Pages

Hutang Lapok <> Ambilan


Kempen: Umno kena bayar RM218 juta
Aug 11, 08 10:07pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Umno membayar tuntutan lebih RM218 juta daripada Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004.

Dalam pilihanraya itu, Umno menerima bahan kempen termasuk poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi tetapi ia menolak untuk membayarnya.

Keputusan penghakiman itu telah disampaikan oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Faizadh Yahaya pada 17 Julai lalu.

Sebagai reaksinya, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata parti itu akan mencabar keputusan mahkamah itu.

Sambil menyatakan rasa tidak percaya dengan keputusan mahkamah tersebut, beliau berkata "Umno sudah tentu akan merayu."

*******************************************************

Entry ni aku tuju pada wanie yg nak tau apa isu sebenar dari kes UMNO dipaksa oleh mahkamah untuk membayar hutang (poster, baju dan lain2) kempen pilihanraya baru2 ni sebanyak RM218juta. Dari beberapa maklumat yg aku dpt, this is not the 1st case. Election sebelum ni pon ada 4 company yang buat tuntutan yang sama pada parti berkenaan. Dan kes telah diselesaikan diluar mahkamah. Tetapi untuk kes yang ini jumlahnya lebih besar dan telah diwar2kan oleh smua online paper (paper public xda pon crita ni). Jadi bocor sudah sikap mereka2 didalam kuasa ini skali lagi. Ada 2 perkara kelakar yg berlaku sebenarnya.

Pertama, UMNO mengatakan mereka akan melawan balik kerana tiada butir dan perjanjian bertulis dalam hal berkenaan. Actually ini point biasa bagi mereka yg biasa nak lari dari bayar hutang. Dan pada aku company yg membuat pertuduhan selalunya telah bersedia dgn hujah2 berkenaan sblum membuat tuntutan. That is business. Nak buat sebarang deal, kene ada black and white. Jadi aku rasa xberapa bijak la klu melawan balik dgn alasan berkenaan. Silap2 kene balik dan lebih banyak perkara tersirat akan diexpose dimahkamah. Jadi sapa yg malu? Klu depa bijak depa selesaikan kes ni diluar dan kasi company tu project yg sama value dgn hutang depa (solution kaedah kroni).

Kedua, UMNO mengatakan smua barang kempen bukan untuk UMNO sahaja dan ianya adalah dibawah BN (jadi mmg betol la depa berutang). Actually klu kita sbut BN dan UMNO pada aku mende yg sama. Sbbnya kita tgk la majoriti calon BN smua datang dari mana? Boleh kata 2/3 dari UMNO dan selebihnya dari parti2 komponen yang lain. Jadi kalau tukar pada BN pon, hutang tetap hutang. Kene la bayor. Aku rasa klu BN menang majoriti aritu sure case ni xkan timbul.

Kesan dari kes mcm ni slalunya org akan persoalkan integrity yg mmg telah dipersoalkan dari lepas election baru ni (tambah lagi satu isu integrity). Pada aku mende2 mcm ni xpatut berlaku dan xboleh berlaku pon pada parti yg dah 50 tahun memerintah. Klu parti baru xpa lakan. Pengurusan kene betul dan jika kita melayu dan islam, kita kene bagi contoh yg terbaik tuk dasar ketuanan yg kunun kita sebagai pelopor. Admit that we need to pay. Kaedah pembayaran kene pikir cara camna.

Aku masih terpikir2. Mana depa dapat duit untuk kempen sampai RM200 juta. Is it duit parti (duit ahli parti itu sahaja) atau duit kerajaan (pembayar cukai). Kita kene tahu bezakan kerajaan dan parti. Duit tu xsama. Klu depa pakai duit rakyat, pada aku tu dah xbetol. Camtu parti pembangkang pon boleh dptkan duit kerajaan untuk kempen parti. Klu duit ahli, wow byk tu sampai RM200 juta. Kaya ahli2 depa ni. Yg kedua berapa la pulak komisen involve dalam transaction ni. Byk wooo...

Then mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 Seksyen 27 mengatakan seorang calon pilihanraya atau parti yg terlibat tidak boleh membelanjakan lebih dari RM200,000 untuk parlimen dan RM100,000 untuk negeri (atau bersamaan RM94.3 Juta dari 219 parlimen dan 505 negeri). Skang ni jumlah dah lebih dua kali ganda dari undang2 yang telah ditetapkan. Jika didapati bersalah (kalau ada org buat laporan ke SPR, BPR dan polisia), boleh dihukum RM5000, terbatal kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak mengundi. Sapa2 boleh jawap ni?

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

13 comments :

.::WaNiE::. said...

Wowowo thanks ko menghuraikan benda yg aku tak tau nih..

Suruh ar org pi report sana bpr ka polis ka..

