Pages

Kerajaan Perpaduan?

Aku dah lama xbercakap pasal politik tanah air. Actually aku dah naik menyampah dgn keadaan politik hancing yg berada disekitar kita ni. Bak kata mentor aku, klu kita amek tau pon bukan kita boleh buat apa2 perubahan. Cuma masa ngundi ja kita kene jalankan tanggungjawap kita. Lelain nothing we can do. Nak menjerit ka, nak melompat ka,xda apa yg kita boleh ubah pon.

Hari ni aku nak bercakap pasal org2 dalam parti bulan terang. Sbelum ni aku byk hentam yg memerintah, hari ni aku nak hentam parti yg dah mula syok sendiri ni. Dulu masa kecoh hal Unity Goverment (UG) ni aku dah agak dah PAS pasti dah kene penyakit hama yg agak serius lepas menang besar last election. Semalam bertambah lagi aku terperanjat bila org no 2 dalam PAS sendiri terang2 menyatakan sokongan keatas UG ni. Jadi pok nik ajis pon kuar kenyataan paling pedas dia, "klu nak buat UG elok keluar PAS dan masuk BN". Tu dia ko.

Actually aku setuju ngan apa yg pok nik ajis ckp. Org2 berjawatan dalam PAS perlu melihat balik asas perjuangan PAS. Xda sbb PAS perlu berbincang ngan mereka disinun. PAS berjuang atas nama agama dan bukan bangsa. La ni UG ni lebih kepada nak jaga hak dan kepentingan sesuatu bangsa. Itu dah xbetol. Yg keduanya xterfikir ka pemimpin2 yg kununnya ulama dalam PAS ni tentang perjanjian dalam pakatan rakyat. Bila dah menang org dalam pakatan yg sama2 berjuang ko buang tapi musuh ko pulak yg ko cari nak buat kawan. Yang ketiganya, xterfikir ke tentang org2 yg mengundi kamu ritu tuk melihat perubahan tetapi dikhianati mcm ni.

Pada yg xtau sejarah, PAS mmg pernah menyertai BN selepas peristiwa berdarah 13may. Tapi keluar dari pakatan lepas dimainkan oleh mereka yg didalam pakatan. PAS hanya digunakan untuk menyatukan undi melayu supaya pemerintah kembali memerintah. Dan hari ni PAS perlu befikir 1000 kali tentang hakikat UG atau apa sahaja alliance yg nak dibuat dgn pemerintah. Sbbnya, anda akan ditipu lagi. Pok nik ajis ada ketika PAS dipergunakan ketika tu dan beliau merasai apa yg org2 dalam PAS hari ni xrasa. PAS dan pemerintah ibarat air dan api. Jauh beb dan xmungkin bersatu. Nak citer pasal UG pon aku xrsa akan ada penyelesaian kepada masalah dasar dan arah perjuangan kedua2 parti.

Jadi nasihat aku pada org2 dalam PAS, klu korg rasa korg nak undi org2 atas pagar atau pengundi yg dah mula sedar tentang politik busuk elok korg perbetulkan isu UG ni. Klu dak, mereka2 disinun akan terus tersenyum dan korg sendiri akan terus rugi dgn issue yg korg create sendiri ni. Silap2 akan ramai pangkah DAP plak lepas ni. Kadang2 aku heran, bila diberikan nikmat susah slalunya manusia akan sedar diri. Tapi bila diberikan nikmat sng, habis lupa diri.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

1 comment :

pye:rudz said...

ahli politik semua cakap najis.
(all politicians talk shit)