Pages

Manusia dan Hati, Mudah Berubah

Actually ari ni aku nak masukkan entry kes gempa bumi. Tapi smlm ada citer best yg aku nak share ngan korg. Kes satu mamat yg telah bertukar pegangan dan kepercayaan. Sapa kenal EZAM, angkat tangan. Ezam ni dulu adalah setiausaha politik pak nuar masa pak nuar dalam UMNO dulu. Dia ni org kuat pemuda UMNO masa depa sama2 berjuang termasuk Azmin Ali (adik azwan ali). Jadi lepas kes pak nuar kene tahan 1998 dan dipenjarakan, ezam dan azmin la yg menjadi tangan kanan dan tangan kiri pak nuar dalam perjuangan reformasi. Dan dari usaha depa berdua jugalah yg menubuhkan PKR yg ada pada hari ni. Depa berdua pernah kene ISA dan pernah menjadi org paling benci kepada kerajaan pemerintahan madey masa tu.

Depa berdua ni dah mcm adik beradik dan merupakan product dan apperantice pak nuar ketika tu. Dalam erti kata lain mereka bertiga ni dah boleh declare darah dan daging. Nak jadi cite perjuangan depa berhasil sampai la pak nuar dibebaskan. Dan nak jadi cite lagi berlaku satu isu antara pak nuar, azmin dan ezam ni, xsilap isu sapa akan jadi menteri besar selangor dan sapa akan jadi TPM klu PKR memerintah malaisi (klako blum mng dah bergadoh sapa nak jadi apa) . Percakaran anak beranak ni memaksa ezam keluar dari PKR. Mamat ni pon merajuk dan tubuhkan GERAK. GERAK adalah gerakan membersihkan jabatan2 kerajaan, swasta dan org2 politik dari rasuah. Jadi peranan Ezam xla memainkan peranan lagi dalam mana2 parti politik. He just go as NGO dan berkecuali. Tapi dari soksek2, dia melobi diri dia ke UMNO dan PAS dalam membina balik karier politik beliau.

Dan smlm secara rasmi beliau masuk smula kedalam UMNO yg telah diludah dan di maki slama 10 tahun ni. Alasan beliau, beliau lebih yakin dgn pak lah yg lebih telus (telus ke?). Pelikkan, madey sendri ckp dah xrelevan. Dari sudut pandangan aku mende ni ada yg sesuatu yg xkena (mukriz pon berpandangan yg sama, dimana dia ckp, kenapa waktu ini dia nak masuk umno bukan slepas dia kuar PKR tahun lps). Mamat ni mungkin akan masuk semula dalam pemuda UMNO dan akan menjadi proxy kepada satu lagi mamat dalam usaha menjadi PM dalam umur 40an. Selain tu ezam akan dicampakkan ke selangor dalam usaha menawan balik negeri tu. Dan dah namanya politik, sure ada ganjaran berupa wang ringgit dan kuasa akan diberikan kepada beliau. PKR duk pening la lepas ni. Ke2.

Jadi kawan2. Jgn tertipu dalam konteks org politik ni. Pagi dia maki, tghhari dia lunch sama2, petang dia carut, malam dia tido sama2. Bapak aku ckp selain org munafik, satu lagi golongan yg xleh percaya iaitu org politik. Xkan ada politician yg betul2 berjuang unless ada kepentingan lain seperti duit dan kuasa. Xmustahil sok lusa pak nuar plak masuk UMNO balik. Kta tgkkan ja. Senario politik negara smakin berwana warni. Harga barang tetap gak naik. Hampehhhhhhh...

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

11 comments :

imz said...

tula..semalam aku tgk brita..terkejut jgk..ezam dh masuk umno...ermm...manusia senang berubah kan...nt..dh x suka umno..keluar la plak..kan...

kuchalana said...

imz - dgr2 dia akan lawan pak nuar dalam pilihanraya kecil.. dia pilih tuk karam dan menjadi org yg berjuang kerana duit.. nak wat camna.. mudahnya manusia dibeli..

.::WaNiE::. said...

Secara tiba2 aku naik benci lak tengok sketsa politik malaysia nih..mcm haram..rakyat dok terkontang kanting mana nak bayar rumah kereta barang harga naik ni esok minyak naik pulak depa dok sibuk rebut kuasa rebut jawatan...sial betul pastu suruh rakyat makan kentang..kepala hotak dia..

alasan ezam masuk umno mcm anak kecik baru nk blajar tipu mak bapak..sejak bila pulak dia jadi bodoh ingat rakyat nak percaya ckp dia..lagi haram jadah..

Aku tau orang politik mmg kene salu menipu mmg xleh percaya but they have to serve us lah..geram betul la aku .. sibuk ngn masuk parti lawan kuar parti lawan lompat sana lompat sini ala2 lompat si katak lompat..pegi la lompat ngn katak nun..

Rakyat tak terbela..negeri kasi free kat orang..depa tak sedaQ diri terus lagi mengejar impian memasing..apa ingat akademi fantasia ke.. menuju puncak la sangat..

Ko pi la tolong sedarkan depa tu..tolong la rakyat jangan dok sibuk ngan jawatan..esok2 masuk kubur xdek pun malaikat tu panggil depa YB ke datok ke..pooodah

mama ranggie said...

rambut sama hitam tp hati lain2 k!

biasalah tu...

x mustahil bende ni berlaku!

kuchalana said...

wanie - dah leh buat satu entry dah ni... kakakaka... sabo kak.. sabo.. aku pon meluat dah ngan smua ni.. cam aku ckp.. sbb sorg dua.. 27 juta rakyat menderita.. aku percaya.. skali allah turunkan bencana.. baru la smua 27 juta nak sedar.. cina, myanmar.. indon.. thailand.. filipina.. smua dah dapat.. kita ja blum.. tunggu masa ja tu...

mamaranggi - klu pasal politik... rambut sama hitam.. hati pon sama hitam..

.::WaNiE::. said...

huhu ko takut aku overshadow ke..ampun teremosi pulak

**gara2 proton xumum lagi staff dpt brapa bulan bonus..haha

kuchalana said...

wanie - beb.. proton lost lagi la tahun ni... dah masuk tahun ke-3 beb.. lepas ni sure kene bailout.. same to KTM, TM, MAS dan Tabung Haji.. Yg mencanak2 skang ni Petronas.. 7 bulan bonus beb... Citibank 8 bulan beb.. company aku almost 4 bulan.. hu2..

lok ko suh abg ko pi toyota or kia.. drg tgh buat duit la ni..

.::WaNiE::. said...

tolong applykan aku kat kompeni ko bleh tak..kwang kwang kwang

mana proton lost..161juta..untung..simpanan jek 5billion..katanya

tak kire lah weh dulu waja bleh kasik 6bulan..ni personan ngn saga giler punye sale xkan la 4bulan pun xleh kasik [emo lagi]

IdaShah said...

mmg betol politik semata-mata kerana kuasa n duit

kat akhirat esok korang tau lah...

lindosh said...

iskk tak sukanyaa politik mesia nehh.. makin suxx huhuhu

kuchalana said...

wanie - mmg declare untung.. kene paham beb.. dia kene tolak lost beratus juta tuk 3 tahun sbleum ni.. still rugi actually.. bila baki bawa kehadapan negative.. dia tetap negative.. sampai la sale kita jadikan dia positive balik.. jadi jgn tertipu..

idasha - tu yg kita kene paham.. islam sahaja menjamin sistem pilitik yg betol..

lindosh - mmg pon.. kau naik panas hati kdg2.. bak aku ckp.. yg celaka dua tiga org.. yg menanggung kita yg 27 org rakyat marhaen..