Pages

Beli Lori La Baba

On the way pi ngundi sabtu lepas..

Baba - Adam, ok xklu bab beli kereta baru.
Adam - Ye la baba, baba kene beli kereta baru, kereta baba ni kecil sgt, lepas tu tayar depan pon rosak2. Slalu bunyi2.

Baba - Adam nak kereta mcm mana?
Adam - Baba beli la kereta mcm mami dulu, besar, laju, xrosak. Baru seronok nak jalan2.

Baba - /aku tersenyum/. Tapi baba xda duit la adam, nak beli kereta mcm tu.
Adam - Ala baba banyak duit. Adam dah tgk dalam beg baba smlm. Baba byk duit.

Baba - Mana ada duit, tgk smua duit besi. /aku kuarkan syiling dari kocek sluar/.
Adam - Ala, yg hari tu adam tgk ada byk duit.

Baba - /aku senyum sambil usap kepala adam/. Klu baba beli avanza ok x? Macam yg tu.
Adam - Ok.. Avanza laju sikit dari kereta kecil baba ni.

Baba - Tapi baba suka yg tu. /aku tunjukkan BMW 318i/
Adam - Yg tu kecik la baba. Mana muat nak bawak adam dgn adik.

Baba - Then klu yg tu ok x? /aku tunjuk ke WISH/
Adam - Yg tu pon ok, tapi adam rasa elok baba beli lori atau bas je. Sbb nanti nak bawak wan lagi, tuk lagi, onyang lagi, mat yie, kawan2 adam dkt skolah, teacher, bla3

Dia terus bercakap sampai la tiba ke pusat ngundi. Penyakit byk berckp dan loyar buruk aku nampaknya dah bernyangkit kat hero aku sorang ni nampaknya. Sabor ja la..

La ni adam dah pandai solat, baca doa mudah dan boleh berbahasa inggeris. Dia pon dah pandai on pc dan bukak game atau dengar lagu or tgk album gambo dalam PC aku kat umah. Perkembangan dia amat memberangsangkan dan cepat dari sepupu2 dan kawan2 dia yg lain. Aku harap masuk umur 5 tahun bulan spuluh ni dia dah boleh membaca dan mengira.

Skang aku dalam process ngajar dia tido asing dgn adik dia. Klu dak satu katil besar. La ni asing2kan katil. Sorang satu katil bujang. Training dari skang sng. Pas ni aku nak train adik plak. Dia pon dah mula nak bercakap. Baru stahun sengah dah ringan mulut. Apa aku cakap dia akan ulang. Clear plak tu bunyi dia. Adik la ni duk slalu ikut abang dia. Klu abg dia bertumbuk ngan mat yie aka batman, dia pon masuk kaki skali. Risau gak aku jadi kasar budak ni.

Tgh tahun ni adam akan pi kelas kumon and kelas music kat YAMAHA. Bleh dia ikut aku pi jamming nanti. Adik plak aku nak anta pi kelas memasak.. kakakaka.. ok ker.

ole..

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go