Pages

Batu Putih Dah Jadi Batu Hitam

* satu pandangan radikal. Dimana maruah kamu.

Korg tau dak, malaisi baru sahaja kehilangan 0.2 ekar tanah kepada singapura jumaat lepas. Mungkin xda apa2 perasaan pon kepada kita dalam perkara ini. Tiada tangisan dan tiada apa2 pon yg berlaku. Dan mungkin ada yg xtau pon perkara ini berlaku (amat menyedihkan). Yg pasti kita telah mula kehilangan tanah kita satu persatu (kepada bangsa lain ditanah melayu ini).

Apa kesan dari perkara diatas, mula2 singapore menang Batu Putih. Korg tau dak kerajaan filipina dari dulu lagi menuntut Sabah sebagai salah satu negeri berdaulat dia. Dan korg tau dak dari dulu indonesia menuntut sarawak sbgai salah satu dari bahagian negara mereka (sebab tu peta dunia panggil depa BORNEO). Dan korang tau dak dari dulu Thailand still menganggap perlis, kedah dan kelantan masih dalam jajahan mereka. Apa akan jadi kalu depa pi mahkamah antarabangsa dan tuntut negeri2 ni. Pastu kita pon anta la kunun dikatakan org cerdik pandai kita pi lawan kat mahkamah tu. Cerdik la sgt. Hujah dalam negara pandai sgt. Nak kenekan org itu ini pandai sgt. Tpi bila berhujah kat mahkamah luar, smua duk jadi org kurang pandai.

Bawak le bukti2 yg sahih dan surat2 yg sahih. Klu kat malaisi, data org dalam sistem korg bleh manipulate mcm kes toya2, apsal kes tanah negara korg xleh nak manipulate. Ini kes kedaulatan negara. Bukan kes kecik2 atau toya2. Singapore will keep asking for more. La ni ada satu lagi kawasan pulau yg berhampiran yg akan dituntut gak. Xsilap aku pulau pisang. Futher dari sudut ketenteraan. Pulau2 ni mmg strategik bagi singapore klu nak tangkis sgala serangan dari malaisi yg datang dari pantai timur (based kem kat kuantan dan Kuala Trengganu). Then nelayan2 pesisir pon pening sbb depa dah xleh nak pi ke area pulau tu yg dikatakan lubuk ikan (dah susah jadi bertambah susah). Dan yg paling best dari jabatan meteorologi malaisi, actually kawasan pulau dan sekitarnya ada sumber gas asli. Aku dpt maklumat ni dari kaum yg keje kat sana dan mereka2 yg pergi sendri buat research kat pulau tu satu masa dulu. Drg ckp masa tu depa kene pi waktu malam sbb siang ada byk kapal tentera singapore kat pulau tu.

Dan paling hampeh bila paper n tv keep playing a stupid propaganda. Kata la xpa kita hilang pulau tu, itu dan ini. Pada aku tanah melayu tetap a loser by losing this island. Sbbnya xpenah dibuat sejarah kita hilang tanah seaib ni. Sbb tu aku rasa masa zaman madey, he drag this dicsussion lama2 supaya xda keputusan dibuat antara kedua negara. At least pulau tu xberstatus. Yg ada la ni smua duk glojoh trus bwk kes ke ICJ. Kunun nak jadi hero la. Pi la hantar pembohong, penyangak dan penipu ke ICJ tu lagi. Ni la kita dpt. Entah2 depa dpt berjuta2 bersekongkol ngan depa. Aku btol2 marah dgn perkara ni.

Kita berckp pandai, tapi bila buat keje sambil lewa. Kita tunggu ja nanti. Silap2 kerajaan langit pon akan tuntut smua langit2 kat malaisi ni dan masa tu MAS and AIRASIA kene bayar lebih sbb lalu dalam kerajaan langit. Hu2

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go