Pages

Kisah Bidaah Dan Puasa


Hari ni abang lebai nak berkisah sikit tentang beberapa perkara yg telah menjadi racun dalam umat islam hari ni. Abang lebai telah mendapatkan beberapa pendapat dari kawan2 yg bergelar imam dan lebih arif dalam hal hukum didalam islam.

Klu kita perasan ada satu email berlegar dan dirantaikan dari mailbox ke mailbox berkisah kepada junjungan besar menyebut tentang meminta mangap sebelum ramdhan. Xsilap aku dah lebih 5 tahun email ni dilayangkan kepada kita smua setiap kali datangnya ramadhan. Dan selepas itu kita pon merantaikan email yg sama kepada kawan2 dan ahli keluarga. Xtertinggal juga kita meletakkan kata2 mangap dibawah email berkenaan sebagai mewakili diri. Tahun ni lebih advance lagi bila hadis yg sama telah digunakan dalam SMS. Lebih cepat dan lebih berkesan kununnya.

Aku klu dpt sms or email pasal perkara ni aku akan reply balik. "Xkan hari ni baru nak mintak mangap.. aku xmangapkan.." or "Byk ek dosa ko kat aku.. aku xmangapkan.. sapa suh buat dosa ngan aku" or "ko dah tebiat nak mampos ke sampai mintak2 mangap ni?". Ok, actually hadis yg disebarkan tu tidah sahih atau boleh dinyatakan sebagai hadis yg diragukan kerana tiada perawi dan tiada bukti or asas yg kukuh kewujudan hadis ni. Korg boleh refer few blog2 agama yg ada dalam link aku kat bawah tu. Jadi ini boleh dikatakan sebagai bidaah. Bidaah ni satu perkara yg xwujud dalam ajaran islam dan dijadikan kemestian plak kepada kita untuk ikut. Klu bidaah untuk kebaikan yg hak seperti menyambut maulud nabi or tadarus al quran itu xpa. Tapi klu perkara yg tidak mendatangkan apa2 faedah yg hak jadi boleh jadi dosa besar.

Jgn memain k, satu email kita sebar lepas tu org tu ikut dan terus dirantaikan. Sampai mati la kita bawak dosa tu. Jadi pada kita yg xtau, nih aku dah bagitau. Jadi elok bertaubat. Klu xpaham boleh cek dgn org2 yg mahir tentang hukum.

Jadi dalam bab mintak2 mangap ni, pada aku xpayah nak tunggu ramdhan. Lebih afdal bermaafan hari2. Rasa ada mengata atau buat salah ngan org terus ja mintak mangap. La ni klu kita xbuat dosa ngan org xda la kes mintak2 mangap ni. Betol? Pada isteri dan anak2, sebelum tido tu cium tangan mak ayah or suami. Mintak mangap. Then lepas solat tu kita mintak ampun dgn ALLAH. Mtk diampunkan dosa diri kita, keluarga kita, kawan2 kita dan seluruh umah dimuka bumi ni. Ni klu nak mintak tuk diri kita ja xbagus tu sbb selfish. Xsalah mintak tuk kawan2 dan org lain yg kita xkenal. Unless klu kita xsolat la jadi jgn harap la kita ni nak diampunkan ALLAH or diampunkan oleh org lain. Cuba korg fahamkan doa yg imam baca masa solat 5 waktu or masa solat jumaat. Doa tu sampai ke palestine sana pon ada. Besar pahala kita mendoakan saudara2 kita yg lain dan lebih besar fadilatnya.

Jadi sekian dari abang lebai untuk hari ni. Insyallah kita akan keudara dilain siaran nanti.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

6 comments :

.::WaNiE::. said...

saya tidak suke menghantar emel berantai kerana merasakan jika sy tidak sebarkan berlambak2 lagi yg akan sebarkan..buat kene marah jek org yg menerima kerana meng'spam' kan mailbox dia, melainkan terjumpa emel yg lawak2 ke baru la saya sebarkan kepada org tertentu sahaja.

Mohd Faizul Ibrahim said...

Salam..

Ini pada pandangan saya.. tidak salah menyuruh org lain meminta maaf kepada org yg terdekat.. Jika kita meminta maaf hari2 lagi bagus..saya rasa email itu meminta kepada org yg x pernah mengamalkan meminta maaf pada hari2..kadang2 kita tidak perasan perkataan kita menguris hati org lain..mungkin pada kita ok..tapi pada org lain agak kurang sopan atau tidak sesuai..Mungkin bermaaf maafan pada bulan ramadhan ni lebih elok..seperti juga solat sunat..kalau kita buat hari2..alhamdulilah..tapi jika kita buat di bulan ini lagi besar pahalanya..

Seperti Mr Kunchalana kata "Klu bidaah untuk kebaikan yg hak seperti menyambut maulud nabi or tadarus al quran itu xpa"

Bagi saya bidaah ni juga seperti bidaah hasanah tersebut..membawa kepada kebaikan..

Cuma hadis itu mungkin tidak sahih..tapi apa yg cuba disampaikan adalah kita saling meminta maaf dan memaafkan..bagi saya itu perkara yg baik..

Saya cuma memberi pandangan..wallahualam.. Hanya Allah yg maha mengetahui..

Jika comment ini menyinggung En Arman Salleh, saya ingin meminta maaf..

VICTORIAN 98'

pye:rudz said...

orang melayu memang suka benda-benda bidaah nih. banyak lagi kalau nak disenaraikan. takut menyinggung perasaan je.

kuchalana said...

Salam pada adik victorian 98..

Rasanya anta tidak faham perkara pokok yg dibincangkan disini... asas kepada perkara pokok adalah hadis yg dinyatakan tidak pernah wujud. Boleh ditulis oleh sesiapa dan mungkin juga hadis palsu. Jadi islam itu telah lengkap dan tidak perlu ada tambahan dari apa selain yg dinyatakan dari Al quran dan hadis dan tidak perlu ada bidaah.

La ni bila umum mendapat email atau rantai sms berkenaan akan wujud satu kepercayaan perlu meminta maaf diawal ramdhan dan menjadi satu kemestian untuk dilakukan. Pada anta memg perkara baik bermaafan tetapi dari sudut kepercayaan telah lari erti islam yg sebenar. Makin lama org akan menerima konsep ini yg datang entah dari mana. Lepas ni sapa2 xmintak maap, posa xditerima. Ada ka mcm 2?

Jadi kita xboleh memandang remeh dalam hal bidaah. Dan bidaah itu sendiri adalah menyesatkan tidak kira apa jenis binaah yg disebut. Anta boleh rujuk tulisan2 didalam mana2 kitab.

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab2.htm
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/Bab4.htm


Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata,

Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat. - H.R. Abu Daud dan Tirmizi

ole..

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

金瓜米粉Jason said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社