Pages

Telah masuk kumpulan 30

3 hari lagi usia aku akan masuk ke kumpulan 30an. Dah 30 tahun dah aku idup, 30 tahun aku menyusahkan mak ayah aku. 30 tahun aku melalui saat suka, duka dalam konsep kehidupan didunia fana ini.

Macam biasa seperti tahun2 yg lepas, nothing special about tarikh aku dilahirkan. Cuma ucapan kasih dan sayang dari mak,ayah dan adik aku tepat pada waktu aku dilahirkan jam 4.30PM. Sudah menjadi satu tradisi dalam family aku. Depa berlumba2 nak mengucapkan kata2 kasih dan sayang pada aku. Anyway that is family for. Tq smua, jasamu dikenang.

Klu panjang umur, masih ada 40 tahun lagi usia ni tuk aku habiskan. Xsampai separuh pon lagi dari usia normal manusia akhir zaman. Masih jauh lagi perjalanan hidup ni jika diizinkan Allah. Dan masih byk lagi perkara yg perlu aku buat. Aku optimis untuk truskan perjuangan ni sehabis baik. Walaupon hujan, guruh, ribut, kilat disepanjang titian usia ni, akan ku truskan jua. Aku pasti akhirat yg abadi adalah segalanya untuk aku. Xada yg lain dari kehidupan yg abadi itu.

Smoga Allah mengampunkan sgala dosa2ku yg seblum, sekarang dan yg akan datang. Smoga Allah tetapkan hati ini dalam mengejar yg hakiki itu. Smoga Allah memberikan kesihatan yg baik untuk aku trus berjuang dmi masa depan anak2ku. Smoga Allah sentiasa memurahkan rezki dan memberi rahmatnya dalam setiap apa yg aku lakukan. Smoga Allah mematikan aku dalam iman dan takwa kepadanya. Semoga dipelihara ibu bapa ku seperti mana mereka memelihara ku semasa kecil, Dan smoga dipelihara anak2 ku dari penyakit wahan juga sifat dan sikap2 mazmumah yg ada dalam diri manusia. -Amin

Tuk pengetahuan smua, aku menyambut ulangtahun kelahiran 2 kali tiap2 tahun. Pertama pada 12 april oleh ahli keluargaku sbb tarikh inilah aku dilahirkan. Dan dalam ic aku is 19 april dimana tarikh aku didaftarkan. Jadi lewat seminggu aku didaftarkan sbb aku dilahirkan dirumah dan bukan dihospital. Jadi amek masa skit la nak pi daftar. Jadi kawan2 slalu wish on 19 april. Ke2.. sonok gak sbb 2 kali celebrate kekeke... Dgn ini aku mengishtiharkan 19 april ini hari cuti umum untuk seluruh negeri perak. Sekian trima kasih.

Ole.

* Sok aku ada medical check up, doakan yg terbaik tuk aku.. then sini gak aku nak wish selamat masuk ke kumpulan 30 juga kepada En Halim Captain partner aku kat Street-IT yg ditarihkkan semalam dan jugak Mahkluk misteri yg ditarihkan ahad lepas. Dan juga kepada member sekapal kat VI dulu En Pejal yg ditarihkan minggu depan. Smoga ALLAH memberkati kalian.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go