Pages

Kenapa, Mengapa (Mabuk Air Sauh)

* agak panjang tapi musti baca..

Ramai tertanya2.. what happen to blog kuchalana.. elek2.. aku xkemana pon. There is few reason with my last entry. Hanya aku sahaja tau. Kuang2. But it really personal. Sory la aa pada sesapa yg terlibat.. i am putting my profesionalism in writing. Noktah.

Jadi hari ni aku dah ok. Dan akan cuba untuk trus mengupdate walau pon kesibukan dalam tahap merah. Hari ni aku nak tekankan pasal BLOGGING and ETHICS. Baik murid2, adakah anda tahu apakah ethic mudah yg patut ada pada blogger2. Actually mende ni xda ditulis atau didraf secara rasmi (masih dalam draf oleh few institusi). Cuma aku suka nak highlight mende ni supaya kita menjadi lebih BERILMU, lebih PRO dan lebih MATANG dalam berblogging. Xdala main hentam kromo ja.

Blog ni adalah satu MEDIUM PENULISAN. Jadi dalam erti kata lain, korg ni smua adalah penulis. Dan selalunya penulis sentiasa berpegang pada etika penulisan. Futher yg membezakan blog adalah genre penulisan tu sndri. Ada blog yg duk citer daily activity yg aku lebih suka gelar sebagai personal dairy. Ada plak citer pasal business, direct selling, music, sosio politik, agama dan ada yg hentam kromo mcm blog aku ni. Tpi konsep asal tetap sama, is about penulisan dan bahan yg ditulis. Jadi kita perlu cipta etika kita sendri ketika menulis dan ketika mengomen didalam blog.

Konflik akan timbul bila xda KETERBUKAAN dalam menerima penulisan org lain atau komen yg ditulis. Itu ciri utama yg perlu ada klu nak berblog. Macam point diatas, etika perlu diletakkan dalam memberi komen bergantung pada tajuk yg dibincang atau artikal yg ditulis. Aku lebih meletakkan blog sebagai medium penting dalam menyampaikan ilmu dan berkongsi maklumat.
Ada separuh blog aku tgk ada komen2 gedik dan gatal yg ditulis. Mmg perlu membalas komen keatas komen yg diberikan oleh lain. Tpi skali lagi etika perlu ada, bergantung pada tajuk yg dibincang. Menjadi masalah bila blog dipenuhi oleh org yg cuba menjadi org lain. Didunia nyata dia seorg suami yg baik, tapi alam dunia blog sorg kasanova yg gedik dan gatal. Begitu juga didunia nyata dia sorg isteri yg taat dan mengikut kata suami tapi dalam dunia blog dia sorg pompuan yg mencari kekasih gelap tuk menghancurkan rumahtangga yg bahagia sblum ini. Dan berbalik skali lagi pada ETIKA, dan tambahan lagi kepada konsep MORAL, DOSA, PAHALA, TANGGUNJAWAP dan ILMU perlu kita paham seblum berblog. Aku slalu berpesan pada adik2 atau kawan2 yg mula nak berblog. Sbb aku pernah tgk kawan2 aku yg hancur rumahtangga sbb berblog dan messanger ni. Dasyat penangan dia. Sbbnya mcm yg aku sebutkan tadi ETIKA, MORAL, DOSA, PAHALA, TANGGUNGJAWAP dan ILMU.

Perkara lain yg paling penting adalah NIAT kita berada dalam dunia maya ini. Mengikut kajian aku dan beberapa professional dalam dunia maya. Almost 60% mereka yg berada dalam dunia maya dimalaisi expecially didalam messanger dan blog adalah mereka yg mempunyai masalah peribadi. KESUNYIAN, KURANG KASIH SAYANG, GILER SEKS, CURANG, ADA MASALAH RUMAHTANGGA, ANAK TERBIAR, BOS GILER, OPIS MENEKAN PEKERJA dan mcm2. Dan mereka2 ini akan membina jaringan mereka sendri tuk melepaskan masalah mereka. Xpercaya, cuba kaji dan selidik 10 org kawan baru anda dari dunia maya ni dan lihat, aku jamin 6 org daripdanya ada masalah peribadi. (Dan mungkin termasuk diri aku juga.. ohhh). Aku xkata smua ada masalah, but mostly menggunakan medium maya untuk melepaskan masalah2 mereka. Ada yg really nak share ilmu atau mmg nak menjadikan blog sebagai personal diary. Dan ramai juga yg berniat ikhlas untuk berkawan dan membina jaringan. Tapi yg berfikiran xeloknya lagi banyak dari yg elok sebenarnya.

Dan tekanan dalam konsep KEMATANGAN DAN IMAN perlu ada dalam perkara ni. Jadi perlu kita lebih berhati2 dan lebih berwaspada dalam memberikan ALAMAT RUMAH, ALAMAT TEMPAT KERJA, TELEFON NUMBER kepada mereka2 yg kita baru kenai dalam dunia maya. Unless dah lama kenai dan betol2 kenai. Kita xtau sapa berada disebelah sana dalam dunia maya ni. Perogol bersiri ka, kasanova ka, pondan sial bernafsu besar ka, pembunuh kanak2 ka, gay yg gersang mencari belakang ka, perompak ka, penyamun ka atau mato2 yg mengintip diupah oleh kerajaan. Jadi berhatilah. Aku bukan nak menakutkan korg, tapi fakta ini jelas dan kita perlu lebih sedar tentang isu ini.

