Pages

Cerita Ceriti


*Keratan rentas otak org masuk air... ke3

Cerita Spital
Smlam aku telah menyerahkan diri aku kepada satu specialist islamic kat Bangi. An-Nur Specialist dkt sebelah Hospital Al Zahrah tu. Ramai gak dalam spital tu. Aku tgk smua org2 tua ngan acik2 ja dalam tu. Rasanya aku ja yg berada dalam pertengahan umur kat dalam tu. When come into my turn, Dr yg menyambut aku tu cukup peramah (nih nak tekan duit aku la ni.. kekeke). Beberapa siri ujian dilakukan keseluruh badan aku. Darah diambil, urine juga, otak aku discan, jantung aku di scan juga, selain perut aku juga discan. Jadi secara kasar, conclusion dari sakit paler melampau aku ni adalah "CLUSTER HEADACHE" or "SUICIDE HEADACHE". Nih jenis sakit kepala atas dari migrain dan segala hirarki sakit paler yg ada dan dibawah kanser dan tumor untuk kategori sakit2 kepala ni. Dr tu ckp slalu pompuan ja yg kene mende ni dan jarang lelaki yg kene. Aku ckp aku ada suntik hormon estrogen, tu yg dah ada sikap2 kewanitaan tu. Ka3. Cause of this problem is work, family and could be environment. Tapi specific cause mmg xleh nak dikata. Dan aku ckp kat Dr tu, it just a special request (sempat aku iklankan dia konsep special request nih.. kekeke). Jadi xda isu pada aku sbb all this come from ALLAH. Tuk keputusan jantung dan kesihatan lain aku akan dapat next week. La ni aku just take a pill to help reducing the pain. Xda ubat specific tuk hal ni. Hu2. Bleh refer to http://en.wikipedia.org/wiki/Cluster_headache tuk keterangan lanjut pasal penyakit ni.



Cerita Babi
Smlm kecoh citer kandang babi kat sepang tu. Aku nak sentuh skit la isu ni. Apa la mangkuk2 mlayu tu sibuk sgt kat sepang tu. La ni kerajaan selangor continue ja project tu dari kerajaan negeri sblum ni. Pada aku that project is good klu betol2 berjaya. Depa nak centralizekan smua kandang2 tu ke satu kawasan ja. Jadi interm of kumbahan, penyembelihan, kawalan penyakit, kawalan jumlah binatang, RND, smua dibuat dalam satu kawasan ja. Xda la mcm skang ni, bersepah2 sana sini. Tu yg kotor tu. Futher dgr2 tempat tu jauh dari kehidupan manusia. Mmg jabatan pertanian dah buat guide line klu nak menternak kene at least 500M ke 1KM dari kawasan penempatan manusia. Jadi klu penternakan berskala besar mcm ni aku rasa it should be lagi jauh lakan. Lagi satu org2 BN ni pon mangkuk, kata la BR ni support cina makan babi la apa smua. Ni la dia product bodoh yg dihasilkan lepas 50 tahun merdeka. Kita ni negara majmuk la mangkuk. Ko nak halang cina makan babi tu bukan hak ko. Ko nak hukum depa masuk neraka pon bukan hak ko. Sbb nasib ko sendri pon blum tau lagi. Nabi sendri pon xhalang yahudi, nasrani dan quraish nak idup cara mereka termasuk bela anjing atau makan babi. Menjadi tanggung jawab ko tuk ajar dan kasi depa ilmu pasal perkara2 haram ni. Sbb setiap sesuatu yg dihukumkan dalam islam tu ada sebab dan alasan dia xkisah sbb kesihatan, memudaratkan atau apa saja. Klu korg xajar depa sapa lagi yg nak ajar. Korang nak harapkan malaikat turun sebarkan islam ke depa ke. Ubah la mentaliti 2nd class tu. Sbb org2 mcm korang ni la yg bleh buat rakyat xrasa aman. Selesaikan masalah dalam kain korg tu dulu baru nak citer pasal kain org lain. Kdg2 aku xpaham sikap manusia ni. Mende yg elok pon nak jadikan isu.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go