Pages

Ilmu Tajul Muluk

Hari ni aku nak share sikit ilmu tajul muluk. Pada yg xtau, Kitab Tajul Muluk ditulis oleh seorang ulama dari acheh yg mengumpulkan karya2 dari beberapa bidang kehidupan dunia dan dijadikan satu buku. Boleh rujuk (http://www.acehforum.or.id/syeikh-ismail-al-t2855.html?s=511cca1056eb1568765b3dc34e7273a0&p=17161)

Klu dkt india ada kitab kamasutra di cina ada kitab Gaotama, di alam nusantara ada Tajul Muluk. Kitab ni ada byk mende yg diceritakan, dari ilmu seks, ilmu kekeluargaan, ilmu tilikan nasib, ilmu bintang, ilmu makrifat, ilmu perubatan, anotomy, kira2, cerita2 hikayat zaman dulu2 dan macam2. Buku ni tebal dan banyak dijual di Jalan TAR. Tuk pengetahuan buku ini telah diharamkan oleh JAKIM kerana boleh memesongkan akidah tetapi ianya masih banyak diguna pakai sebagai bahan rujukan tuk sesetengah topik didalam buku berkenaan. Orait jadi apa yg aku nak tulis arini mungkin boleh dijadikan ilmu sahaja dan bukan sebagai kepercayaan total. Gunakan akal dalam menilai ok. Kredit kepada matsemankati atas ilmu ini.

1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R

Yang atas ni adalah kunci kepada kira2 yg akan kita buat dalam ilmu ni. Actually ilmu ni adalah untuk mengira keserasian, dominan atau kekuatan dan kelemahan kita atau org lain dari nama dan tarikh lahir.

Orait contoh aku ambil dalam hal aku dan anak2 aku.

ARMAN SALLEH = 1+9+4+1+5+1+1+3+3+5+8= 41 = 5
ADAM RAFIQ = 1+4+1+4+9+1+6+9+8 = 43 = 7
AIDA REESA = 1+9+4+1+9+5+5+1+1 = 36 = 9

Jadi dalam aku 3 beranak, Reesa yang paling dominan dan aku paling tidak dominan. Dan aku adalah yg paling lemah antara kami bertiga. Mungkin korang boleh kira dan buat comparison dgn pasangan korang dan lihat. Jika kira2 kita lebih dari pasangan kita, it shows kita lebih dominan atau lebih berkuasa dari pasangan kita. Xdala nak kata baik atau buruk, it just shows our behaviour. Matsemankati pernah mengira ikut nama dan tarikh lahir org2 yg terlibat dalam kancah politik kita skang dan is shows sorang sahaja yg lebih dominan dari smua org yg dikira. Nak tau sapa....... It KJ dari Rembau aka menantu PM.

Jika kita dapat kira2 keseluruhan bagi level 2 sama dengan 11 atau 22. Itu adalah super number dimana ia adalah jumlah terbesar dari smua campuran iaitu 9.

Selain tu tarikh lahir pon boleh dijadikan kira2. Sama seperti diatas. Ada org buat kira2 untuk melihat keserasian dgn pasangan dia, ada tu kira2 nak tgk boleh ke nak bersaing dgn rakan pejabat tuk naik pangkat. Ada tu kira tuk lawan dalam pertandingan sukan dan mcm2. Tapi hakikatnya hanya ALLAH sahaja yg tahu dan maha mengetahui. Skali lagi aku ingatkan ini sekadar ilmu untuk diri sendiri sahaja dan bukan untuk dipercayai.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go