Pages

Ada ke pendidikan percuma?

Smlm ada golongan cikgu cikgi marah ngan entry aku pasal kes yuran skolah tu. But it ok, apa yg kita pikir blum tentu org lain akan berfikir yg sama. Masing2 ada point of view masing2. Kadang2 kita berfikir dalam ruang lingkup kita sahaja dan kadang2 kita berfikir dan melihat dari smua sudut dan ruang. Disebabkan pilihanraya dah dekat. Jadi aku nak kuarkan few entry yg agak radikal dan smoga kita dapat berfikir dari smua sudut dan ruang. Aku xmewakili mana2 parti politik. Aku hanya berckp pasal kegagalan sistem dan sistem itu sendri. Dan loop hole ni membuatkan smua org sakit disana sini.

Sebelum apa2 aku nak jawap few people yg kata mustahil education free dan xda mende free dalam dunia ni. Anda salah sbb anda cuma melihat sistem di negara ni ja, kene ingat sistem kita disini meletakkan xda yg free sbb smua mende dtg dgn kos dan pengguna perlu menanggung kos tu. Sedangkan anda telah membayar cukai yg sebenarnya perlu digunakan untuk menanggung kos tadi, jadi anda telah ditipu. Kemana duit cukai anda pergi tuk menanggung smua kos tadi. Klu anda melihat ke luar skit. Anda akan jumpa byk mende free lagi kat sana. Sila baca.

Ok, pada awal sebelum kemerdekaan dlu. Perkara pertama yg tunku abdul rahman buat adalah memberikan persekolahan percuma pada rakyat. Dari budak2 sampai ke org tua. Depa bleh ke skolah dan belaja. Opah aku ckp free. Smua disediakan oleh kerajaan sbb nak kasi rakyat celik dan tahu membaca. Itu satu, jgn kata kita xpernah buat skolah free. La ni kecoh isu pasal yuran. Mula2 gomen kata totally free. AKu ingat lagi the next day lepas budget 2008. Paper kuar kata it free. Aku xkata aku suka pada mende free. Tapi jgn le twist maklumat. Mula kata free pas tu kata bayar. Kita klu lihat budak2 kat skolah St John atau Victoria Institution mmg la ckp mak bapak xkisah sbb mak bapak jenis berduit. Cuba kita pi skolah ulu tiram hilir ke or skolah parit sulong. Tgk mampu ke depa nak bayar yuran RM300 satu kepala. Klu bapak dia keje penoreh atau pengait buah kelapa sawit yg berpendapatan RM1500 sebulan. Rasa cukup ke klu dia ada 3 org anak yg berskolah.

Actually apa yg aku nmpk skang education bcome a business in this country. Bukan bertani ja, education pon dah jadi satu perniagaan. A big damn business. Kadang2 ada perkara perlu dibusinesskan atau dipolitikkan. Dan ada yg xperlu dibusinesskan. Contoh education, pada aku ianya xperlu dilihat dari satu sudut business. It about pembangunan bangsa. Jadi konsep dan sistem tu nampak pincang bila education diniagakan. Klu kita amek europe sebagai contoh, kebanyakan persekolahan tahap menengah dan rendah is free. Klu ada pon bayor minimum ja. Xda yuran tandas atau yuran 'pad'. Sbb depa buat mcm tu supaya bangsa drg maju dari sudut akal sbb it totally education. Xda politik atau business dalam citer education ni. They really want to see bangsa depa maju dan anak2 depa ada akal. Kita kat sini dah biasa disogok, apa yg sistem dah tetapkan kene ikut dan mereke yg membuatnya sentiasa betol. Sdgkan dalam hati kita berkata mcm2(Xpyah tipu la). Lagi satu kita xdiajar berfikir betol2 tentang baik buruk apa yg ditetapkan. Trima bulat2. K, sbbnya sistem pendidikan kita yg ajar kita jadi macam tu (sejarah kata ikut kata org yg kasi merdeka, klu dak rusuhan kaum.. apara). Bila yuran tinggi, bayor, bila tol tinggi, bayor, bila minyak naik, bayor, bila barang naik, bayor. Sdgkan kita ada pilihan untuk tidak susah mcm tu. Pada aku kesusahan adalah satu pilihan.