Pada pembaca2 blog kuchalana, aku nak tekankan dekat sini yg blog ini tidak berpihak kemana2 parti politik atau pensipati kepada mana2 pemimpin politik. Aku lebih suka untuk menekankan konsep aku pembayar cukai dan aku nak duit aku digunakan ke tempat yg betol. Walau sesiapa pon yg akan mmerintah negara ni, aku tetapkan akan menekankan konsep sistem yg digubal sama ada ia baik atau tidak dan kaedah untuk menambah baik sistem yg ada selain pengurusan kewangan yg betol. Aku lebih suka kita sedar tentang hak org ramai atau PEOPLE POWER. Lelain aku lebih suka share pengalaman kisah benar hidup yg aku dah lalui, business yg aku buat, kaedah pengurusan kewangan dan mcm2 lagi yg aku rasa bermanfaat. Aku xbleh nak puaskan hati smua org dan menjaga hati separuh2 org dalam artikel2 aku sbbnya ni bukan blog politik.

Jadi jika anda rasa blog ini boleh memberi ilmu dan manfaat kepada anda. Truskan membaca. Jika tidak aku xpernah paksa sesapa pon tuk baca dan agree dgn apa yg aku tulis. Klu rasa nak test virus ka, atau nak tutup blog ni dgn kaedah hacking korg, silakan. Aku xmarah, aku suka. Aku xrugi apa2 pon. Aku masih berdiri disini as KUCHALANA.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

17 comments :

mama ranggie said...

penuh dgn kematangan!

thanks!

asal kite jd diri kite..itu lebih baik!

.::WaNiE::. said...

tUJUAN AKU BERBLOGGING

1- mengisi kebosanan [masa start blogging dulu la skrg dah xdek masa terluang mcm dulu]

2-boleh berckp pasal benda yg husband aku xnak dengar dan lepaskan geram bila xblh nak marah org depan2/

erkk..blog ko kene hack ke ataupun ko adalah salah satu blog yg kene siasat weh..hahhaa

cemut said...

astagos.panjang.
cemut baca perenggan first ngan last je.

/me larikkkkkkkkkkk

Aida said...

Mantap seiii... Rasa boring bila entri ko xde.. hehe At least membuka mata dan minda. jangan main percaya jer. Memang penting etika ms berbloging. Sendiri mau ingtlah.. Walau x nampak tapi Allah nampak apa ada dalam hati..Keep on bloging beb.. Moga ko dalam keadaan yang tenteram di samping anak2 yang comel dan hansome.Take care

imz said...

ADA PUN...AKU DH RINDU NK BACA ENTRY KO...HEHEEH

kuchalana said...

mamaranggie - masa mematangkan kita..

wanie - hi2.. ada la.. nanti ada masa aku citer.. panjang cita dia.. akkaka

cemut - ni baru ckit.. ada blog tu sampai habis satu page entry dia..kekee

Aida - tq kak.. ada ckit hal la 2..3 menjak ni.. project mega.. kekeke

imz - bca jgn xbaca..

JM said...

tujuan jm berblog.. utk carik boifren..tp sampai sakng tak jmpe2..wakakakak...

13may said...

hmmmm...apa tujuan aku buat blog ha???

oh ya! aku nak layan kepala....tapi kadang kadang aku sakit kepala :D

.::WaNiE::. said...

ehemm citer panjang tu yg nak kene lepak kopicat kedai si cat farish tu kan..huhu

last week aku ada sana tapi sbb ko menghilang aku malas la kaco..ingatkan p brcuti

kuchalana said...

jm - jodoh xkan kemana dik.. insyallah adik akan dpt jejaka yg baik.. abg doakan..

13May - tu air penuh paler tu.. tu yg slalu sakit paler.. lu patut pakai topeng la masa pi jumpa lindosh ri2.. kakaka..

wanie - aku sibuk la kak.. ada project mega 2 minggu ni.. pasni leh la.. ko ping2 la aku.. kita kumpuikan smua blogger yg ada kat bangi.. aku leh bawak 2.3.. org blogger UKM..

.::WaNiE::. said...

hehe segan la aku wey

**komen ko terhadap si encik may yg hensem lagi tampan itu sangat lari tajuk ..hahahha

kuchalana said...

wanie - May sgt pemalu la beb.. tu yg aku suh pakai topeng... lindosh pon xmension nama dia.. smua gambo kat blog pon kasi blakang ja.. sib baik aku bukan nyah.. kekekeke

bukan ko xda idung.. malu wat pe.. ada citer best wei..

ita.itu said...

yeh,.yeh..abang kucha dah balik..haha..rindu aku kat ko la..haha..mampus kalo bini ko bc..ampunn

kuchalana said...

ita.itu - kekekek... gedik ko yer.. aku plak skg diet.. nak masuk marathon nih.. berat sgt dah rasa...

ixora said...

n3 ni mmbuatkn Xora terfikir n berfikir..thanks bro..=) mayB sbb Xora rs semua org cm Xora..menulis blog dgn ikhlas tanpa ader mksud lain...huhu..lps nih perlu lbh berhati2....thanksssss...

lindosh said...

hehe tak kesah camne pon. saya suka baca blog ini! :P

kuchalana said...

ixora - aku suka berkongsi maklumat dan ilmu.. takut ada lagi kawan2 yg terkena dan terkona..

lindosh - tq lindosh.. aku pon suka baca blog ko.. ko dah berjaya reveal muak sbenar may.. kakakaka.. aku suka..