Pages

Layanan Tahanan Perang - Al Qaeda Ka Mereka?

* Apakah yg akan anda lakukan kalau perkara ini terjadi kepada anda atau kaum keluarga anda? Kes ini berlaku baru2 ni dimana seorg tahanan ISA telah dinafikan hak untuk melihat anak perempuan beliau yg meninggal dunia. Anak beliau meninggal sebelum sempat beliau sampai dimana process untuk mengeluarkan beliau dari tahanan telah dilambat2kan. Aku pon xpaham kenapa sampai jadi mcm ni. Actually sehari sebelum kejadian surat loyar dah dihantar untuk membawa beliau keluar, tapi amek masa sehari untuk beliau dikeluarkan. Untuk pengetahuan, tahanan mmg ada hak keluar untuk special kes mcm ni. PERLUKAH KITA MENJADI SEKEJAM INI HANYA KERNA KITA BERLAINAN FAHAMAN POLITIK?
-----

7 tahun dalam ISA, Shahrial sedih menatap wajah anak yang sudah tidak bernyawa.semoga Allah lenyapkan rejim zalim ini segera.Sapa yg tak terasa sedih tengok gambar ni mmg hatinya telah mati.

Ketibaan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Shahrial Sirin, untuk menatap jenazah anak sulungnya, Aina Mardiah, 17, yang di tempatkan di rumah jirannya, Mohd Nawawi di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor disambut dengan penuh hiba dan genangan air mata kaum keluarga dan hadirin.


Shahrial yang tiba kira-kira jam 9.40 malam dibawa dengan sebuah van dengan nombor pendaftaran WQV 4491 diiringi lebih kurang sepuluh anggota polis. Setibanya di pekarangan rumah tersebut beliau terus didakap anak keduanya, Ehsan Shahrial, 16 dan beberapa sahabat handai.


Dengan genangan air mata beliau terus mendukung anak bongsunya, Arfah Sharial, 9 yang kebetulan turut menyambutnya di situ untuk memasuki dalam rumah menatap janazah anaknya. Beliau duduk di sisi isterinya, Siti Fatma Masirun, 38, dan terus menatap wajah anaknya yang terbaring kaku di situ.

Beliau mengucup dahi anaknya itu sepuas-puasnya seolah-olah enggan menerima perpisahan akibat 7 tahun keluarga ini dipisahkan oleh tempoh kem tahanan secara zalim. Kemudian beliau memanggil keempat-empat anaknya, Ehsan, 16, Abdullah Masul, 14, Izzatul Zahrah, 12 dan Arfah, 9 duduk bersamanya untuk menyedekah doa buat arwah anaknya. Hening malam ketika itu yang dipenunh dengan bacaan surah yassin terhenti seketika. Air mata pilu hadirin termasuk sanak saudara tidak dapat ditahan lagi. Malah rakan-rakan sekolah arwah yang menunggu sebelum Maghrib lagi turut tidak dapat menahan kesedihan. Sementara itu, pihak polis yang mengawalnya hanya membenarkan Shahrial berada di sisi anaknya hanya satu jam.




Shahrial yang dibawa dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping pada jam lima petang semalam tidak dapat menatap melihat anaknya sewaktu beliau sedang kritikal di Hospital Kajang semalam. Ini kerana, anaknya menghembus nafas terakhir pada jam kira-kira 6.10 petang semalam. Anaknya dihantar ke hospital pada petang Rabu, 2 Jun apabila pengsan akibat terjatuh di rumahnya. Selepas jatuh beliau terus koma dan di beri bantuan dengan mesin jangka hayat kerana mengalami darah beku dalam kepala. Pada malam tersebut juga, keluarganya meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membenarkan Shahrial menziarahnya.

Dengan itu sejak pukul lima petang kaum keluarga menunggu kedatangan Shahrial kerana mereka difahamkan Shahrial akan sampai di hospital antara pukul lima hingga enam petang. Bagaimanapun penantian mereka ternyata hampa kerana anaknya meninggal sebelum Shahrial tiba. Dalam pada itu, jenazah arwah di bawa ke rumah jirannya selepas Magrib. Jenazah arwah diletakkan di rumah jirannya kerana rumahnya yang terletak bersebelahan terlalu uzur. Pada hari ini pula, beliau dibenarkan melawat anaknya semasa di majlis pengkembumiannya di tanah perkuburan Islam kampung tersebut. Di majlis tersebut juga beliau difahamkan hanya satu jam juga. Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh dan beberapa aktivis GMI turut berada di situ.

Turut sama berada di situ ialah Yang Dipertua PAS Cheras, Zulkifli Ahmad dan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta isteri beliau. Orang ramai pada malam tadi tidak putus-putus melawat arwah bahkan beberapa guru orang sekolahnya turut menziarahnya.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

13 comments :

ita.itu said...

sian kan dia..jahat la drg nih..sok2 kena kat btg hidung sendiri br tau..kucha aku duk vista amani la..:)

mama ranggie said...

sebak dada tgk!

~chacha~ said...

eh,kenapa dia kena thn ISA tu..
kejam betul dorang ni kadang²..
xkan nak tgk anak sendiri pon susah kan..

ixora said...

donia2...politik yg semakin kotor...

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

salam kenal....sedih baca. politik zaman sekarang

IdaShah said...

sedih dgn kisah dia.semoga allah lindungi dia

Dayu said...

bila manusia dah terlalu mementingkan kuasa, rasa dia yang terbaik...sentiasa rasa apa yang dia lakukan tu betul..

ini la jadiknya...

hilang rasa perikemanusiaan, 7 tahun dah terpisah, kenapa dah saat2 terakhir macam ni pun masih jugak nak tunjuk kuasa...

semoga kebenaran akan muncul akhirnya...

*terlepas debat pukul 9 tadi

manje said...

salam

sedih... napela manusia sekarang da hilang rasa simpati dan empati...

imz said...

SEDIH DGR CITER NI KAN...AL FATIHAH UTK ARWAH ANAKNYA...

cemut said...

ya Allah sedeh nye ;(

kuchalana said...

ita.itu - kekekek... bleh la buat open house nanti...

mamaranggie - jgn xpercaya.. aku sebak beb masa 1st time follow citer ni.. klu aku jadi bapak dia.. mau meraung aku kat ctu..

chacha - ISA slalu digunakan untuk tahanan politik.. jadi dia bukan musuh negara pon.. cuma xskata dalam pendapat...

kuchalana said...

ixora - lagi dasyat dari yg kita boleh jangkakan..

CRAZY BEAUTIFUL88 - Salam kembali.. berhati dgn org politik ni.. smua busuk isi perut..

idashah - amin.. juga keluarga2 kita..

kuchalana said...

dayu - ya.. kebenaran akan muncul.. Allah dah berjanji.. akan dihapuskan smua kaum yg terlibat dan dibangunkan satu kaum lagi dalam membina masyarakat yg lebih islamic..

manja - manusia skang semakin kejam beb.. hati busuk..

imz - manusiakah mereka..?

cemut - doakan yg terbaik untuk arwah..