Pages

Manusia Dan Buku


Baru2 ni masa Pesta Buku Bangi aku ada membuat beberapa kajian tentang lumrah sifat manusia moden hari ini. Actually pada hari berkenaan aku berkongsi pentas dgn kawan2 dari PTS. Depa lebih byk berckp tentang novel remaja dan aku datang bercakap tentang mengawal diri dari boros dan kewangan. Jadi lepas sessi berckp, ada la sessi sign buku. Jadi dari apa yg aku perhatikan, budak2 remaja dari umur 13 tahun ke 25 tahun lebih byk kemeja sahabat2 dari PTS dan umur 30 keatas lebih kepada konsep kewangan dimeja aku.

Apa yg aku dpt concludekan. Setiap fasa umur manusia mempengaruhi setiap keputusan yg kita buat. Dari satu sudut lain setiap fasa ini akan memberikan kesan kepada org lain dan masyarakat dalam setiap perkara yg dilakukan. Satu contoh, umur antara 13 tahun ke 25 tahun. Masa ni zaman dapat duit dari mak ayah lagi. Keputusan semua perkara pon mak ayah yg kene buat. Jadi apa yg dpt dilihat golongan ni sentiasa bermewah2 dan lebih suka kepada dunia khayalan dan hiburan. Tiada rasa tanggungjawap dan masih mencari identiti diri. Masa ni buku2 hiburan, novel2 cinta, fiksyen menjadi bacaan golongan ni.

Lepas tu dari umur 25 ke 30 tahun masa ni zaman mula belajar erti tanggungjawab. Mula berkawan, mula belajar berjimat atau mula boros, mula kumpul duit, mula nak beli kereta, mula bekerja, mula belajar dan mula belajar kasi mak abah duit. Then bila dah kawin, mula belajar bela anak, bela pasangan, jaga hati mertua, jaga hati mak ayah. Zaman ni jugak mula belajar berhutang, mula nak beli itu ini sbb dah ada duit sendiri. Masa ni buku2 mcm permata yg hilang, motivasi2 dan perniagaan mungkin menjadi kegilaan golongan ni.

Then fasa seterusnya pada umur 30 ke 40 tahun masa ni kebanyakan dah mula realise tentang pelaburan. Tentang tanggungjawab yg lebih besar. Tentang masa depa keluarga. Tentang berjimat cermat. Tentang family planning. Masa ni dah xda byk sangat la hiburan. Klu ada lagi maknanya korg jenis xsedar2 la tu. Masa ni buku2 pelaburan, kewangan dan menambahkan penampatan akan menjadi kegilaan.

Masuk ja umur 40 bagi lelaki yg telah bekerja keras dari umur 30 masa ni masa menuai hasil. Anak2 dah mula masuk asrama. Klu boleh maintain badan and rambut masa ni lelaki baru nak mulakan kehidupan. Masa ni la dia nak menggatal. Yg pompuan plak masa ni la lebih masa dgn anak2. Sbb laki dah mula xnak kuar sama2. Masa ni zaman sukar pada setiap dari kita. Sbb klu xjaga makan boleh kene penyakit. Klu xjaga laki, laki boleh kawin lain. Masa ni buku2 agama, motivasi dan perniagaan menjadi kemestian.

Lepas ja umur 50 aku tgk golongan ni suka membaca buku2 yg relax. Lebih kepada buku2 agama, buku2 yg berat, peperangan dan mcm2. Klu masa ni cari buku kewangan aku rasa dah terlmbat la. Jadi setiap fasa tu akan memainkan peranan dalam pemikiran masing2. Pada yg xsuka membaca, amat berat la pada aku sbb kita xkan membawa diri kita kemana2 dalam 10 tahun yg akan datang. Klu dieropah, buku2 cinta dan novel2 ni dah dibaca oleh budak2 umur 8 tahun lagi. Fasa mereka lebih cepat sbb tu pemikiran dan fisikal mereka lebih cepat dari kita diasia ni.

Jdi menjadi tanggungjawab kita untuk melihat bagaimana sesuautu masyarakat tu dari apa yg depa baca. Aku slalu quote mende ni dalam tulisan2 aku seblum ni.

MANUSIA AKAN BERUBAH DARI 2 PERKARA. PERTAMA DGN SIAPA KITA BERKAWAN DAN KEDUA BAHAN APA YG KITA BACA.
Ole

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

3 comments :

13may said...

iyer la bro....setuju ngan pendapat ko tentang peringkat peringkat umur tu...hehhe hehhe

btw, sori bebyk...aku tak perasan dan tak ingat tentang komen ko pasai nak bagi buku free kat tuh...

ada lagi ker? hehhe hehehehhe

Afhm said...

Salam Man,
Pekabo?
Hehe mcm anak beranak je rupa korg berdua hehe
keep in touch!

Aidura Sofiee said...

salam.

masih teringat2 lagi kisah saya mula membaca buku non-fiction ketika berusia 12 tahun. buku tu bertajuk "seksa kubur".

elok juga budak2 didedahkan dgn buku2 agama semenjak di bangku sek rengah lagi.

jadi, akan dpt melahirkan keinsafan dan rasa tanggungjawab di kalangan generasi muda. :)