Pages

BarRabaRaba Bontot

En Zizan Pilot n Mr Kuchalana
19/12/2008 6PM
Aku kat airport. Pick up myloveone. Masa tgh tunggu dkt area ketibaan tu aku tgk org duk berkumpul kat satu area. Rupa2nya pengambaran AWAN DANIA sdg berlangsung. Aku pon malas nak amek port sgt sbb xfoloow pon cite ni. Tiba2 someone from the production datang duk depan aku. Lor, kawan sezaman kanak2 duk keje dalam production tu. Borak punya borak tiba2 datang mamat kat dalam gambo kat atas tu kat aku join skali borak. Nih En Kuchalana ke? Yer saya, boleh kita bergambo. Dia tanya aku. Boleh apa salahnya. Tu la dia dpt gambo kat atas tu. Kakakakkakaka. (Sory zizan, saja nak kasi panas sikit, anyway aku sian tgk dia sbb xda org nak bergambo ngan dia. Smua nak amek gambo ngan gadis2 kabin ja, ngan pilot sorg ni xda org peduli jadi aku pon borak2 n bergambo la ngan dia smentara menunggu. Apa2 pon thanks arin sbb temankan aku, hope ko succes dgn production awan dania ko tu)

************

En Kucing Farish n Mr Kuchalana

19/12/2008 10PM
Aku balik mandi2 n turun KopiCat makan2. Tgh duduk2 datang mamat kat atas tu plak nak bergambo ngan aku. Kuang2. Nih tokeh Kopicat, bapak sgala kucing, En Kucing Farish. Aku tgk ko skang murah sgt rejki. Mcm2 production ko join skang. Mcm2 filem, drama n show ko sapu. Smoga terus dimurahkan rejki.

************

ARU Koffin Kanser n Mr Kuchalana

20/12/2008 03PM
Aku turun KL with myloveone and terus ke Secret Garden tuk layan Rock The world 8. Aku terus kene kejutan budaya dgn budak2 skang ni. Aku boleh katakan they are really GENERASI BUNDLE. Dgn rambut mcm2 jenis, dgn dressing ala2 band Ujan. Baju smua color dull ja. Sakit kepala aku tgk. Slalu aku turun show ni, bleh la tgk budak2 PUNK, SKINHEAD, GRUNDGE, METAL, BLACK METAL. Smua dtg dgn dress n identiti music masing2. La ni yg mai smua xda identiti. Ada satu band tu punya la dasyat suara dari luar aku dgr. Skali dgr ingat bank metal jawa mana la. Skali masuk tgk, dgn rambut pendek, hangguk2 kepala, pakai sluar pendek bolakeranjang n t-shirt adidas. WTF. Xda identiti langsung. Buat malu metal band ja. Pada aku, depa ni just POSER yg datang mengikut2 dan cuba menjadi org lain dalam acuan tanpa ilmu. Anyway, aku kasi pujian pada satu band ni ZIP ZIEPPER(xsilap aku). Klu Jimmy Hendrix tgk korg main, aku sure dia menagis punya (shah cari EP dia, aku jamin ko xkan menyesal). Bro Aru, keep rockin bro. Rock sampai mati (gambo diatas). Nih aku nak tegur sikit budak2 Butterfingers. Apa hal duk main xnak menyanyi. Aku rasa emmet ada masalah vocal la. Futher budak2 smua nak dgr jeritan langsuyar lu . Lu mmg xsesuai nyanyi lagu melayu la.

