Pages

Teruskan Bangkit MahasiswaKu



Pada yg tak tau, smlm lebih kurang 100 orang pelajar U berpakaian hitam (again baju hitam.. dah boleh agak budak U mana) telah mengadakan demo dihadapan parlimen membantah AUKU dan minta ianya dimansuhkan. Ini adalah rentetan ke-2 gerakan pelajar melakukan demo dalam mengatakan hak depa (selepas kes MB selangor). Aku suka tuk mengatakan perkara2 begini perlu selalu dilakukan. Pelajar U adalah masa depan kita. Seperti kata Abu Bakar Al Siddiq, jika kita mahu melihat masa depan sesuatu negara, lihat la remajanya hari ini.

Hari ini xabis2 kita lihat budak2 U ni terus dibonsaikan. Itu xboleh, ini xboleh sampai satu tahap depa ni xleh langsung nak buat apa yg patut depa buat dan suarakan. At last hasilnya depa2 di U xabis2 buat keje bodoh. Susun duit terpanjang la, buat bendera terpanjang la, konvoi ramai2 ke sana kemari, terjun kutub dan mcm2 keje bodoh lagi. Intelektualnya boleh terus diragukan.

Pada aku bukan depa xda intelektual, tapi mereka telah dipaksa untuk tidak menjadi intelektual. Yg memaksa adalah akta AUKU yg dicipta dizaman pemerintah sblum ni. Sampai satu tahap depa xleh terlibat dgn politik, xleh nak kritik kerajaan, xleh nak kritik pengurusan kampus, xleh bersuara dgn lantang. Smua disenyapkan oleh AUKU ni. Lihat zaman kebangkitan pelajar masa zaman 70'an (masa zaman xda AUKU). Masa itu kita penuh dgn pelajar yg lantang dan intelektual. Kita ada pak nuar, lim kit siang, hishamudin rais, ibrahim ali, datok ron dan ramai lagi yg cukup cemerlang dalam bidang masing2 hari ini hasil dari gerakan pelajar dizaman itu. Sebabnya xda kekangan untuk mereka mencipta masa depan mereka sendiri.

Aku berharap sgt kerajaan bubarkan AUKU jika mahu melihat masa depan yg gemilang. Biarkan pelajar2 kita mencipta identiti mereka sendiri. Biar mereka berfikir sendri untuk masa depan mereka mengikut acuan mereka. Pulangkan kembali hak mereka untuk bersuara. Kembalikan keintelektualan mereka dan kembalikan masa depan mereka.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

9 comments :

axim said...

aku setuju benar ngan opendapat ko tu bro...bubarkan AUKU lah....then baru pelajar bebas mencipta rentak sendiri....memang tak leh nafi kan kebangkitan pak nuar, lim kit siang, hishamudin rais, ibrahim ali, datok ron sumer sebab depa bebas bersuara..

aku baru jer sentuh sedikit isu AUKU nih...cuma nya bagi aku akta ni masih lagi terguna pakai masa diorang duk berdemonstrasi tuh...so macam bro cadang suh mansuhkan tu aku setuju benar lah...

Baru pelajar lebih cemerlang,gemilang dan terbilang...(relevan lagi ker ayat nih??haha)

KM said...

Jika AUKU dimansuhkan, mungkin BN akan terkubur terus? hehehe...sapa nak jawap ni

bozzobattousai said...

aku pun sokonh klu AUKU nih dimansuhkan. contohnye masa zaman aku kat UM dulu memang cam lembu cucuk hidung. takleh bersuara langsung. sket2 ugut gantung. saper tak takut. duit mak abah dah abis bnyk. itu pun kena pikir gak. mungkin lepas pilihanraya kecil nanti kita bleh tengok perubahan kot.

:: Wiween laoshi :: said...

errk..napa kite tatau pun psl AUKU ni baba.nampak sgt x baca paper.agaga :P

ad3ck said...

depa ade hulur pa pe ke kat pelajar2 tuh? ehehehe.

violet said...

setiap rakyat sepatutnya ada hak utk bersuara. tak kira apa jugak status individu tu.sesuai dgn sistem demokrasi yg diamalkan oleh pentadbiran negara kita ni.

tp dlm setiap tindakan ada hadnya. dlm apa jgk perkara waima dlm beribadat pn ada hadnya. dunia dan akhirat perlu seimbang.

seorg rakan sekerja lepasan U** berkata tak slh kalo Uitm dibuka kuota 10% pd non-bumi's. dan tidak gembira dgn tindakan pelajar2 Uitm berdemonstrasi sbbkan usul tu.

yg sorang lg, lepasan Uitm, bersetuju dgn pendapat bekas pelajar U** tu.

yg sorg lagi pulak, baru je hbs diploma dan bekas pelajar Uitm juga langsung tak bersetuju dgn usul tu.

*lain orang lain pendapat.

kuchalana said...

axim - hidup pak guard..

KM - org BN kene jwp.. hu2

bozzo - hu2.. sendri mau ingat beb

wiween - ni kesedaran win.. sapa2 duk blajao kat U xtau pasal isu ni.. nampak sangt kita pi balik kelas ja xcampur masyarakat.. hu2..

ad3k - tu kene tanya perwakilan pelajar..

violet - dik.. lari tajuk ni.. hi2.. bleh refer isu n komen aku kat entry.. Uitm Dihatiku.. tq..

violet said...

tp relate ape ngn issue kuota 10% tu kan...

peace...

kuchalana said...

violet - hentam sajalah.. kakakakaka.. peace..