatif seperti Malaysiakini yang menerbitkan bahan bacaan pilihan yang lebih terbuka. Terkini aku telah mengkatamkan beberapa naskah kisah perjuangan mereka didalam ISA dari zaman revolusi pelajar 1970 sehingga hari ini. Naskah2 ini cukup mendewasakan aku dalam melihat apa itu konsep demokrasi yg selalu diwar2kan setiap hari.

Aku amat berharap smoga lebih byk naskah2 yg radikal isinya ditulis dan diterbitkan. Aku amat berharap, kisah seperti Long Jaafar, Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Perang Selangor, Perang Siam dan byk lagi dibukukan. Selain boleh membina lebih semangat bangsa kepada generasi muda naskah2 ini juga boleh dijadikan rujukan kepada smua bangsa dan generasi.
Siapa kata melayu tidak hebat... bila kita menutup sejarah dan mengambil model penjajah.. maka akan hilang keaslian sejarah...maka apabila sejarah ditulis oleh mereka yg menang kita akan lihat yang kalah tidak punya apa2. Smoga semangat sang kalah tidak dipadamkan terus.
Ole..

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :