Pages

Jalan2 Cari Pasal - Souq Putrajaya




Semalam lepas meeting ngan Dollah Ubi kat Starbuck Alamanda, aku bawak family aku pi Souq Putrajaya. Saja nak makan angin petang. Actually dah banyak kali aku mai sini. Secara paksa atau tanpa paksa. Usually aku datang tuk minum petang ngan Datuk Meor (aminnn). Bawah tu ada mcm2 kedai makan. Dari kedai mee2 kat hujung blah kanan sampai ke kedai runcit kat kedai blah kiri.

Selain kedai franchise mcm Nandos dan Chicken Rice Shop, lelain kedai smua aku kasi zero bintang dalam smua segi (Services, Makanan, Harga Makanan). Hampeh. Sebabnya

1. Makanan kat situ mahal nak mampos. Semalam aku makan mee kari, RM9.60 semangkok. Ni kedai melayu dekat sebelah Chicken Rice Shop tu.
2. Kari dalam mee tu xda rasa apa. Rasa air ja. This is not the 1st time aku kene mcm ni kat situ.
3. Service lousy gila. Dah la xda org kat kaunter, Nak layan customer nak xnak. Yg ni aku tujukan satu kedai melayu kat sebelah kedai mee2 tu.
4. Dikedai yg sama, cawan depa bau lipas. Telur setengah masak depa ada taik ayam lagi. Depa xbasuh telur tu.
5. Ada satu kedai mamak kat situ, yg murah situ cuma roti canai ja. Lelain mmg harga makan kat hotel.
6. Kedai buah yg ada kat situ (dia jual jagung sekali). Satu beg buah RM1.20. Ada la 8 ketul buah dalam plastik tu. Tu pon buah dah lembik2. Apara.

Aku klu xsebab nak jumpa meor atau anak2 aku nak bagi makan ikan. Mmg aku xpi situ. Actually bukan aku ja complain hal ni. Pelancong pon byk merungut. Aku rasa pengurusan situ kene revise balik harga sewa (sbb tu peniaga tekan harga) dan service yg diberikan oleh peniaga kat situ. Pada aku yg franchise mungkin xda pa masalah sbb depa mmg dah ada service standard dalam penjualan depa. Ni yg kedai tah apa2 ni. Situ byk pelancong. Buat malu ja.

Aku bleh kasi dua bintang kat kedai mee2 tu ja. Xsilap aku tokey dia cina. Kedai tu ja yg makanan dia masih boleh diterima akal. Advise aku, tarik kopitiam ka atau franchise2 yg lain masuk kesitu. At least depa ada latarbelakang kewangan yg kukuh dan sudah pasti ada service standard yg lebih baik.

Lepas ni aku akan review few restoren yg aku pernah diredah dibangi kepunyaan artis2 kita. Ada yg hampeh dan ada yg ok. Jgn ingat artis2 kita ni smua tau memasak. Hu2.

Ole.

* Klu ikut perangai sorg sahabat, klu dia rasa makan xberbaloi kat satu2 kedai, dia pasti makan xabis dan akan menterbalikkan pinggan dan cawan diatas meja sebagai tanda protes. Aku xsampai ati lagi nak wat mcm tu.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

9 comments :

~ mizzAmy ~ said...

~ pernah makan kat kedai2 area situ. memang hampeh la... selalunya if nak lepaking area situ akan bawak makanan siap2 dah. sebabnya, dah tahu kat area bawahnya tuh cam apa jer. ~

fiezafadilla said...

ee...kedai melayu buat makanan mcm tu? tak baek oooo... nnt rejeki tak halal plak.

cemut said...

ui gelas bau lipas?? haiyoh!! telur ade taik ayam? hahahaha gila pengotor nye kedai...

chayo la ur fren.berani tuh siap terbalikkn cawan pinggan.bagus tol haha

PENDEKAR said...

peh melampau tul kalo camtu ....
kalo aku aku tak tebalikkan pinggan ngan cawan...

gi jumper towkey die pastu tebalikkan die......

NahWaL said...

huh.betol2.setuju.ada plak kedai tu kita marah dia servis tak baik, di marahnya kita balik.haiyoo.and then u bising orang tak datang kedai melayu.hampeh!

chekdenoor said...

chekdee risau tengok kete tu...... cam nak jatuh longkang jer........ heheheheheh

tun teja said...

bapak tun kalau x puas ati ngn makanan dia gi dapur teruss.. sgt memalukan kalau keluar makan dgn beliau.

kedai mee kat situ kena gi kursus penyediaan makanan kot

* ayu * said...

mmg betul bro. ayu penah gak try makan kat situ. service out habis habisan...

good review!

Boo Tofu said...

aku stuju ngan review ko, Man....

aku malas nak cakap takut sensitif...tapi dah jadi mcm stereotype lak....kalau melayu niaga aje...stakat nak kaut untung aje...kualiti, longetivity, customer loyalty semua letak tepi...sayang sebab tempat tu memang a major tourist pull!! kalau bikin elok2, boleh so-Q lunch crowd, especially from all the govt offices sekeliling area tu....teringat dulu masa aku posting kat hotel 5 bintang kat putrajaya dulu...walaupun Souq paling dekat, sanggup pi precinct lain sebab harga lebih murah, and food lagi best!!!

**But of course, tak semua melayu niaga cam tu, kan Man, kannnn..??? :) malangnya,kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....

p/s: dollah Ubi masih waras ker?