Pages

Apo Nak Dikato Laie..

Mcm yg smua tau, smlm pak nuar menang dipermatang pauh dengan majoriti lebih besar dari isteri beliau. Yang lagi best, peratusan keluar mengundi xsampai dari jangkaan (80%) iaitu 65% ja dan pak nuar masih mampu untuk menang besar semalam. Slalunya dengan peratusan mcm tu, peratus kemenangan selalunya xbanyak dan beza undi selalu ciput2 ja. Tahniah aku ucapkan kepada smua yang terlibat bagi menjayakan project 3P (Permatang Pauh, Parlimen, Putrajaya).
Ada beberapa berita hangat pagi ni yg mungkin xkeluar paper arus perdana yg aku nak kongsi.

1.Seramai hampir 60 ribu org memenuhi pusat kiraan undi untuk mengetahui keputusan pengundian smlm. Rasanya yg pertama dalam sejarah seramai ini menunggu keputusan didepan pusat kiraan.
2. PM dan ahli2 kabinet BN yg berada diPP, seawal petang telah meninggalkan PP sblum mendengar keputusan pilihanraya. Slalunya PM akan berada ditempat keputusan xkira kalah atau menang. Yang tinggal hanya TPM sahaja disana.
3.Tgh malam smlm selepas keputusan dikeluarkan, satu pergaduhan telah berlaku diBangunan BN dimana hampir 50 orang pekerja pilihanraya parti berkenaan yang datang dari selatan tanah air mengamuk kerana tuntukan duit mereka tidak dibayar.
4. MP Gobala yg menahan bas yg membawa pelancong2 dari indonesia telah dipukul dan direman semalaman, sementara bas2 yang membawa pelancong telah dilepaskan tanpa syarat. PP ada pusat pelancongan ke?
5. TPM menghantar msg tahniah kepada anwar atas kemenangan beliau.
6. Peratusan undi untuk anwar dilihat datang dari cina dan india. Kebanyakan melayu tidak keluar mengundi.
7.Dan yang paling best majlis fatwa menjawap najib atas sumpah tukang bancuh air. Sumpah tidak boleh dilakukan mendahului mahkamah. Perlu melalui proces syariah dan selepas itu baru bersumpah. Jadi aku rasa anwar boleh saman TPM dan si tukang bancuh air ni.
8. Calon BN kalah di DUN beliau sendiri dalam election ini.
9. Pelik.. tidak kelihatan KJ yg dikatakan akan menanam pak nuar..
10. Ku li sudah keluar surat rasmi menghentam kerajaan yg ada.. BN will lose in next GE..

Ada beberapa org kuat BN bertanya kepada aku (aku bukan org kuat mana2 parti politik, aku hanya reformis yg mahu melihat perubahan), kenapa kisah liwat anwar xmakan di PP. Jawapan aku seperti apa yg mufti perlis kasi, pilih org yg kurang mudaratnya. Jika benar anwar meliwat, itu isu antara dia dan yg diliwat. Dia tidak makan harta anak yatim, tidak menggunakan duit rakyat untuk anak menantu, tidak menjalankan undang2 rimba, tidak bongkak kepada rakyat, tidak itu dan ini setakat hari ini. Kemudian hari itu kita cerita lain. Dan org kuat BN ini sendiri ckp 'Yes that correct'.

Jadi apa selepas ini?

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

29 comments :

~ mizzAmy ~ said...

~ lor, sampai 60 ribu org tunggu depan pusat kiraan undi ker? punya la ramai.... semuanya mesti tak sabar nak tahu jawapan nya.... ~

~chacha~ said...

saya turut gembira atas kemenangan dia...:)

Ayu said...

nice review...
brief & meaningful..

i am very happy with the results and now waiting for changes...

cemut said...

cemut tertarik ngan ini "Jika benar anwar meliwat, itu isu antara dia dan yg diliwat. Dia tidak makan harta anak yatim, tidak menggunakan duit rakyat untuk anak menantu, tidak menjalankan undang2 rimba, tidak bongkak kepada rakyat, tidak itu dan ini setakat hari ini"..
manusia..salah org nampak je..salah sdirik..simpan lam kain even sume da tau.

13may said...

jadi lepas nih...kita tunggu 'hadiah' dari bajet yang mungkin akan berlangsung dalam masa 2-3 hari nanti plak :D

ps: nak kena tambah peruntukkan untuk rokok lagi ler nampak :D

ku tak sempurna said...

pelik tapi benar... anwar dihentam betul2 dlm tv... dgn segala jenis kes yg memalukan, tp tetap boleh menang dgn majoriti besar... adakah ini bermakna rakyat sudah mula tidak percaya kpd kerajaan ?? renung2kan wahai bang najib.. patut tukar strategi lain pula :P

vagg said...

yaa.. kita bukan org kuat memana parti pon.. kita nk perubahan sajorkkkkk. kalo anwar amalkan makan harta anak yatim, menggunakan duit rakyat untuk anak menantu,menjalankan undang2 rimba, bongkak kepada rakyat, sama gak aku xkan sokong.

Laxmana said...

Salam bro...

Agree with your analisa...

Kepada yang lain : Anwar bukan segala2nya untuk kami... Cuma kami dah tak rela berhadapan dengan mereka yang sombong2 tuh...

Anwar bagi kami alternatif kepimpinan yang baru, kami terima tawaran beliau dan sekarang beliau berhadapan dengan beban yang besar... InsyaALLAH, kita akan bantu kat mane yang boleh!