************

En Tukar Tiub n Mr Kuchalana


20/12/2008 08PM
Aku dah berada di Bar Council tuk event seterusnya. TEATER BILIK SULIT (TEATER BUKAN TEATER). Sebelum masuk aku layan borak dulu dgn Bro Hisham (KAHKAHKAH) owner blog TukarTiub merangkap pengarah teater malam tu. This guy byk inspired aku tuk berada dalam dunia penulisan dan radikal thingking secara xlangsung. Aku xpernah mis buku dia dan segala artikel penulisan dia. Dalam dewan teater tu nampak la muka2 few blogger (mcm kenai), org kuat bar council, artis, SB (mungkin) dan muka2 familiar (dato2). Aku cukup tersentuh dgn ucapan seorg wanita, isteri kepada sorg tahanan ISA. Dan teater ni membuka mata aku tentang betapa kejamnya undang2 ini dan bagaimana ia disalah gunakan. Dekat ending teater ni, aku betul2 tersentap dgn ucapan tahan ISA (pelakon) yg berada diatas stage. Bila bukak lampu, aku tgk few loyar ada yg menitiskan air mata dan ada yg mata merah. It really touching. Secara kasarnya, naskah ini menceritakan bagaimana tahanan ISA dilayan dan dipergunakan dalam tahanan. Bagaimana nasib anak isteri tahanan dan bagaimana undang2 dicacamerbakan untuk membolehkan yg tidak. Ini kisah benar bekas tahanan ISA dan aku amat pasti ianya pengalaman Bro Hisham sendiri. Ada kaum yg pernah bertekak ngan aku pasal ISA ni. Yes ISA boleh digunakan, tetapi undang2 mengatakan untuk membendong pengganas sahaja. Bukan ahli politik, bukan rakyat yg turun buat demo menuntut hak atau blogger yg bercerita tentang yg hak. AGAINST THE SYSTEM DOESN'T MEAN THAT WE DON'T LOVE OUR COUNTRY.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

12 comments :

Afhm said...

Bro,

Superb lah enty ko kali nie.. Wei teruskan2. Aku doakan kejayaan hang dunia akhirat.. Kalu aku single lagi mesti aku tackle hang!! Wahaha! Pemikiran yg fantastik dan radikal! Macam radikal bebas dalam kajian aku! Take care bro and ur loveone!

ku tak sempurna said...

rugi plak tak gi tgk Tetaer Bilik Sulit... kerugian yg besar...

hensem plak si zizan dlm gambar tu... nape ek??? :D

~ mizzAmy ~ said...

~ dalam masa dua hari boleh bergambar dan berborak-borak dengan org yg glamour. bestnya.. ~

arsaili said...

salam bro..kecik jer org nya..ehehehe...ker semua pelakon tu terover tinggi...

:: Cikgu Wiween :: said...

huih..abis sgala artis dia bergambo. gagaga :p anyway, my emak suke azizan nin itu ;)

dakgilachoc a.k.a nani said...

wah besh2 dpt bergambo dgn artis...nak otograp...=P

Boo Tofu said...

pergh...cam artis la abang Kuchalana nih...punya glamer sampai sume artis nak bergambor dengannya....nasib baik mawi tak jumpa ko, kalu tidak, abis 2GB memory camera dia abis amik gambor ngan Kuchalana ajek....ehehek...

jgn marah Man.....salam maal hijrah...

ixora said...

ermmm...mcm bro lg glemer dr diorang jer..kihkihkih..=)

~Cinta Milo Ais~ said...

mesti zizan tu terharu pic dia terpapar dlm blog bro kuchalana nih hehe...

.::WaNiE::. said...

eh xreply ke apsal rasa mcm dah buh comment aritu ha..ilang ke..isk musykil

JM said...

abangggggggg....

km slm kt akak ...

rindu lak lontong mabeles ari tu... hiks...


tntg tahanan ISA tu..alangkah ruginye JM tak menginkuti teater ini.. kalau tak JM dah tau dah apekah makne ISA yg sbenar..sbb selama ini hanya diulamkan dgn anasir2 yg tak pasti kesahihan nye..

ecewah..panjang lak ceramah haaa


p/s mane le abgku ini menghilang

shafarina said...

Comellah gambar first tu. Huhu

Si tukartiub tu, ganas sikit kan? Patut pun org ameno berbulu je dgn dia.