Pak Lah cabar keputusn mahkamah? Err hutang tu hutang lar..apa mo lawan pulak

Hihihi maka tahun ni staf gomen xdek bonus lgi ke?

Err parti tu ada ke duit sampai 200juta..tu baru election 2004..baru ni lagi berapa ratus juta pulak..len la kalau kata duit rakyat..

Hmm

ad3ck said...

ehehehe mane la depa nak carik 218 juta tuh. err duit rakyat mungkin?

KM said...

Bro, ngan K'jaan Brg Naik segalanya boleh buat. Semlm diorg bawak bebudak Uitm pi berarak dpn pej MB Selngor. Konon nk protes sbb cdangan MB tu nak menggadai ketuanan Melayu. Cuba kalau bebudak U ni ikut Pakatan Rakyat sure dikatakan diperalatkan pembangkang & hukumannya pasti tuan-puan tahu. MB Selngor baru ckp belum buat ckp tp bagaimana ngan K'jaan Pusat yg dah mengurangkan kouta biasiswa Bumiputra? Tu di nak panggil pe? Pengkhianatan or bertolak ansur?

kuchalana said...

wanie - parti bueh xpakai apa duit pon .. hu2

ad3k - duit tu bleh kasi biasiswa ko kat budak2 susah..

KM - aku akan hurai dan kasi sikit maklumat tambahan dari isu berkenaan sok. Yg pasti isu berkenaan telah dipolitikkan oleh mereka2 yg berkepentingan.

.::WaNiE::. said...

parti bueh yelah baju pun xyah pakai..kakakakakkaka

bozzobattousai said...

umno memang dah menipu dari dulu lagi. takyah fikir hutang tak bayar, yg diaorg pakai bangunan kerajaan utk kempen tuh bukan bayar sewa. pas ngan keadilan bayar. tuh tak kira yg disponsor oleh tokei2 besar yg dijanjikan habuan besar gak.
aku ada soalan:
1.klu anwar menang dan jadi pm, bila kes mula di court nanti dan dia tak dtg aras sbab admin dan sibuk ngan kerja2 pm adakah dia akan ditangkap?
2.klu ada inquary tentang salah guna kuasa dan rasuah pihak tertinggi adakah gani patail akan didakwa jugak. siapa nak dakwa? anak2 buah dia?
3.klu jeann dah pakai tudung dan jadi islam hadari, nape anak pompuan dia(bini khairi) still american dan nampak pusat?
4.klu aku tak islam hadari, aku bukan islam ke?

Dayu said...

sape yg nak gi buat report tu? ada sape2 yg berani ke?

derang langgar undang2 rileks je lah...kita ni laggar lampu merah pun dah kena saman...pun rileks je lah..

:: Wiween laoshi :: said...

huikk..gler byk kena byr.Ingat UMNO da kaya x pyh berutang. Berutang jugak ropanye.kui3 :p

cendawanintim said...

ratus juta mana duit nak cekau..amik duit kita la tuuuuuu..huhuhu..

kuchalana said...

wanie - favorite 2.. siap lagu grease.. zaman john travolta.. hu2

bozzo - bro.. mengikut ramalan beberapa tukang tilik.. anwar will not become a PM.. tapi xtau la.. yg menilik pon bukan ada sijil.. smua rakyat masih menunggu satu reform untuk smua badan2 eksekutif dan kerajaan jugak.. jadi harapan masih ada.. aku pernah tulis satu artikel sebulan sbelum pilihanraya aritu tentang kerajaan akan jatuh untuk next election dan election yg baru akan berlaku perkara besar.. yang pasti pemerintah yg ada akan jatuh disebabkan generasi baru yg xdpt terima mereka lagi..

dayu - hi2.. mcm yg aku ckp.. kuasa ditangan kita untuk memilih samada mahukan perubahan atau tidak.. undi anda amatlah diperlukan untuk melakukan perubahan..

wiween - depa kaya dulu sbb ada negri selangor dan penang.. la ni sumber pendapatan utama dari negeri ni dah xda lagi.. jadi kene la bayo kan..

cendawanintim - BLR dah naik dibank2.. zakat jugak telah dinaikkan.. inflasi telah mencanak ke 8% dalam tempoh 3 bulan.. jadi mcm biasa.. kita la tanggung balik smua tu..

ku tak sempurna said...

tu yg Paklah marah sgt Anwar nak bertanding... Menghabiskan duit rakyat utk Pilihanraya katanya... ihihihihi... ghopenye, UMNO spend byk duit utk berkempen... belum lg kira duit yg diperabih utk melobi... mcm2... politik wang sggh!!!

kuchalana said...

kuxsempurna - asal nama dia politik.. smuanya busuk lagi membusukkan.. serius.. klu jumpa hantu dgn org politik.. elok lari bila jumpa org politik..

Collin said...

Thanks so much for the article, quite useful material.
charlotte florist | Nursing Schools In CT | other options besides abortion