;)

p/s : bro, selamat kenal...

kuchalana said...

mizzamy - jgn kene tipu lagi dgn media arus perdana.. fakta always a fakta..

chacha - makasih..

ayu - doa2 la berlaku perubahan dalam keadaan aman.. manusia yg didalam kuasa pasti akan melompat bila mereka perlu berubah.. tidak smudah yg disangka..

cemut- terima kasih atas kesedaran yg ada.. ramai kawan2 blogger masih tidak sedar tentang hakikat dan makrifat.. smoga Allah membuka hati mereka untuk mengambil tahu..

13May- betol may.. dgr2 byk gula2 tuk cover malu.. kekeke

kuxsempurna- public mahukan kejujuran.. klu anwar mengaku dia gay pon pasti org akan pangkah dia.. bukan buat salah tapi tunding org lain..

vagg - btol vagg.. 100 markah untuk vagg..

Laxamana - bukan mudah untuk perubahan seperti ini.. golongan muda trus menyatakan pandangan mereka.. next GE amat pasti BN akan rebah dan xkan bangkit2 lagi..

cendawanintim said...

Sama...tunggu perubahan..

harap2 ader perubahan selepas ini.

ad3ck said...

Jadi apa selepas ini?
Mari kita lihat siapa yang kenaaaa! ;p.

~Cinta Milo Ais~ said...

apa nak kita...tunggu dan lihat..hehe

Dayu said...

the result is something that is expected..mmg dah budget he will win..majoriti lagi..

tapi tak sangka sampai gitu sekali beza undian..

pape, harap akan ada perubahan kat negara kita ni..

.::WaNiE::. said...

tu larr....dulu aku dah bagitau kat blog aku..media tu yg buat bn kalah...

tak nak percaya

guna gak taktik sama

ha padan muke...hahaha

yg skrg aku tunggu pulak...si beruk KJ yg kata nak kuburkan karier anwar terus..wahhh sakan aku angin masa baca artikel maha riak nye itu

apaaa...nak letak jawatan kalau anwar jadi pm ye...klu betul jadi..apa alasan plak dia nak kasik xletak jawatan..

mungkin bg alasan yg sama cam pak mertua dia

"i dont care what anybody will say"

ha ko tak nak pedulik sangat..amik lar padahnye

ye tak?

huhuhuhu..

oh ye smlm tgk berita ada satu channel mcm sudah mula tukar rentak berita dia..hahaha..lawak

bozzobattousai said...

bagus la dsai menang. aku nak tengok perubahan yg akan dibawa. aku jugak nak tengok belanjawan dan berapa bonus kakitangan kerajaan tahun nih(klu ada la)...
aku pun bukan orng kuat2 mana2 cuma aku org kuat makan je...

zgila said...

Tahniah pada pak nuar dan rakyat malaysia yang dahagakan perubahan. So mandat dah diberikan. Kita tengok ape yang terjadi selepas ini.......

kuchalana said...

cendawanintim - insyallah.. jika tiada perubahan... aku kene masuk bertanding la palk lepas ni.. kekeke

ad3k - pasti akan ada yg kene.. siapa? Tungguuuuuuu

cintamiloais - janji ALLAH itu amat pasti

dayu - pembayar cukai dah bosan dgn smua wayang yg mereka2 didalam kuasa sedang lakonkan..

wanie - marah tol ko ni.. relax beb.. tarik napas.. lepassssss....

bozzo - tu yg aku suka.. kuat makan.. xda kacau org btol dak..

zgila - lama senyap.. apa kes..

Pyanhabib said...

(:

kuchalana said...

pyanhabib - tq singgah..

Nek Cun said...

Nekcun pun bukan orang kuat parti mana-mana, tapi dalam seronok pak Nuar menang, kita kena gak berhati-hati kerana takut gak kalo "kawan-kawan" yang dipercayai akan jagi 'gunting dalam lipatan'... sekarang ni pun dah banyak ura-ura nak minta hak kita yang bukan-bukan... jadi nekcun harap pak Nuar kenalah "sendiri mau ingat sape lu punya keturunan"...

Chika Chika said...

yes thats correct.
:)

zgila said...

Sorry la Man.... Aku sibuk sikit. Aku ni Pak nuar angkat sumpah. So lepas ni ramai le yang panas ponggong hingga ke usus besar deme......

zgila said...

Nek Cun....

Jangan bimbang. rasenya pak nuara tak lupa asal usul keturunannya. Kalu kita ikut sesi ceramah politiknya, selalu ditekankan dengan hak orang melayu.

violet said...

err, jumlah kuar ngundi ialah 81% bkn 65%

trima kaseh.

*rs lega DSAI menang. semoga DSAI mampu membela nasib rakyat dan negara Malaysia yg tercinta ni.

axim said...

jom kita pakat pakat dengar belanjawan 2009 esok..

.::WaNiE::. said...

biasa lar weh..dlm byk2 benda yg aku marah salu nye kalau si beruk tu bersuara mmg aku angin..dia tu riak sangat..mencikkkk!!!


sabar sabar dah nak puasa nih..hihihihi

manje said...

salam bro

emm ape lagi lepas ni?

ita.itu said...

betul gak kata mufti tu ek....sian anwar kan

kuchalana said...

nekcun - betol nek cun.. saya sokong..

chika-chika - correct..correct.. mcm si lingam ja... kekke

zgila - kekekkee... aku takut kita plak yg panas lepas ni..

violet - dari bernama dan malaikini 65%.. xtau la plak klu PSR kluarkan fatwa lain.. anyway.. dia mng dgn majoriti mudah..

axim - hampeh.. belanjawan mesra alam ...

wanie - 2 kali dia bersuara.. 2 kali kalah teruk.. aku ingat elok dia xpyh cakap apa2 la..

manje - lepas ni kita posa..

ita.itu - apo nak dikato..