Pages

Patih Kermaja Yg Derhaka Bukan siKitol

Ingat dak masa kita skolah dulu. Kita telah diterap dan diingatkan tentang rukun negara ni. Jadi aku ulang skali lagi klu korang dah lupa.

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Jadi aku nak sentuh tentang artikel 2 dalam perlembagaan tentang Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Sbnarnya aku xbrapa suka dgn apa yg berlaku dalam persekitaran kita slepas pilihanraya ni. Sana kecoh, sini bising dan situ bergaduh, mcm2 hal. Manusia yg gila dan tamakkan kuasa seperti xdpt menerima kekalahan yg berlaku dan yg sudah mendapat kuasa sperti xsabar2 nak tunjukkan kuasa mereka. Cumanya mereka2 ini paham atau tidak tentang etika dan semangat kebangsaan yg perlu ada klu nak jadi seorang politician dan demokrat. Jika dilihat siap yg membuat huru hara sekarang. Org awam atau org yg berada dikoridor kuasa. Siapa yg menderhaka kepada raja? Siapa yg mempermainkan perlembagaan? Siapa yg tidak mendaulatkan undang2 dan siapa yg tidak bersopan dan bersusila.

Agak geli aku dgr bila satu pemimpin besar parti kebangsaan cina yg membawa ideologi skular cuba nak mempermainkan rukun negara yg kedua tadi di perak. Dan gegak gembita satu tanah melayu dgn isu ni. Penderhakaan dilaungkan oleh mereka yg kalah. Dan aku cukup bersyukur bila ada raja yg bijak dan maha adil dibumi perak, dipanggil smua penderhaka dan yg tidak menderhaka bersemuka smua dan sign surat aku janji. Mana yg derhaka dimaafkan untuk kesejahteraan bersama rakyat dibumi perak. Maka tutup kes atas kebijaksaan raja tadi. Begitu juga di bumi slangor dimana raja bijak yg memanggil smua mereka seperti dibumi perak dan kes juga ditutup secara bijak sana dan adil.

Then mereka yg sibuk melaungkan penderhakaan pada si apek tua dari parti kecinaan ni tadi la ni pulak menderhaka, tetapi tidak dibesar2kan seperti kes si apek. Mungkin kerana dia cina, jadi nampak la dia menderhaka. Di satu negeri dipantai timur smlm satu pertembungan kuasa telah berlaku. Satu bendahara negeri dilantik oleh raja disana tetapi tidak dipersetujui oleh memanda besar diputrajoyo. Jadi memanda besar ni pon kata Raja xikut perlembagaan dan disokong pulak badut si loyar besar tanah mlyu. Selain wazir dinegeri berkenaan cuba memboikot bendahara negeri berkenaan. Yg kelakar, si bendahara negeri adalah si melayu yg lahir dari komponen lambang dacing atau kati itu sendri. Mmg kurang hajar mereka2 dikoridor kuasa ini. Kamu meletakkan rukun negara yg kamu cipta didalam tong sampah dan kamu meletakkan raja2 kamu dibawah tapak kaki kamu. Adakah bangsa lain akan menghormati kamu jika kamu sendri yg kurang hajar dan menderhaka. Tidak sedarkah kamu yg kamu berada ditampuk kuasa atas kehendak org yg memilih kamu. Dan tidak sedarkah kamu, yg kamu smua yg memulakan situasi tegang dan rasa tidak aman kepada masyarakat. Dimana janji kamu kepada ALLAH? Dimana janji kamu kepada rakyat dan dimana kesetiaan kamu kepada raja?

Perkara ini bukan sahaja berlaku di pantai timur, satu negeri tanah melayu di utara juga berlaku perkara yg sama. Disana pergaduhan besar juga berlaku. Tetapi aku dpt merasakan bendahara negeri yg tidak dilantik itu mempunyai perancangan maha jahat yg pasti akan mengembalikan beliau ketampuk kuasa. Itu pasal dia terima keputusan raja dinegeri berkenaan. Cuma di pantai timur, kurang hajar dan sifat rakus mereka2 dikoridor kuasa telah menampakkan prinsip perjuangan mereka. Tuk pengetahuan smua, negeri berkenaan adalah negeri yg terkaya di tanah melayu dan aku tgk negeri jirannya yg dikatakan miskin lebih maju dari negeri yg terkaya ini. Apa sudah jadi? Itu pon mau bergaduh lagi. Aku rasa yg paling kecewa adalah rakyat marhaen negeri berkenaan yg bersusah pyh memangkah dan memilih pemimpin mereka. At last yg dipilih plak sepatutnya dipimpin. Terbalik dah jadinya. Kesiang pada kawang2 disana.

