Pages

Selamat Buat Semua...


* Kredit to an old friend, Puan mazni leman kerana mengingatkan aku..

Jadi untuk menyediakan diri kita kepada hari kemenangan ini mari kita recall balik apa yg perlu kita buat pada hari raya ini.

1. Mandi sunat hari raya, bersiap2 dan berpakaian cantik atau yg terbaik (dipagi syawal).
2. Makan sebelum keluar rumah (dipagi syawal).
3. Bermaafan dan mengucapkan tahniah (dipagi hari sehingga sebulan syawal) .
4. Bertadbir (dari lepas magrib hari terakhir puasa sampai solat sunat eid).
5. Menukar jalan pergi dan pulang dari beraya.
6. Berziarah.

Jadi itu ja perkara mudah dan asas yg ada dalam sambutan eid dari sunnah dan sambutan itu sendiri. Aku xrasa ada bahagian yg menyatakan kita perlu bersedih, menagis dan meroyan xtentu arah (hermm, xda jugak pasal kasi duit raya, ada pendapat mengatakan seeloknya bykkan bersedekah pada ramdhan dimana lebih byk pahalanya). Seperti yg dinyatakan oleh junjungan kita,

Dari Aisyah r.a katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.”

Jadi jgn la bersedih ok. Bergumbiralah dihari kemenangan ini. Kalu zaman nabi dulu siap ada pesta keramaian. Ada pertandingan lawan pedang, menunggang kuda, memanah, menyanyi dan mcm2 lagi. Boleh cari dan rujuk hadis. Zaman skang ni aktiviti standard adalah berziarah lakan. Jadi bergumbiralah.

Seperkara lagi jangan lupa membayar zakat fitrah. seeloknya dibayar sepanjang ramadhan ni dan masa terakhir untuk membayar adalah sebelum solat asar pada hari eid. Jika dibayar selepas asar dikira berdosa, zakat tadi hanya akan dikira sebagai sedekah sahaja. Sunat zakat dibayar sebelum solat eid, makruh selepas solat dan harus ketika ramadhan.

Ibnu Abbas meriwayatkan:Rasulullah s.a.w telah menfardukan zakat fitrah bertujuan menyucikan orang-orang yang berpuasa dari kelalaiannya. Sesungguhnya ia adalah salah satu daripada sedekah. Oleh itu sesiapa yang melewat-lewatkan pembayarannya sehingga terlaksananya sembahyang hari raya hukumnya adalah makruh (tidak berdosa), tetapi sekiranya dilewat-lewatkan sehingga terbenamnya matahari, hukumnya adalah berdosa dan di anggap sebagai hutang kepada Allah s.w.t yang perlu disegerakan pembayarannya (qadha).

Jadi jgn lupa okek. Bab solat sunat, nanti imam mesjid akan revise sebelum solat sunat, jgn risau.

Ole.
* Ini mungkin entry terakhir aku sampai minggu depan, kesibukan melampau skang ni. Jadi selamat bercuti pada semua. Juga SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN...

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

26 comments :

Kebencian_Maharaja said...

Awai nak raya bro hehehehe....

~ mizzAmy ~ said...

~ Selamat Hari Raya juga untuk en Kuchalana. dan jika ada terkasar bahasa tuh sila-sila la maafkan..

harapnya, tahun nih leh solat sunat aidilfitri. ~

chekdenoor said...

Selamat hari raya kepada tuan kuchalana...... tahun ni chekdee beraya pertama dikampung suami kemaman.......sure ada satey nyerrr.....

Cuti raya jangan lama-lama sangat...... ingat-ingatlah update blog.....supaya kita semua sentiasa peka kepada keadaan.....jangan syok jer...... kena doa banyak-banyak....mudah-mudahan kerajaan bohong sekarang ini dapat kita tukar.....

wahhhhhhhhhh.....mana pak nuar ni.....nak raya dengan kerajaan baru.....hmmm cam tak kesampaian jer.........

cemut said...

xpenah ag bekesempatan p solat sunat ari raya kat masjid ;( salu kena jaga umah time tu .. sedia2kn juadah

Nek Cun said...

Salam Kuchalana, memang kita sepatutnya menyambut hari raya dengan penuh kesykuran sekiranya kita telah berjaya mengalahkan 'nafsu' kita sepanjang Ramadhan... Selamat hari raya, ma'af zahir batin dari nekcun sekeluarga...

bozzobattousai said...

salam bro,
slamat beraya. aku tau hang sibuk..klu ada masa nanti kita jumpa kat kg...

axim said...

salam bro..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI in advance...takut tak terucap dah nanti tu yang aku ucap awai awai lagi..hihi

semoga aanda bergembira nanti bersama insan tersayang...!!

.::WaNiE::. said...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

JM said...

samat ari raya bang..

sile la hulur barang seketul dua duit raye pade jm yg tak pernah berduit nih.. huwaaa.....ekeke

maap zahir batin...

shafarina said...

selamat hari raya

moga berhemah di jalanraya :)

Hamizi said...

selamat hari raya bro...

berhati-hati di jalan raya...

p/s: dah lama nak buat, hari ni baru teringat nak add blog kuchalana dalam blog kerjaya tu...

Hamizi said...

selamat hari raya bro...

berhati-hati di jalan raya...

p/s: dah lama nak buat, hari ni baru teringat nak add blog kuchalana dalam blog kerjaya tu...

nasazfrog... said...

raye mane tahun ni bro...
SELAMAT HARI RAYA K,,, KIM SALAM KEK ADAM,,, :)

theconfused said...

nomot tiga tuh --> bertakbir.. bukan bertadbir.. satu lagik yg kene buat (tapi bukan sunnah nabi) mintak duit raya... yang sunnahnyer bersedekah, dan skrg nih cara bersedekah adalah kasik duit raye... nak duit laye buleh?? hehehe...

selamat ari raya...
maaf zahir batin jugekk :)

ad3ck said...

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN

~s.a.w sekeluarga ~ said...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin...

zero-zero bro....



p/s: Jam 'tribute to dead babies' lepas raya? :)

~chacha~ said...

selamat hari raya jgk bro!

arsaili said...

salam bro..selamat hari raya maaf zahir batin..salah silap di cyber ni harap di maafkan..semoga bergumbira di hari raya..berhati2 di jalan raya juga

ku tak sempurna said...

selamat hari raya...
Maaf zahir batin....

sedihnya nak tinggalkan bulan Ramadhan :(

NahWaL said...

selamat hari raya bro..semoga bahagia dengan anak2 dan keluarga lebaran kali ni.heads up!

Dayu said...

selamat ari raya bro!!
leklok drive balik raya ni...
jgn makan banyak sgt, kolesterol *hahahahah*

anyway, mintak ampun la ye kalau ada tersilap kata selama ini

* ayu * said...

selamat hari raya, maaf zahir batin..

thnks for all the reminder..

murnie sangat said...

selamat hari raya maaf zahir batin ye.

:: Cikgu Wiween :: said...

cmt ari raye babaku! mintak duit raya seratus 5 keping! :p

Pyanhabib said...

selamat hari raya aidilfitri

izman said...

selamat hari raya aidil fitri. raya sakan ko ye...