Pages

Malayo-Polynesian


Setelah lama menyepi dgn artikel2 ilmu, la ni aku akan mula menulis kembali artikel2 yg patut untuk dikongsi bersama. Baru2 ni aku ada terborak dgn satu mamat ni. Actually aku pon xkenal mamat ni. Diakhir perbualan baru aku tau dia ni seorg pensyarah math yg byk membaca. Beliau byk membaca tentang asal usul bangsa atau dalam bahasa saintifik Antrapologi.

Pada mulanya dia lebih banyak berbicara tentang MELAYU, SIKAP dan GENETIK. Lepas tu dia mula mengajukan soalan2 yg membuatkan aku lebih byk berfikir. Yg menarik setiap kupasan beliau disokong dgn sirah2 dari AlQuran dan Hadis.

Soalan beliau yg paling menarik bila dia tanya aku, Kenapa muka THE ROCK xmcm muka mat salih lain tapi mcm melayu. Kenapa muka Ronaldo (pemain bola Brazil) xmcm muka mat salih dari eropah tapi mcm melayu. Kenapa org di Hawai, di Tonga, di Fiji, di New Zealand, di Australia, di bumi US sendiri iaitu org Red Indian smua muka mcm melayu (pada asasnya, warna kulit, cutting muka dan susuk yg lain). Dia suh aku tgk betul2 kenapa mereka2 ini seperti melayu.

Jadi kupasan beliau dilampirkan dalam sirah contohnya

"dijadikan manusia itu berpuak2, supaya mereka boleh mengenali antara satu sama lain"

Jadi rumpun melayu adalah salah satu dari rumpun dalam puak yg ada dalam kajian beliau. Katanya puak berkenaan dalam Antrapologi dipanggil MALAYO-POLYNESIAN, kalau kita ke MEXICO ada satu puak juga dipanggil MALAYO. Disebelah sini NUSANTARA dipanggil MELAYU. Katanya bangsa ni mempunyai bentuk wajah, cutting tubuh dan penggunaan bahasa yg hampir sama. Cuma mungkin berbeza dari dialek selepas ianya berevolusi mengikut peredaran zaman. Sbb tu jgn terkejut bila kita tgk kaum asli di Australia saling xtumpah dgn kaum asli negrito tanah melayu. Begitu juga dgn kaum MAYA di selatan Amerika yang lebih kurang dgn kaum asli diBorneo.

Lagi katanya, jika kita bukak buku geografi dan sejarah. DiFilipina sendiri semasa zaman Jose Rizal, 80% penduduknya adalah melayu dan beragama Kristian. Jd kita serumpun sebenarnya. Yg berbeza adalah geografi, dialek dan amat pasti agama. (kene ingat MELAYU bukannya ISLAM dan ISLAM bukannya MELAYU).

Apa yg dia cuba nak kasi tau aku is, MELAYU di TANAH MELAYU patut berbangga sbb tanah ini sahaja yg bernama TANAH MELAYU (satu masa dahulu) dan merupakan tapak kepada asas peradaban MELAYO atau MELAYU itu sendiri. Dari sudut bahasa kenapa perlu ditukar menjadi BAHASA MALAYSIA atau BAHASA INDONESIA sedangkan asas bahasa itu sendiri sepatutnya dipanggil BAHASA MELAYU (pada hakikatnya). Kalau ke indon, filipina hatta ke fiji, samoa, tonga, new zeeland masih ada penggunaan bahasa melayu yg masih boleh difahami oleh smua negara ini.

Katanya lagi klu kita cari dalam lebai google, MELAYO ni dinyatakan sebagai bangsa hebat dalam dunia pelayaran dan merupakan antara pedagang yg telah mengelilingi dunia satu masa dahulu. Klu x, xkan ada muka melayu kat Hawai n Mexico sana. Dan katanya lagi, bahasa melayu telah digunapakai hampir keseluruh dunia satu masa dahulu. Sejarah moden peradaban barat hanya muncul selepas zaman gelap dan kita cuba untuk menidakkan apa yg kita ada dan mampu buat hari ni kerana barat berkata begitu.

Katanya, kita tidak perlu melihat MELAYU sebagai bangsa yg lemah hari ni. Kelemahan itu datang dari SISTEM yg dicipta oleh pemerintah supaya MELAYU dilihat perlu bergantung kepada SISTEM untuk mereka terus hidup sebagai MELAYU. Sikap terus bergantung menjadikan bangsa lain menjadikan mereka tuan kepada TANAH MELAYU ini. Itu hakikatnya. Melayu tidak begitu dizaman sebelum merdeka. Melayu itu hebat dan melayu itu sentiasa dihormati dizaman itu.
Jadi xsalah untuk menjadi melayu, berjuang untuk bangsa melayu kerana bangsa melayu bukan hanya dimaisi, melayu ada diseluruh dunia. Sbagaimana bangsa cina boleh dilihat dimana2, bangsa melayu apa kurangnya. Belajar dan baca sejarah, anda patut bangga menjadi melayu.
Ole

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

4 comments :

@xiM said...

aku bangga jadik anak melayu!!

paling aku bengang dengan melayu yang duk menjatuhkan bangsa sendirik..duk kutuk kata melayu itu lah melayu inilah..

cuba perbaiki diri itu yang paling utama..

tepuk dada tanya lah selera..

wassalam..

izman said...

aku setuju. kita bukanlah bangsa yg lemah.

zgila said...

Maksud Melayu dalam kamus jawa ialah berlari. So sebab tulah mana2 kite pergi ade je spesis melayu.

Peacebuy said...

Maksud 'Melayu' ada bermacam-macam dari beberapa bahasa asing.."Malaya' atau "Malay'" - "freedom" Tagalog; "Melayur" - " Berhijrah" Tamil Sanskrit. Memang budaya asal Melayu amat kukuh tamaddunnya.

Silalah ke laman web hamba: Gempamelayu.com, dimana kita mengupas keagungan bangsa yang dpanggil..."Melayu".