Pages

"Sabar, redha, dan Sangka baik..."

Dalam artikel blog ketemayat terkini aku suka nak share ngan korang kat sini, Konsep "Special Request" yg diketengahkan oleh sahabat hamka penulis blog ni. Aku harap korang boleh terima konsep yg mudah ni. Aku paste skit konsep tu kat sini (aku paste skit ja Hamka, jgn marah aaa) .

------------
“Special Request” di tujukan kepada orang yang bernasib malang, atau orang yang kemalangan, atau orang yang menderita, dan yang semakna dengannya, manakala perubahan kepada dunia bermaksud perubahan dalam minda akan bagaimana anda memandang nasib malang dengan cara memurnikannya...

Lalu timbul soalan...

Request daripada siapa?
"Dari Allah..."

Sebab?
"dan janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji” *firman Allah

Apa yang Allah request?
"Sabar, redha, dan Sangka baik..."

Jika tidak?
"Hidup akan menderita, sakit jiwa, ganguan saraf, tekanan mental, hati jadi gelisah dan mungkin akan bunuh diri... Dan akhirnya kat akhirat pulak kena masuk Neraka..."

Apa yang Special?
"Special sebab Allah pilih kamu pada tika dan waktu itu untuk di uji, bukan semua orang dapat.., dan Special sebab bila kamu penuhi request ini hati akan tenang, hidup akan bahagia dan bila mati masuk shurga.."

Baiklah, senang cam gini:-
'Special Request' bermaksud:-Janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu di uji, Dan kerana itu Allah menguji kamu, kerana Allah sayang pada kamu, kerana kamu ‘special’ dan kerana itu ‘request’ di sini adalah sabar, redha, baik sangka dan yang semakna dengannya kerana apabila beginilah caranya Allah hendak selamatkan kamu dari azab api neraka yang panas membara dan beginilah caranya untuk masukkan kamu ke dalam shurga yang kekal abadi, bukankah penderitaan dan request ini menjadi indah dan special?

Jadi panjang sangat penerangan itu, aku guna istilah "Special Request”
------------

Ok paham ke.. Aku suka nak tekankan kat ayat yg ni...

Apa yang Allah request?
"Sabar, redha, dan Sangka baik..."

La ni bab sangka baik tu.. slalu klu kita dalam mood "Special Request”, tang bersangka baik tu yg slalu kita fail. Aku akui aku sendri akan fail. Slalu klu kene "Special Request” kita musti akan sedih dan berfikir yg bukan2. Jadi aku harap kita dapat tanamkan dalam diri kita termasuk aku sendri, tuk setiap sesuatu yg xelok berlaku pada kita atau keluarga kita atau sesapa pon la, jgn anggap tu satu bebanan dan masalah besar dalam hidup kita. Sbbnya it just a "Special Request”. Allah lebih tahu tuk setiap sesuatu yg berlaku termasuk yg xelok yg diberikan kepada kita. Jadi sentiasa lah bersangka baik dgn segala ujian yg mendatang.

Aku slalu akan tersenyum bila pikir balik sgala masalah yg aku dpt atau yg aku buat atau terbuat. Bila pikir2 balik mmg setiap yg berlaku tu bersebab. Dan aku akan trus tersenyum bila aku dpt pikir apa sebab dia. Dan aku jugak suka nak pikir apakan kesudahan kepada satu2 masalah yg aku dpt tu. Setiap sesuatu ada kesudahan dia, temasuklah masalah yg kita tanggung. Cuma lambat atau cepat ja.. jadi jgn takut ada masalah. By hook or by crook, kita kene lalui masalah tu, nak lari pon xdapek la sbb smua tu datang dari atas nun. Ok.. hayatilah kehidupan dgn "Sabar, redha, dan Sangka baik..."

ole.

* Klu ada yg xpaham konsep ni leh pi sendri baca citer penuh pasal konsep ni kat ketemayat.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

15 comments :

eya ahmad said...

aku ader baca entry ni... memang sweet sangat ketemayat ngan wife dia.. so masing2 redha bila ader sebarang musibah...

Wiween @ Awin said...

bro,
thanks for sharing the info.Sgt melegakan hati. ween slalu terkenangkan nasib yg belum bertemu jodoh. Tp maybe itu 'special request' dr Allah. Tq bro! ;)

tun teja said...

adeii insaf tun membaca entry nih. sesungguh tun slalu beprasangka buruk .

adei.. keji nye diri ku

kuchalana said...

eya - aku mula berblog sbb mamat hamka tu..

wiween - sama2 kita kongsi ilmu..

tun teja - kakakak.. mana ada keji.. kadang2 kita xtau.. la ni kita dah taukan..

mama ranggie said...

thanks for the sharing...

kite kekadang terlupa...

Heartless Devilish said...

penah baca la kat situ..
just do some reading la..
tp aku mmg jarang berprangsangka buruk..
kan kan..betol tak tuan umah?
aku sgt relax kan..
hahahaha

lindosh said...

owh saya baca.. akan kucuba hayati "sabar,redha dan sangka baik"

ngah coba neh.. isk

Wiween @ Awin said...

u rock! kehkeh.nanti ade info gini lagi kongsi lg okeh! anak ape mcm?? sudah baik kah?

kuchalana said...

mama ranggi - ingat mengingati...

develish - yer ker? :P

lindosh - kakakaka...xpaksa la beb..

wiween - abang dia plak demam..

Wiween @ Awin said...

mak aih..abg dia plak demam.virus tu bro.bwk gi klinik gak x abgnye tu?

Heartless Devilish said...

kucha: tak betol ke? aku nie kan positif thinker..kalo hal orang laen la...mmg aku jarang berburuk sangka.. bukan tak ambek kesah... aku mmg gitu..kang berburuk sangka..orang kata aku jeles plak kan kan.. tp kalo la aku ditipu..dah nak camner..terima ajer la...hahahahaha
*winks* *winks*

kuchalana said...

wiween - dah bawak dah.. tuan doktor kasi ubat kuat skit..

devilish - yer ek... hi2.. :P

fieza said...

kadang bengang kejap aje. pastu ok blk. biasala...kalau tgh marah tu kan syaitan byk datang tambah2, simbah2 lagi. tapi pastu redalah... hehehe

kuchalana said...

fieza - tarik napas... lepassssss.... tarik napas... lepassssssss.. dah ok dah.. hi2

Archibald said...

Really helpful data, lots of thanks for your post.
here