Pages

Kenapa tol perlu dipercumakan

Aku nak share skit analatikal point of view aku dalam konsep kenapa tol patut dipercumakan. Dari beberapa kajian dan pemerhatian aku la. All this become wrong bila dasar penswastaan yg diperkenalkan oleh DR. M in 1984 di manupulasikan oleh wazir2 dan org2 berkepentingan (dan mungkin org yg memberi idea jugak bersekongkol skali). Dan pada aku dasar penswastaan ni ada yg gagal (MAS, PLUS, PROTON dll) dan ada yg berjaya (PETRONAS). Tapi klu dilihat banyak yg gagal la dari yg berjaya. Tapi aku bukan nak bercerita pasal smua tu. Tapi nak citer pasal tol, sbb ianya termasuk dalam dasar yg digubal tu.

Klu korang kira2 dalam lembah klang ja ada dekat 15 tol. Xkira dari mana ceruk ko nak masuk KL, sure ko kene tol punya. Sama mcm penang jugak. Dari segala ceruk nak masuk dan nak kuar penang keliling ada tol. Sampai satu tahap ko dah xda pilihan. Korang boleh sanggah aku klu korang rasa aku tipu. Ok, dari konsep asal, tol ni cuma satu alternative kepada pengguna jalanraya dalam penggunaan jalan persekutuan (ala jalan lama la senang ckp). Jadi konsep alternative ni lebih pada temporary dan untuk org yg nak cepat dan berkemampuan. Jadi pengguna ada alternative. Nak cepat guna highway la dan BAYAR. Tapi konsep ni jugak disalah ertikan oleh pemerintah. Bila buat alternative patut public road tadi atau jalan lama ni diupgrade sama dgn highway ni. Sbb jalan utama adalah jalan lama bukan highway. Highway is alternative betol. Tapi korang tgk la, nak naik jadi dua lane dari kuala selangor ke teluk intan pon amek lebih 5 tahun. Macam keje main2. Tu baru citer dari kuala selangor. Jalan2 lain dari daerah2 lain dimalaisi apa cerita. Langsung xdinaik taraf. Then pengguna ni pon duk la guna jalan utama baru aka highway ni. Jadi apa jadi bila tol sentiasa naik walaupon konsesi tol untung. Korang bising2kan. But actually tu jalan alternative bukan jalan utama. Then apa jadi pada jalan utama, still mcm 30 tahun dulu cuma bukan tanah merah ja. Lubang2 tetap sama. Point dia NAIK TARAFKAN JALAN LAMA sbb dia jalan utama bukan jalan alternative.

Citer pasal konsesi plak. Korang tau dak agrement drg camna. Korang pkir ekk. Tiap2 tahun depa akan naikkan xkira untung atau rugi. Hey come on la. Naik max 30% plak tu. Klu singgit, jadi RM1.30 stahun. Klu spuluh tahun dah jadi RM4 ringgit. Giler apa ikut tol xsampai 10KM kene RM4 hinggit. Patut perjanjian konsesi patut letak klu rugi baru naikkan harga tol. That is fare to pengguna. Dan mana penah ada highway yg rugi dalam sejarah negara ni. Lagi pon company yg buat highway ni under GLC iaitu company bawah support dari kerajaan (kira kerajaan punya la sbb setup pakai duit kerajaan dan duit kerajaan tu datang dari kita wei.. xsedar2 lgi ke). Ni x, tiap2 tahun naik. xklakar ke. Pas tu wazir mentri dia cakap klu rasa mahal pi ikut jalan lama. Dey tambi, klu jalan lama ko xnaik taraf, jam berbatu2, mana kami ada pilihan. Dan lagi satu klakar, alasan biasa yg digunakan, "Harga dalam negara ini masih rendah dari negara2 asia yg lain". Pi thailand sana klu korang nak tau syok xsyok guna highway. Dari selatan sampai utara. It free, bukan harga dia rendah atau tinggi but it free. Patut wazir2 ni pi buat lawatan sambil blajar la. Baru drg tau betapa pandirnya pemikiran drg ni. Else mmg dpa ada kepentingan la sbb buat2 pandir. Betol dak.