Kalau dizaman kerajaan maha hebat MELAKA atau LANGKASUKA, sudah pasti bendehara dan memanda yg derhaka akan dipancung atau disula dan dicampakkan kelaut. Aku cukup kesal dgn apa yg berlaku. Kalu apek tadi bersuara pasal raja aku masih meletakkan yg dia xpaham tentang konsep beraja tadi. Tapi bila imam besar hadhari kata mcm tu. That is to much. Inikah yg kita mahu?

Soalan aku skali lagi siapa yg membuat huru hara sekarang. Org awam atau org yg berada dikoridor kuasa. Siapa yg menderhaka kepada raja? Siapa yg mempermainkan perlembagaan? Siapa yg tidak mendaulatkan undang2 dan siapa yg tidak bersopan dan bersusila. Pada mereka dikoridor kuasa, kamu ini telah diamanahkan dan sepatut menjadi contoh yg baik kepada org yg memilih kamu. Jgn kerana kuasa, harta dan wang ringgit, kamu menjadi mabuk sampai lupa tanggungjwp kamu. Kmu bukan dilantik untuk bersuka2 atau bermain2. Jika tidak mampu, tarik diri dan beri pada yg mampu. Baca kisah khalifah2 kita, Abu bakar, Omar, othman dan Ali sebagai pengajaran.

*Dari 2 pakar perlembagaan tanah melayu. Bendahara negeri yg dilantik adalah sah dan dia ada 90 hari tuk setup kerajaan negri. Dlm masa itu wazir2 negeri berkenaan boleh membuat undi xpercaya. Kemudian raja boleh membubarkan kerajaan negeri dan mengadakan pilihanraya skali lagi. Dan lagi mudah bila wazir2 berkenaan awal2 dah kata nak letak jawatan dan pasti pilihanraya akan diadakan smula. Smoga Allah melindungi raja dan syiar islam dinegeri berkenaan dan seluruh tanah melayu hendaknya.

Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

18 comments :

.::WaNiE::. said...

hihihihihi

hahahhaahh

aku tepuk tangan jugak..sbb hukum karma kan...dia ngata kat org tp dia lagi terukk..gitu kan...

kuchalana said...

wanie - tau pon ko.. tapi yg ni satu plot citer yg klakar.. walaupon skrip dia citer xklakar.. kesudahannya, org makin xsuka dan nampak jelik dgn org2 bernafsu besar ni.

Heartless Devilish said...

orang yg idop di dunia politikus skrg giler koser...
seb baek aku giler mende laen..

Heartless Devilish said...
This comment has been removed by the author.
kuchalana said...

devilish - sbb tido ptg beb.. tu pasal giler.. kakakakakakakaakakakakakakakakakakakakakakakaka.. best2..

.::WaNiE::. said...

bro wa calonkan lu jd MB ganung aaa..hahaha

kuchalana said...

wanie - alaaa.. susah2 je ko ni.. kekeke..

Wiween @ Awin said...

waah....babaku arini berciter psl rukun negara ek.hihihi

Heartless Devilish said...

kureng tol orang tua nie..
aku tak tido petang lar arinie tau.... blwekkkkkkkkk

kuchalana said...

wiwien - biasa la.. semangat kebangsaan kene tinggi

devilish - arini je.. hari lain...kekkee

lindosh said...

mereka yg KALAhH tu laa yg suka wat huru hara..

paku dulang paku serpihhhhhhh

lindosh said...

imam besar hadhari dok penin kapla sbb byk tido ehehe..

kuchalana said...

lindosh - tau xpa... tu pon xsdr2 lagi puak2 ni..

axim said...

malaysia oh tanah air ku......

tun teja said...

bro.. tun x pandai nk komen bab politik tapi yg tun tersangat pasti
RAJA NAZRIN TU ENSEMMMMMM...

nasazfrog... said...

tak abis2 yo laei///

kuchalana said...

axim - kekeke.. biasa la..

tun teja - dia mmg hensem.. soft spoken.. tapi tegas.. syok borak2 ngan dia.. xda escort pon mamat ni.. mmg berjiwa rakyat..

nasazfog - dah abis dah.. cuma ada manusia yg kurang ajar kat putrajoyo tu yg patut turun kuasa.. makin kelam cuaca kat malaisi ni..

Wiween @ Awin said...

tun..jgn rampas raja nazrinkuuuuuuuuuu! huhuhuhu