Pages

Adakah Anda Miskin

Tau dak berapa jumlah pendapatan kita untuk dikatakan miskin dimalaisi. Dari data 2005, garis kemiskinan dimalaisi dikira jika kita berpendapatan RM691 dgn purata 5 org didalam rumah. Lebih dari tu dikira xmiskin. Mula2 aku nak tergelak gak baca maklumat ni. RM691 bukan miskin lagi, pada aku dah kira fakir dah, papa kedana. Tu 2005, 2008 purata pendapatan seisi rumah dikira sebyk RM3686 sbulan dan garis kemiskinan adalah RM1843. Yg ni masuk akal sikit.

Actually kaedah perkiraan ni aku xrasa berapa betol, sbbnya drg kira base on keperluan makanan asas dirumah. Maknanya xtermasuk penggunaan keperluan lain mcm kenderaan, peti ais, tv dan lain2. Klu dikira dari sumber2 tu aku rasa ramai lagi yg boleh dideclare sebagai miskin. Klu pendapatan korg RM1843 sebulan, korg boleh dikategori berada dalam garis kemiskinan dimalaisi. Aku rasa kita kene campurkan jugak dgn jumlah anak2 dan bini2 jika ada. Klu pendapatan RM6K sbulan tapi anak 10 org pon aku boleh kata family tu berada dalam garis kemiskinan. Mekanisma perkiraan perlulah diubah suai mengikut jumlah pendapatan dan jumlah tanggungan.

Jadi kat sini aku nak recall balik pada smua pasal orang-orang yang berhak menerima zakat (golongan 8)

*Orang-orang fakir: Orang yang tidak memiliki harta dan tidak mempunyai pekerjaan yang boleh menjamin kehidupannya
*Orang-orang miskin: Orang yang memiliki harta tetapi tidak mencukupi untuk keperluan hidup
*Amil-amil: Pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak yang berkenaan untuk memungut zakat
*Orang-orang mualaf: orang-orang yang perlu dijinakkan hati mereka kerana baru menganut Islam
*Hamba Mukatab: Hamba yang dijanjikan oleh tuannya akan dimerdekakan jika ia membayar wang kepadanya
*Orang-orang yang menanggung hutang yg xmampu untuk diselesaikan
*Orang2 yg berjuang untuk kepentingan agama Allah (perang, belajar dll)
*Orang-orang musafir yang terputus perbelanjaan

Xpayah le malu, klu rasa korg ada dalam golongan tu, pi baitulmal, daftar diri tuk terima zakat. Itu fungsi baitulmal iaitu membantu org susah. Klu korg rasa diri korg senang or malu, rugi la. Aku just nak menyatakan tentang hak korg. Kat ctu dah ckp, org miskin dan org berhutang. Yg miskin mcm data diatas, pendapatan kurang dari RM1843. Tapi jgn le pulak korg ngambil kesempatan. Ok..

* Minggu depan kerajaan negri selangor akan agihkan keperluan asas seperti beras, susu dan gula secara percuma kepada rakyat selangor yg miskin. At least satu step diambil untuk membantu mereka yg memerlukan. Smoga xda plak isu lain yg timbul sbb klu mende2 baik ni slalu ada ja yg xsuka. Contoh mcm kes air percuma ari tu sampai bergaduh2 sbb ada geng2 yg xnak rakyat dpt air percuma. Negri2 lain mcmmana?

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

7 comments :

.::WaNiE::. said...

aku lebih lar pula

tak dpt ek beras free

beras mahal :(

cendawanintim said...

owhhhhhh, zakat, yang nih saya tak baper faham skit perkiraan dia...

nak2 pasal barang2 kemas nih..kena wat rujukan nih..

ita.itu said...

wah bab ko sebut bini2 yg aku x tahan..napa tak tulis bini4? hehe

IdaShah said...

klu nak bg aku ambik jer

13may said...

negeri lain tgh dok meeting....
nak buat undi tak percaya :D

kuchalana said...

wanie - hu2.. ko dah layak bagi beras kat org lain sebenarnya...

cendawanintim - xpa.. nanti aku buat satu entry pasal zakat.. ilmu free

ita.itu - blum lagi sampai level tu.. level jarang.. jarang..

idashah - btol.. rezki jgn ditolak

13may - kekekeke...

.::WaNiE::. said...

oh iye jugak ek

takmo lar beras aku mo kasik tepung gandum