Korang tau dak impact dari kenaikan harga tol ni. Aku dah penah review last time pasal kesan dia. Dan aku ulang skali lagi, kos operasi tuk setiap barang akan meningkat dan untuk itu harga barang akan dinaikkan ikut penambahan kos operasi tadi (lawak lagi skali bila pak wazir ckp harga brg xpatut naik..dey..dey..dey.. yakedama). Sapa penah blaja ekonomi atau meniaga dia akan tau impact2 ni smua. But this people don't care. Yg penting saya untung. Berjiwa rakyat ka mcm tu or berjiwa kekitaan. Elok anto depa ni pi BTN la aku ingat, basuh cukup2.

Aku teringat satu wazir kat johor penah kasi satu idea pada kerajaan tapi xmendapat perhatian langsung idea dia ni. Dia ckp kita beli balik smua highway yg ada. Aku 1000% setuju. Apa yg jadi isunya, lagi pon dah semi gomen pon syarikat2 tol ni sbb mmg gomen punya. Beli ja balik. Put it free or revise konsesi or kurangkan harga tol tu. Kasi harga paling minimum. Ni kira bukan kes subsidi. Is about tanggungjawab pemerintah. Pengguna dah pilih korang. Jadi korang kene bekerja tuk rakyat. Buat sgala2nya tuk kepentingan rakyat. Bukan nak jaga periuk nasi sendri. Xcukup ke pendapatan almost RM100K sbulan. Aku xnampak la ni wazir2 kita bekerja tuk rakyat.

Citer lain.. xda kene ngan kes tol tapi ada relatednya... huhuSmlm ada satu wazir kecoh pasal yuran skolah. Klu korang ingat masa budget baru ni kuar kata yuran skolah is free. Xda yuran sbb nak cover kenaikan itu ini. But what happen, yuran tetap dikenekan. Dia ckp stakat RM30 nak berkira, parent boleh mtk balik ke skolah dgn nada marah. Ko ckp mcm tu mmg la sbb anak ko masuk International School (anak wazir plajaran pon xmasuk skolah kebangsaan yg dia handle..c). Ko ckp sng la sbb gaji ko beso n anak2 ko xramai, ko tgk dalam paper, ada satu skolah tu tandas pon kene charge, lab komputer pon kene charge. Mmg xmasuk akal langsung. Tu smua dtg dari budget kerajaan la beb. Lancau apa nak charge lagi. lagi plak aku tgk ada yg sampai RM250 dia charge kat satu skolah tu. Skolah cikai ja tu. Korang kira, klu satu family ada 5 org anak yg skolah dan smua kene RM250, mau pinjam along bapak budak tu. Gaji RM5K pon xcukup beb. Tu belum kira buku teks, barang2 skolah, baju kasut apa smua, blanja lagi. Makin bercelaru aku tgk sistem kita skang.

Jadi apa kita boleh buat, kita tgk ja la. Tol dah naik on 1st jan ari tu walaupon xsmua tol, but the impact will be the same. Kesan dia kita akan rasa pelan2 march nanti. Dan aku dgr minyak akan dinaikkan lagi but mungkin lepas pilihanraya. Korang ingat ckp aku, june ni sure ramai yg napas sampai keleher dah. Bank2 akan trus jadi kaya dan akan kluar dgn mcm2 package pinjaman peribadi (tiba2 org bank jadi kawan ko.. telepon siap tanya kabar and nak try dak package personal loan.. hampeh.. futher sapa2 nak cari keje.. pi cari bank or insurance...sure dapat bonus punya huhu). Along akan trus jadi satu alternative baru. Budak2 makin liar sbb mak ayah sibuk keje nak cari duit lebih. Jenayah makin meningkat sbb org dah terdesak nak truskan idup. Bila kita pikir2 balik.. ALL ABOUT THE SYSTEM. Jadi anda yg memilih tuk berada dalam system yg begini. Telan ja la kan.... ole

* xsilap aku ada satu kumpulan pembangkang penah menang di trengganu dlu. The next day lps depa menang depa trus tutup satu tol kat sana. Ada ka pemerintah skang brani buat mcm tu.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go