Pages

Ramadhan dan Penghayatannya



Maaf dipinta pada smua kengkawan. Aku telah dilanda geruh dan agak sibuk dgn beberapa hal peribadi. Jadi xada kesempatan nak update hatta nak melompat dari blog kawan2. Xda crita panas skang sbb mood masing2 nak posakan. Jadi entry ni aku nak share ckit pemahaman kita tentang puasa dalam erti rukun islam yg ke 3. Ingat beb.. rukun untuk menjadi islam ada 5 perkara. Jadi secara asasnya kita bukan islam kalau tidak melakukan dan menyatakan tentang rukun yg 5 tadi. Asas mudah untuk kita paham.

Pada asasnya puasa adalah menahan diri dari lapar dan dahaga dan tidak melakukan perkara2 yg boleh membatalkan puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. Jadi cukup mudah untuk rukun2 yg ada didalam hal puasa ni. Dalam ibadah puasa ini tujuan utama kita disuruh berpuasa adalah untuk menghayati nikmat berlapar dan nikmat letih. Jadi dalam masa yg sama kita diajar supaya sentiasa bersyukur dgn nikmat lain yg sentiasa ALLAH berikan kepada kita. Selain itu puasa secara sainsnya telah terbukti dpt membersihkan anggota badan dari bahan2 asing selain membersihkan jiwa secara rohaninya. Dan yg paling best ALLAH berikan kita kelebihan malam 1000 bulan, iaitu lailatul kadar yg pasti menjanjikan kenikmatan ibadah kepada kita.

Yg jadi xsedap bila, belum puasa kita dah crita pasal raya. Ada kes 2 bulan sblum puasa lagi dah tempah langsir, perabot, baju dan mcam2 lagi. Entahnya kita mati sblum smpat puasa, dah kene gelak ngan aku atau blogger hamka dari keretamayat. Pada aku PENGHAYATAN RAMADAN tu yang penting. Bukan penghayatan syawal.

Yg keduanya digalakkan kita bersahur selewat2 yg boleh. Maksudnya dah dekat2 nak subuh tu. Bukan tengah2 malam. Xguna gak puasa satu hari tapi kaedah menjaga kesihatan perut tidak dilakukan. Adalah amat tidak baik jika kita tido dalam kekenyangan kerana akan menjadikan kita keras hati dan degil (sapa la ni ekk). Keduanya diwajibkan berbuka seawal yang boleh. Jgn delay2. Part ni pon best gak. Dah posa satu hari lps tu masa berbuka mentekedarah mcm 10 hari xjumpa nasi. Nih pon dari sudut kesihatan xelok. Xguna posa dan berlapor tapi masa berbuka sifat mcm jin. Elok berbuka yg ringan seperti buah tamar, rotab dan air. Seelok2nya cari yg berair dan manis2. Jgn terus hentam nasik, kebab, kueh, buah, ayam panggang, ikan bakar, tauhu sumbat dan mcm2 lagi secara terus. Aku jamin jin yg kene ikat tu pon terperanjat tgk perangai korang.Lepas kene pembasah tekak tadi, pi la solat dulu. Lepas solat tu, baru nak hentam apa pon pi la. Aku revise mende ni dari sudut kesihatan dan sunnah. Bukan main hentam ja fakta2 ni. Xguna kita berposa tapi kia tidak menghayati erti puasa itu sendiri.

Lagi aku nak share pasal sifat boros, ada org duk complain pasal apa bulan posa xleh nak berjimat. Again, tgk la plak tiap2 kali berbuka posa apa korang beli. Stok mcm besok nak kiamat. Actually bila kita berlapa seharian, nafsu ja yg kelabukan mata kita tuk membeli mcm xda hari esok. Perut dan tekak xmampu dah sebenarnya. Jadi elok beli yg patut ja.

Pada yg merokok, ni la masa terbaik tuk korg belajar berhenti merokok. Hendak seribu daya ok. Aku dulu masa buka hentam air dan rokok ja. Tapi lama2 aku rasa xguna aku puasa tapi xmenghayati erti ramdhan itu sendri. Jdi lama2 aku dapat berhenti merokok dan lagi best ia bermula dari bulan ramadhan. Dan hari ini.. alhamdulillah.. TAKNAK pada rokok.

Pada yg kaki tido, nih penyakit nafsu yg paling berat. Klu dpt tido dari pagi bleh bawak kepetang. Mcm sia2 ja puasa klu tido ja. Nabi dulu boleh siap pergi berperang lagi masa bulan puasa. Kita ni negara aman damai, blehla pulak tido ja. Xbest sungguh. Bawak2 la buat halmcm biasa kat umah. Rasa xleh tahan tgk channel AFC kat astro, pi la bukak kitab, revise balik fardu ain dan bacaan solat. Klu yg masih kenal huruh jawi, pi la mengaji ka.

Jadi again, xguna kita berpuasa klu kita xhayati erti puasa itu sendri. Elok kita muhasabah diri dan melihat kedalam diri. Bulan mulia ini sentiasa penuh dgn rahmat. Jdi rebutlah peluang selagi ada. Mana tau kita xsempat nak sampai ramadhan akan datang dah menyesal...

Apa2 pon SELAMAT BERPUASA DARI KUCHALANA....

Ole...

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

8 comments :

13may said...

Selamat berpuasa dude!

shafa said...

selamat berpuasa...semoga diberkatiNya.

lindosh said...

slamatt bro.. bagus peringatan tu hehe

cemut said...

cemut jarang beno bangun sahur..hihi..giler malas nk bgn.

:: Cikgu Wiween :: said...

cmt berpose baba, adam & adik.hehehe

bagus bagus..say NO to rokok! :p

bozzobattousai said...

slamat pose bro. aku pun nak try berenti rokok gak tahun nih... harap2...

amanda said...

selamat berpuase Aman.. Harap2 tak de la kena bukak pose dalam keter lagi yer? Tapi best jugak skali skala buka puasa dalam keter kan..menguji kesabaran dan tahap lapar..kah kah kah...

kuchalana said...

13May - sama2 kita..

Shafa - ya insyaallah..

Lindosh - biasa la.. masuk bulan posa ja jadi insaf kejap. .kekeke

Cemut - Sama la.. kekekek

Wiween - TAK NAK..

Bozzo - Best part pasal rokok.. nak mulakan sng.. nak berenti paling susah.. umpama nak kasi nyawa beb..

Amanda - Selamat pada awak jugak.. saya ni sempoi ja.. mana2 boleh bukak posa.. awak tu pon sama.. bulan posa jgn buat keje xberpaedah.. hu2..