Pages

Sudah Sampai Ajalnya


Korang mungkin ada terbaca kisah seorg pelajar yg jatuh dari block kolej last week dan meninggal dunia ditempat kejadian. Agak hangat jugak la kes ni sampai bermacam2 spekulasi dikeluarkan oleh beberapa pihak termasuk paper, polis, pelajar, pengurusan kolej dan ukm dan juga kita as a layman person.

Pada yg xtau, aku ada kedai dalam kolej tu dan aku agak tahu jugak kes sebenar yang berlaku. Kawan2 aku ramai yg bertanya termasuk blogger yg tau aku ada kedai dalam tu. Dan bermacam2 versi aku dgr termasuklah spekulasi terbaik yg ada lembaga kejar arwah dan membuatkan dia jatuh. Ni smua kerja paper la, nak melakukan paper depa. Come on la, besar dosa fitnah korg tu.

Aku cuma nak kasi tau smua yg berlaku adalah atas kehendak ALLAH. Bila DIA kata mati, maka akan mati dan itu adalah janji yg pasti untuk setiap yg hidup. Cuma asbab keatas kematian yg berbeza2 dan yg itu juga yg selalu menjadi bahan pertikaian org ramai. Jadi mmg benar arwah jatuh dari bangunan kolej berkenaan. Dari maklumat polis, tiada unsur org ke dua atau ketiga dalam kes ni. Arwah dipercayai jatuh dari tingkat 2 bangunan berkenaan. Bukan 4 atau 5 yg dinyatakan oleh paper. Tiada darah dan luka tapi hasil bedah siasat menunjukkan beberapa organ dalaman beliau pecah impak dari kejadian berkenaan.

Fakta lain yg aku nak betulkan, arwah ni budak sains kimia dan bukan budak pengajian islam yg digembur2kan oleh paper. Lelain, mmg benar beliau cuba untuk lebih mendalami islam kerana telah dijumpai banyak nota2 beliau yg lebih kepada pembelajaran tentang islam dgn lebih mendalam (means beliau masih mencari PenciptaNya). Dan dari nota yg aku tgk it more about ajaran tasawuf dan ilmu mengenai islam yg agak tinggi dan mungkin menjadi tidak sesuai untuk difahami oleh layman person seperti arwah dan mungkin kita sendiri. (Ada separuh2 kes seperti ini menyebabkan kita menjadi keliru dan slalu dipanggil isim, ini adalah antara teori yg dinyatakan oleh ahli agama)

Futher, yg dikatakan lembaga oleh paper pon aku sangkal bulat2 sbbnya beberapa org agama yg dipanggil untuk melihat kawasan kejadian menunjukkan tiada gangguan dari mahluk ujud atau tidak ujud. Dan pada aku, klu ada lembaga yg mengganggu pon xkan sampai lompat or jatuh bangunan. Klu ada lembaga nak menggigit pon xkan habis dia makan kita dan kita xkan mati pon klu dia gigit tangan or kaki. Jadi smua tu xbetul.

Seperkara yg aku nak tegur is sikap pelajar2 universiti tu sendiri. Ada saksi yang mendengar jeritan pada pagi kejadian. Yg best depa jadi takut dan pakat2 tido. Pada aku depa boleh keluar ramai2 dan tgk apa yg berlaku. Sbbnya setau aku, diblok tempat kejadian berlaku ada ramai student yg amek short course dan kebanyakan depa xtido pada malam berkenaan sbb depa ada peperiksaan the next morning. Jadi individualistik menjadikan kes ni cukup tragis pada aku. La ni masa arwah duk minta tolong dan xda org tolong. Cuba bila tiba masa kita pulak mintak tolong dan xda org tolong apa perasaan korg.

Lagi satu hal is pihak universiti sendiri. Setau aku ada byk pembinaan bangunan sedang berlaku dikawasan berhampiran kolej. Klu xsilap aku ada lebih dari 3 pembinaan sedang berjalan. Depa patut pantau dgn letakkan pengawal keselamatan dikawasan berkenaan. Maknanya xda la pekerja2 asing atau mereka yg terlibat berjalan dan merayau dikawasan penempatan pelajar (and it happen). The risk is always there.

Jadi aku harap xda la spekulasi lagi lepas ni. Arwah pon telah tiada . Cuma kita yg masih hidup perlu belajar dari setiap perkara yg berlaku. Mungkin esok lusa hari kita mana kita tau.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

2 comments :

NahWaL said...

setuju sangat tang pengawal tu, dari tahun 1 sampai dah kuar dah kerja pon, tadak pak gad yang BOLERH DIHARAP. harapkan pagar, pagar makan pagi.

lepas ni ukm nak beli zaba, bolehlah letak. still, no excuses bfore. skang sorang student dah mati, harap2 lepas ni Kak pah lebih prihatin. kesian budak2 zaba.

pye:rudz said...

kalau pegi kedai kat ukm tu singgah la kolej yang kat stesen komuter bangi tu taukeh!