Pages

CIMB Nak Telan Maybank?



Mcm yg semua tau, saham2 dunia telah jatuh dgn teruk dalam 3 bulan kebelakangan ini. Seperti yg aku slalu tulis dari awal tahun ni tentang kejatuhan ekonomi global yg akan berlaku dan ianya juga memberi kesan yg amat tinggi pada negara kita (ada kata xda kesan, ni mana buku dia baca ni or xda baca buku ka). Jadi aku suka tuk berlabon tentang isu maybank yg kecoh minggu selepas raya aritu.

Pada yg tak tau, saham maybank adalah antara saham termahal dan menguntung pada kaki2 yg suka main saham. Pernah saham ini naik dari value RM3 (bersamaan RM3000) ke RM19 (bersamaan RM19000) dalam tempoh sebulan dalam tahun 1997 dan menjadikan ramai org kaya dalam sekelip mata (termasuk ahli keluarga aku yg bekerja dimaybank dimana staff mendapat allocation saham mengikut lama bertugas). Tetapi minggu lepas dari harganya RM12 terus menjunam sehingga RM5 dalam tempoh seminggu. Maknanya kerugian sehingga RM7. Dan hari ini saham ini terus berlegar dan bermain sekitar RM5 dan RM5.5.

Actually ni smua kesan dari pembekuan saham berkenaan ketika process maybank membeli saham di bank indonesia. Dari maklumat yg aku prolihi, pada awalnya Bank Negara Malaisi tidak membenarkan process membeli bank indon ni sbb valuenya terlalu tinggi dari harga asal dan terjadi juga penentangan dari pemegang2 saham maybank yg menyalahkan pengurusan maybank kerana membuat keputusan tanpa mendapatkan persetujuan pemegang saham (ada akta dalam hal ni). Tapi lepas raya, tau2 saham dibekukan sehingga selesai jual beli saham dibank indon (means drg tetap proced membeli bank indon tu, ni arahan sapa la ni..hu2).

Jadi kesan dia, byk org yg ada duit dimaybank mengeluarkan duit mereka terutama mereka yg berbangsa cina kerana takut duit mereka akan lebur. Jadi disebabkan pelaburan yg terlalu besar ada ura2 mengatakan CIMB (sapa punya ekk) bila2 masa akan mengambil alih maybank jika maybank hanyut dgn kerja giler drg skang ni. Satu lagi kesan dia, interest rate mungkin akan dinaikkan semaksima yang boleh dan akan ada byk lagi additional charges dalam setiap perkhitmatan mereka nanti. Jadi kita tunggu dan lihat rancangan mereka setrusnya.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

15 comments :

theconfused said...

kne ckp kat boss nih.. jgn gne maybank masukkan gaji..........

cemut said...

yekeee.cemut ade dua bank.. cimb ngan meybank haha.tp byk menyimpan kat cimb.tp ade ambik insuran kat meybank.

chekdenoor said...

1986....suami chekdee tak ada keje...baru kuar u....masuk skim SKS..skim siswazah menganggur......

1997....kami baru pindah kl....kesan kepada ekonomi keluarga...tak sangat sebab labiliti hidup tak tinggi...hehhe... cuma...mak kat kampung kata...."dua suami isteri keluar u...tapi sebab apa hidup tak mewah??"... orang kampung tak faham.....

2008 .... umur kami suami isteri...dah nak pencen.... duit pencen belum cukup...hmmmm takut gak......

Sebenarnyer golongan pertengahan cam chekdee ni.....yang selalu jadi mangsa....

SABOR jer lah...... hidup biar sederhana......

ita.itu said...

jgn telan rhb sudah...x sanggup i..hehe

vagg. said...

hadoiiiii bila la nk surut benda2 gini yek. mencik

laxmana said...

hmm...ini suatu putaran...

cume nak mintak bro kuchalana cek tengok pasal situasi terkini HSBC plak... ape sbnrnye yg berlaku...

regards!

~ mizzAmy ~ said...

~ uwwwaaaa... kenapa den tak tau pun. dah la amy nih salah sorang yg invest ngan maybank. kenapa cheq tak tau????? adeh, kalau saham dia jatuh that's mean apa yg di invest berkurangan la ekh?? uwwwaaaa....

nampak gayanya nak kena pi stop kan benda tuh and transfer to CIMB plak. ~

cendawanintim said...

owhhhhhhhhh....good info...gitu yer??!!

Dayu said...

maknanya kalau sebelum ni buat loan kat maybank untuk labur kat asb, interest rate dulu dlm 6.3, boleh lah lagi dpt untung...
kalau dh gini gayanya, ada maybank naik kan interest ni...

rugi...rugi *seb baik baru plan nak buat tapi tak buat lagi*

bozzobattousai said...

betul bro, dasyat sungguh ekonomi dunia skarang. smalam aku tengok jimmy kimmel live dia kata US terpaksa habiskan USD400 billion utk selamatkan 3 bank terbesar diaorg. kat m'sia nih tak tau lah...

imz said...

uihh..gaji aku masuk maybank la...adehh...camno no den nk buek..?

PENDEKAR said...

Ekonomi kapitalis.....
;-)

.::WaNiE::. said...

alaaaaa..pak lah kata malaysia xterkena tempias ekonomi US...


HAHAHAHAHAHAHAA

kuchalana said...

to all..

1. Xpyah risau dalam kes pembayaran gaji.. apa2 pon company yg akan tanggung smua additional charges jika ada..

2. Cina keluarkan duit kebanyakan dari fix deposit.. klu saving yg tinggi2.. depa akan move jugak.. klu simpan xsampai 50K xpyh la risau..

3. Maybank xkan jatuh.. dia akan terus beroperasi mcm biasa.. cumanya mcm yg kita tau bank ni dpt untung dari interest dan charges. jadi nak cover apa yg patut naikkan smua tu... untuk itu klu ada apa2 loan dgn drg, aku rasa agak sakit la nak bayo.. but kita masih ada pilihan untuk refinance dgn mana2 bank lain yg ada..

4. Staf2 dimaybank mungkin terasa bahang dimana mungkin xda bonus dan elaun akan dipotong..

5. Kisah ini adalah romour yg bermain didalam industri ni, jadi kesahihannya boleh diragui..

Ole..

John said...

Hey, there is so much worthwhile info above!
free abortion clinics | itil v3 foundations certification | walk in clinics