Balik pada topik, dari mcm2 buku budak2 kene beli(business), then mcm2 tuisyen depa kene pegi(business), dgn mcm2 aktiviti ko kurikulum depa kene attend lepas skolah (business), dgn standard beg(business), standard kain samping(business), standard name tag(business) dan macam2 lagi. Aku ada 2 mende yg agak pelik nak share ngan korang. Kes tuisyen free lepas skolah dan PKN. Dgn budget berjuta2 buat mende ni smua. Krg rasa perlu ke? Apa function silibus yg ada diskolah sampai budak ni kene pi extra class lepas skolah, bodoh sgt ke budak2 or sistem silibus tu yg susah sgt. And koko lepas skolah tu xcukup ke sampai nak kene ada PKN. Pada aku budget yg depa guna tuk mende2 ni depa boleh guna tuk tolong kasi biasiswa or free education pada skolah yg dpt budget 30%. And again it about the businesskan, smua tu dapat habuan.

Ok ni aku nak kasi tau pasal CAPEX, secara kasar slalunya skolah2 akan sent budget pada kementrian tiap2 tahun. Jadi depa akan dpt budget dari kementrian skian banyak. Jadi skolah perlu gunakan budget tu sepanjang tahun tuk running smua overhead skolah, termasuk api air, tandas, kantin, gaji, pekebun, claim apa smua. Yg jadi isu bila skolah silap buat budget or kementrian cut budget tu. Jadi tu yg ada dpt 30% budget ja. Pelikkan, kurang dari sparuh. Baik swastakan ja skolah2 ni klu dah lebih separuh ja dpt budget. Btol dak. Then masa tu la skolah2 ni pening camna nak tampung hal student. Tu yg kuar mende bukan2 tu. Sampai 'pad' pon nak kene bayar. Sbb skolah kene cari duit sendri. Soalan dia kenapa budget dipotong dan kemana duit tu pegi.

Ok tuk mereka yg xtahu, kerajaan kita running by duit tax payor. Kita pangkah depa tuk uruskan duit tax tu supaya kita dpt balik kemudahan, keamanan dan segala yg patut. Klu kurang masalah that means they know how to urus the tax payor money. Klu smua naik, means they don't have the money and salah urus telah berlaku sbb kita balik kene tanggu kelemahan dan kenaikan yg ada. Untuk itu buka mata dan minda anda pasal isu ni. It not only about yuran skolah ja. But it about everything in the system. Klu kita pangkah pembangkang pon bende sama akan berlaku. Depa akan setup kerajaan baru dan akan gunakan duit pembayar cukai tuk running negara ni. Depa run bukan pakai duit parti depa atau duit depa sendri. Futher kita bayar depa lagi dgn duit cukai tadi tuk serve kita. Ini termasuk smua gomen people, polis, askar, spr, majlis daerah dan segala yg bersangkut dgn gomen. Tapi la ni korang tgk la sendri apa dah jadi. Are they(yg membuat sistem) working for the people or working for their own ass. Jadi kesan dia smua org akan tanggung termasuk staff gomen tu sendri.

Korang rasa mustahil ke kita akan dpt
1. Free tol. (penah jadi kat trengganu bila parti bulan trang menang)
2. Free education. (dah dibuat diluar.. negara xmaju mcm sri lanka pon dah ada)
3. Lower tax (income tax and other surcharge.. sama la.. bila xda duit naikkan tax)
4. Lower interest (again bila xda duit naikkan interest)

Jadi smua bersangkut pautkan. Not only kes yuran. It about the system. Kesan dia yg korang duk kecoh sana sini. But the root cause apa yg aku hurai secara kasar kat atas. Tu blum citer pasal inflasi, rezab, kwsp, petronas, maybank, cuepec, bonus gomen dan lain2. All that will give a big impact jugak. Hu2.

Klu korang rasa apa aku ckp salah, aku trima. Hentam lah aku semahunya sbb korang ada pendangan korang dalam isu ni kan. But i am standing with my point. (pi google search for F**K THE SYSTEM (exploited and system of a down).. hayati lirik dia).

But this is overall look of macro overview. Lihat cara menyeluruh. Sbb satu decision yg kurang bijak dalam micro mgmt akan kasi impact maksimum pada target audience dia. Yang tanggung aku, ko, dia, kamu dan smua org. Skali lagi, aku bukan anti pemerintah, just talk about the system. Ole.

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go