Pages

Adakah Kita Belajar



Amat menyayat hati pagi ni bila melihat kesan bencana yg berlaku diPadang, Indonesia. Satu gegaran gempa telah berlaku diSumatera semalam dan gegaran dapat dirasai sehingga ke Semenanjung Tanah Melayu. Actually anak2 staf aku baru ja balik ke Padang pagi semalam dan Alhamdullilah mereka selamat. Hanya rumah mereka berlaku kerosakan kecil dan tiada kehilangan nyawa berlaku terhadap mereka. Syukur.


Kelmarin kita juga digegarkan dengan kes tsunami yg berlaku diKepulauan Tonga. Meragut beratus nyawa dan membawa kepada kerosakan harta bende yg agak dasyat. Pada yg xtau Tonga berada didalam jajaran dan berhampiran kepulauan melayu. Selain Fiji dan New Zealand yg juga mempunyai pegangan baka melayo.


Kelmarin juga kecoh plak kes ribut dan banjir di Vietnam dan Philipina. Habis dilanggar negara2 ini dengan Taufan Ketsana. Habis bandar besar mereka ditenggelami air. Beratus menjadi korban dan kerosakan amatlah dasyat.


Perkara menarik yg aku nak kongsikan adalah kesemua kejadian ini berlaku didalam lingkungan kita. Kita ditengah2 dan hanya mendapat tempias dari apa yg berlaku. Dipahang dan trengganu direkodkan kejadian ribut mini yg telah merobohkan dan menghancurkan beberapa buah rumah. Ada juga dilaporkan kejadian ribu air batu dan juga hujan lebat melampau disekitar pantai timur. Di pantai barat, hujan berlaku kadang2 dan dalam kuantiti yg sedikit tetapi panjang. Jadi itu smua adalah tempias dari siklon yg berlaku.


Yg best kita baru dpt tempias ja, kita dah rasakan kepayahannya. Bagaimana pulak dgn mereka yg betul mengalaminya seperti mereka2 di kepulauan melayu yg lain. 7 skala richer disumatera dah bergegar dan bergoyang bangunan2 tinggi kat lembah kelang. Klu kekuatan yg sama terjadi dijanda baik pahang (telah dilapor berlaku gempa kecil disini tahun lepas) apakah yg akan berlaku agaknya.


Kita patut belajar dari apa yg berlaku. Setiap yg berlaku adalah amaran dan petunjuk dari ALLAH supaya kita berfikir. Adakah kita bersedia menerima musibah? Adakah kita sudah cukup bekalan keakhirat? Adakah kita telah jalankan tanggujwb kita dgn baik? Marilah kita sama2 mempertingkatkan amalan kita dan bersiap siagalah diatas apa segala ujian yg akan muncul kelak. Insyallah.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

nasazfrog... said...

SALAM AIDILFITRI BRO.. MANA GAMBO RAYO,,, UPDATE LAH... :)

Randall said...

Wow, there is really much worthwhile info here!
clinical pastoral education | itil certification | silk bouquets for weddings