Pages

Trip To Pasir Salak - Daum Ketum

*Jangan cuba ini dirumah. Salah disisi undang2.
Baru2 ni aku ada balik kampung tuk uruskan hal ladang kelapa sawit bapak aku. Jadi entah camna malam tu masa lepak2 ngan ahli2 keluarga terkeluar satu idea bangang dari pakcik aku.

Pakcik aku: "Korang nak rasa air daun ketum"
Aku: "Ish.. boleh minum ke.. salahkan minum air ketum..depa kata ada mcm ganja skit, high.."

Pakcik aku: "Tu kalau ko minum lebih2..mcm makan ubat jugak, bila amek lebih dari dos, jadi dadah la"
Aku: Sedap ke? Apa kelebihannya?

Pakcik aku: "Tu ko xtau, daum ketum elok tuk ibu2 lepas bersalin, dia kasi instant energy, selain elok tuk buang angin dalam badan. Aku minum hari2 tuk elokkan sakit belakang ni. Tapi xleh minum lebih dari segelas sehari. Akan ketagih. La ni mmg daun ketum drg guna dalam perubatan tradisional. "
Aku: Ish, mcm xpercaya ja?

Pakcik aku: "Lor xcaya jugak, pi search kat google, tgk khasiat dia. Jap aku pi sediakan klu korg nak rasa"



Tu dia daun ketum yg dipetik dari pokok yg ditanam dibelakang rumah.

Pakcik aku sedang menghasilkan air daum ketum untuk dirasai oleh golongan yg hendak merasa.

Tu dia dalam jag tu air ketum yg telah siap hasil rebusan daun ketum tadi. Dalam botol coke tu plak air beras import dari labuan sempena pesta keamatan.

Actually rasa air ketum ni xsedap langsung. Kelat mcm hapa. Lebih kurang kelat sama dgn air rebusan akar tongkat ali. Paing giler. Mula2 smua kene segelas. Ok ler xda apa berlaku. Bila masuk gelas kedua, aku tgk ada yg dah start gelak sesorg. Rasa xda org buat lawak pon. Bila masuk plak air beras dari labuan tu. Makin ramai yg gelak sesorg. Jadi moral of the story, air ketum mmg bahaya untuk kesihatan. Air beras mmg dah sah2 la boleh kasi pening. Mmg patut pon diharamkan oleh jabatan kesihatan. Kekkekeke.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

3 comments :

imz said...

sedap ker..?..rasa cm na ek?

Wiween @ Awin said...

besh ke air daun ketum tu?? dgr cam ngeri ajek.uhukk

JM said...

pasir salak...waaaa..windu nye nk balik sane... huuuuuu