Pages

Aku Dah Feed Up


Dalam seminggu dua ni, xsudah2 kat mana2 org bercakap pasal kes liwat disana sini. Kat mana2 jugak org bercerita pasal politician dgn perangai2 xsenonoh disana sini juga. Xkurang juga citer polis dan askar diuntakan dimana2. Xkurang juga yg bercerita pasal konspirasi la, nak kene bunuh la, xkenal si anu lepas tu kenal, kene liwat kat kondo harga rm2 juta la. Perakuan bersumpah la. Bak kata penuh warna warni dan penuh dgn citer2 panas.

Kat sini aku nak bercakap pasal hakikat sebenar dimana akal kita telah diwayangkan secara kita xsedar hasil dari citer2 xguna dekat atas tu. Korang tau dak yg Gabenor Bank Negara baru ja declare inflasi telah naik up to 7% this jun 2008 dan merupakan yg tertinggi dalam sejarah negara ni. Dan tau kah korg yg ekonomi kita juga terus tidak berkembang dan terus menguncup ke 5% dimana yg terendah dalam sejarah negara ni jugak as at jun. Dan sedarkah korang jika keadaan ini terus berlaku satu process kejatuhan ekonomi secara sedar akan berlaku dalam 2 bulan yg akan datang. Sedarkah korang yg BSKL terus jatuh dari hari ke sehari dalam 2 minggu ni. Dan sedarkah korang yg harga minyak mentah dunia trus naik dari hari ke hari. Dan sedarkah korang keperluan makanan, perkhitmatan dan segala2 yg menggunakan duit telah naik dari 10% ke 60%. Sedarkah korang peningkatan kes rompakan yg almost hari2 kita boleh dengar dalam berita.

Juga sedarkah korang bekalan makanan dunia semakin berkurangan, sedarkah korang bencana alam dimana2 sahaja berlaku skang ni termasuk yg terkini gempa bumi di janda baik. Sedarkah korg keadaan ekonomi di US dan EU sedang terumbang ambing skang ni. Jadi apa kejadahnya kita masih khayal dgn citer2 bangang yg berlaku dalam dunia politik arus perdana skang ni. Aku mtk la, tolong fokus dgn masalah atau isu sebenar dalam negara ni. HOW TO FACE THIS DAMN ECONOMIC PROBLEM. Korang bergaduh sampai bertikam skali pon that wont solve any problem. Isu pokok masih xterusik. Rakyat makin sesak dan susah. Yg miskin terus papa kedana. Jgn cakap dgn aku xda sapa yg terasa dgn segala isu kenaikan smua ni. Org bergaji besar ka, kecik ka, aku jamin korang sure terasa dgn keadaan skang ni. Soalan aku SAMPAI BILA?

Kita layak ka dilayan mcm ni? Aku jadi marah bila org2 yg punya kuasa trus main wayang ditampuk kuasa nun. Bergaduh untuk KUASA dan HARTA. Tapi hak dan hal rakyat masih tidak dilihat dan diperbetulkan. Again SAMPAI BILA? Xkan sampai ada yg buat keputusan ditangan sendri. Ambil contoh negara2 jiran kita dimana bila suara rakyat tidak didengar, PEOPLE POWER akan berlaku. Dan ketika itu negara dalam keadaan total lost dan keadaan akan menjadi lebih huru hara.

Aku mtk pada smua supaya fokus pada main isu bukan pada smua citer wayang yg duk sibuk disumbat ke mata dan telinga kita slama ni. FOKUSSSSSSS.....

Ole.
* Update: Pagi ni bekas mentri kewangan malaisi dari 1990 sampai 1998 mengulang statement yg sama mcm apa yg aku highlight tentang kejatuhan ekonomi dalam tempoh 2 bulan akan datang pasti akan berlaku. Rujuk

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

6 comments :

m@m@ m1mi3 said...

kalo seseorang pemimpin tu merupakan pemimpin yang jujur dan ikhlas, mesti dia dah nampak apa yang ko nampak tu. masalahnyer sekor2 pemimpin kita ader berkepentingan dalam politik, so skang derang mula mati kutu ar bila satu2 mula dibongkar. mula2 rancangan2 jahat yang akibatnya kita sebagai rakyat yang rasa.

cam ko kata, memang sumer orang terasa. cuma ader yang tak baper nak amik pot. cam aku, huh skang ni tak kuar mana sangat. dok umah jek. tu lebih baik dari aku dok merendek sini sana abiskan minyak.

bab cari keje pun aku lebih byk cari through internet, paper, then aku guna cara lama iaitu POS instead of jalan2 ronda cari keje. bazir minyak oooo.. kat kedah pengangkutan awam dia hampeh lagi. huhuhu

13may said...

betoi la brader...
aku sekrg dah tak amik port dlm isu politik nih...

aku cuma fokus kepada keja saja...
fokus kepada bajet aku...
monitor perbelanjaan aku...

tadak masa nak pikir kes2 mangkuk ayun camni dah...

fokus fokus!

kuchalana said...

mamamimi - aku tgk skg depa dah lari dari perjuangan la.. tinggal geng2 pas ja yg senyap la ni.. lelain smua hampeh...

13May - btol bro.. smua jenis mangkuk tingkat.. kunun la baik sgt.. hampeh smuanya..

manje said...

salam

orang2 kite lebih suke melayan bende2 yg merepek, gosip dan fitnah... sampai perkara yg perlu diutamakan diabaikan... perjuangan belum selesai... tapi di mana pemimpin kite??? huh

.::WaNiE::. said...

aku sendiri pun dah naik nyampah sbb sume isu peribadi jek..mcm haram lar dorg nih..patut pemimpin2 yg byk sangat masalah peribadi nih buang jauh2 ...benci aku

Dah macam artis pulak..itu kata fitnah sini kata fitnah..walaupun tau saya yg benar kan.

CUma aku harap dorg nih cuba lar lupakan sekejap hal2 bodoh nih...yg penting negara nih..aku pun dah tau pasal 2bulan nih ekonomi akan down giler2 kan.

kuchalana said...

manja - tu la.. mmg feed up dah dgn smua ni..

wanie - ALLAH berfirman (lebih kurang) .. kalau diberikan 2 gunung emas, nescaya manusia akan mencari satu lagi gunung emas...
maknanya manusia xkan pernah cukup dgn apa yg ada..