Pages

Puspakom = KonSep Monopoli




Baru2 ni sorg sahabat duk bercerita pasal kes puspakom baru2 ni where lebih 40 org kene angkut sbb kes rasuah. Apa yg dirasuahkan adalah melepaskan byk kenderaan tanpa pemeriksaan yg sepatutnya xboleh berada dijalan raya. Contoh seperti kereta potong dan kenderaan yg telah dimodifikasi. Dari cerita sahabat ni, org2 dari BPR telah menyamar sbagai staf puspakom. Bekerja as kuli dan belajar smua selok belok kerja dipuspakom. Dari situ dia mark sapa yg mengambil rasuah. Lepas kes dibongkar dia pon resign. Kira macam mato2 la (mcm citer james embong beb). Lepas reveal ja kes ni, mcm2 blog buat review. Ada yg kata kata ubah dasar monopoli, means keja puspakom ni diberikan kepada beberapa syarikat lain. Bukan kepada satu syarikat sahaja. Ada plak kata xleh cam2, biar satu company ja dan senang dimonitor.

Klu korg smua nak tau dinegara bertuah ni, byk syarikat diberikan hak monopoli (kapitalis). Kita tgk ja internet sapa pegang (sampai line mcm haram jadah pon xda apa tindakan), highway, bas, lrt, komuter, pembangunan sesuatu kawasan dan byk lagi dimonopoli oleh satu syarikat sahaja dan tidak ada persaingan. Katanya nak tolong bumiputra. Masalahnya depa ni xnak plak tolong rakyat. Kita plak yg nak tolong depa. Mana aci. Pada aku perlu ada persaingan. Baru syarikat2 ni berlumba2 tuk berikan service yg terbaik. Klu xbagus, tamatkannya dan berikan pada yg lebih baik dan berkaliber. Di negara maju smua berpegang pada konsep ni. Pada aku klu nak bantu, mcm tu baru kata bantu. Bantu dari sudut yg lebih profesional. Klu bantu mcm yg ada skang, ianya akan membiakkan rasuah, mengkayakan org tertentu dan tidak membuka dan memberi peluang kepada org lain yg mungkin lebih baik. Atau pon boleh dipulangkan balik smua compony monopoli ni pada kerajaan where hasilnya sudah pasti dipulangkan direct pada rakyat (sosialis). Kerajaan jadikan smua ni sbgai project kerajaan (seperti brunei, temasik dan thailand).

Seperkara lagi, byk lagi sector kerajaan yg terbiak dgn kes2 rasuah ni. Dulu org kata polis paling ramai, la ni imegration dari pion sampai ke yg atas ramai yg boleh diragukan pendapatan mereka. Sorg sahabat pernah kene bila nak buat pasport no giliran pon dijual sampai RM100 (no giliran limited untuk sehari). Tu belum citer dgn ulat2 dkt ROC yg mempercepatkan proces kita buat company. Nak citer dgn lain2 sector untuk tender pon sama. Bawah meja punya deal jadi macam2. Duit, pompuan, melancong, karaoke. Tu yg ada buat skolah, skolah runtuh, buat jambatan, jambatan retak. Sbbnya budget dah abis ke deal bawah meja, duit yg ada nak buat project jadi ciput pas2 pakai la apa ada tuk buat kerja. Sedih beb, sbb kita pembayar cukai patut dpt hak kita, bukan masuk perut malaun2 taik rasuah ni. Nak kata gaji xcukup, tiap2 tahun dpt bonus, tiap2 tahun ada kenaikan gaji. Yg pasti yg susah tetap pembayar cukai.

Pada BPR plak, keje jgn buat ikut kes terpilih. Korg kejar anak2 ikan ja apa barang. Cuba menyamar dan tangkap bapak ikan. Baru real, bersih dan telus. La ni baru la nmpk mcm korg ada kerja. Klu dak slama ni jabatan ni mcm xwujud ja. Ada yg kata korg naik meroyan skang ni. Jgn skang ja meroyan, lepas ni tiba2 senyap balik. Harap korg akan teruskan dgn penangkapan dan reveal pada public, baru padan muka2 taik rasuah ni. Seperkara lagi, jabatan audit negara pon satu hal. Bila korg pi buat audit satu jabatan, aku rasa korg musti jumpa lubang2 atau punca2 kepada sebab berlakunya rasuah. Kenapa xdireveal pada public supaya jabatan2 ni buat keje sikit. Ingat sikit beb, sgala budget, peruntukan, gaji, bonus kakitangan kerajaan smua datang dari duit pembayar cukai. Kemana patut duit dan service tu pergi klu xkepada pembayar cukai balik. Jgn ingat tu smua duit perdana mentri plak. Hu2

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

8 comments :

ku tak sempurna said...

aku setuju la bro.
nape nak tgkp si bilis... klu berani tgkp la si jerung..

apa pun kt tggu 16 sept ni..

axim said...

aku pun pelik naper la BPR hanya akan jalankan siasatan terhadap kes yang dilaporkan..kalau takder laporan diorang takkan buat kerja..

.::WaNiE::. said...

betul:P yg syok nye dorang..keje stabil..gaji tetap masuk tetiap bulan bonus kenaikan gaji

tak pyh pening2 pun pikir kene buang keje ke ape

kite yg membayar gaji dorg

tapi dorg nak serve kite pun susah..

Kebencian_Maharaja said...

Malaysia selangkah demi selangkah menuju jurang kehancuran....Bila tiba masa Allah menurunkan bala, yang paling kita bimbang bala tu dtg tak dituju2 orang yg jahat ja tapi akan kena semua orang.

~ mizzAmy ~ said...

~ yg kecik2 nih diorg nampak plak kan? yg ikan2 jerung2 tuh, diamkan ajer.

wat per la nak rasuah2 nih, duit tuh bukan leh wat makan pun. ~

murnie sangat said...

aku mmg setuju 100% kucha..

kuchalana said...

kuxsempurna - biasa la.. smua ada kepentingan beb.. yg ikhlasnya ada la sorg dua nak buat keje2 ni..

axim - penah jadi satu kes pada kawan aku yg buta.. sampai jabatan kebajikan, org kat sana bleh suruh mamat ni isi borang.. terkedu dia.. dah la buta disuruh menulis.. at last dia ckp xpyh nak harap jabatan kebajikan.. kita plak yg kene terhegeh2 kesana.. bukan depa yg cari org buta.. terbalik...

wanie - tu yg ramai buncit2 tu.. ada anak jin dalam perut..

KM - aku pernah bincang isu ni dgn kawan2 al hafiz.. mmg btol bro.. ALLAH amat pasti akan turunkan bala.. sikit2 dah nampak.. yg besarnya belum lagi.. tgk acheh.. skali ja dia kasi.. abis smua.. jauhkan lakan..

mizzamy - masalahnya depa ni mcm kaki ekor atau perokok tegar.. skali dah rasa nak lagi dan lagi.. sapa kata xleh makan.. tu yg hilang berjuta duit komisen kapal selam tu sapa yg makan? kkekeke

murnie sgt - yaa.. hidup kucha.. kakakaka

Giles said...

Hey, there's a lot of effective info here!
Embrun real estate | online Christmas cards | Hudson real estate