Pages

Siri Bercakap Dgn Jin - 1


Semalam masa buat PC kat kedai, satu student sudah berdialog dgn aku, kira mcm siri bercakap dgn jin le. Budak ni anak org asli dari pahang. Free thinker and mempunyai akal yg telah dimodenkan dengan idiologi liberal. Byk point yg di highlight dari sudut pemaham dia terutama dalam kontek internal political issues dan internal economic review. Dari banyak2 isu aku suka untuk highlight satu isu pasal pekerjaan. Dia duk complain kenapa fresh grade susah nak dapat kerja dan kenapa management people kerja relax tapi gaji besar dan mcm2 benefit dia dpt tapi executor yg duk stayback buat itu dan ini kerja mcm xda hari esok tapi dpt gaji skit dan selalu ditindas.

Kenapa fresh grade susah dpt kerja?
Minggu ni panas dgn cite pasal pekerja asing expecially dari Bangladesh yg telah dibekukan. Kes dia sbb dah terlalu ramai. Dari sumber yg aku dpt hujung tahun ni ja akan masuk 10,000 org pekerja dari bangladesh yg akan dibawa masuk tuk bekerja dimalaisi, smua dalam 'Q' list. Dan jumlah mereka yg sedia ada dimalaisi dianggar lebih dari suku juta org dari bangladesh sahaja. Ok itu baru dari bangladesh, yg dari Indonesia, Myanmar, Nepal, China, Filipina dan India kita xkira lagi. Total mereka yg menolong kita menjana ekonomi negaraku tercinta ni lebih dari sejuta org dimalaisi ni. Dan kebanyakan dari mereka ni bekerja dibidang pembinaan, penternakan, pertanian, perkilangan, IT, pembantu rumah dan pembantu kedai. Basic gaji drg plak serendah RM300 sebulan up to RM8000 mengikut tahap professionalnya mereka ni. Kat cyberjaya ni ja, ada berlambak2 professional yg datang dari indonesia, filipina dan india. Klu kat Terminal (satu2nya food court yg ada kat cyberjaya), klu kita campak batu kat org ramai, sure kene kat pekerja dari india.

Jadi kenapa drg ni ramai sgt? Tidak professional ka org kita? Pada aku la, malaisian student terlalu memilih dalam pekerjaan mereka. Ini fakta yg jelas. Dari database JPA ja ada terdapat 60,000 lagi kekosongan kerja dalam industri perkilangan dan pertanian. Tapi xramai yg nak pi try. Selain tu budak2 yg dok blaja kat 'U'ni xpandai pilih course. Amek ikut minat, konon nak kejar cita or ikut kehendak mak ayah. Tapi bila dah amek dan keluar bekerja, kebanyakannya akan menyesal amek course tu. Aku dlu minat giler sports science, tapi bapak aku suh amek IT. Dia kata kita tgk market masa depan, xlama kata dia, tgk dalam 5 thn ni, sedap2 ko abis blaja nanti aku guarantee ko ada kerja. mmg betul apa dia ckp, sukan hari2 aku boleh buat kata dia. Bapak aku melihat pada market selepas 5 thn. Selain tu budak2 skang ni demanding. Baru abis blaja mintak gaji bukan2, aku pernah terkena skali, dia ingat dia ada degree dia bleh trus mtk gaji riban2. Lawak pon ada bila interview xterjwp bila kita tanya, "Kami boleh bayar awak dgn harga tu tapi awak rasa kemampuan awak sama ke dgn harga harga tu, awak rasa awak layak ker dapat bayaran mahal mcm ni" dan pasti dia tau yg dia xlyk kerja dgn kami bila dpt soalan mcm tu. Org muda mmg xsabar.

Nasihat aku,
1. Cari pengalaman kerja dlu dgn gaji yg agak minima. Penuhkan ilmu didada baru demand. Pi tanya agency atau website cari kerja. Dptkan current market price diri korang tu sebelum send resume dgn format tah apa2 tu dan periksa figure supaya xmelampau dan akan memalukan diri sendri. Ilmu cari kerja kene ada.
2. Klu rasa nak playsafe, pi JPA or any gomen department yg berkenaan. Apply, apply dan apply. Jangan give up. Dari member aku dkt PTD, ada yg mintak sampai lebih dari 10 kali baru dapat kerja kat PTD. Gomen mmg mcm tu, kene sabar le skit.
3. Sebelum pi blaja tu pikirkan industri apa yg ada value 5-10 tahun lepas ko abis blaja. Tip skit aku kasi la, industri yg xkan merugikan sampai bila2, IT AND TELCO, BANKING AND INSURANCE, EDUCATION. Smua industri tu satu keperluan, kira dah jadi mcm mkn nasik. Jgn syok sendri amek course yg bukan2, for sure memakan diri nanti.
4. Masa belajar tu, pi la buat2 pi kerja masa cuti. Gain experiance. Klu rasa nak buat IT, pi buat part time kat kedai IT. Xdpt gaji mahal pon xpa, yg penting ilmu yg ko akan bawak nanti. Ni masa cuti dok rumah, makan tido, apa yg ko dpt.
5. Bykkan membaca. Xkira apa buku pon (buku yer, bukan majalah). At least gain additional knowledge. Xda la nampak jahil sgt bila org tanya masa interview. Kdg2 dia lebih byk tanya pasal isu semasa dari bidang kerja yg ko buat.
6. Xmo memilih sgt la bab cari makan ni. Masa trus berlalu, klu kita trus memilih, kita dah buang masa kita tuk gain pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kerja kita. Jadi xpyh memilih sgt.

Ok abis satu isu, isu kedua yg dibincangkan, aku just kasi dia satu crita ja tuk membezakan antara kenapa mgmt people mcm tu dan executor mcm tu.

Mgmt vs Executor
Satu hari dkt negara atas langit, ada la sorang pengawal sultan ni duk memikirkan masa depan dia. Dia slalu berfikir dan membezakan dri dia dgn sidang wazir yg xda kerja, tapi boleh bersenang lenang. Dia slalu membandingkan diri yg sentiasa dalam bahaya dan rasa lebih rapat dgn sultan dan lebih berjasa dgn menjaga sultan. Tapi dia cuma dapat gaji yg xsama dgn sidang wazir yg lebih tinggi. Jadi dia rasa betol down dan tertipu. Dia slalu tertanya2, mengapa? Aku yg kerja truk2 tapi sidang wazir yg dpt nama, dpt gaji lebih dan dapt kepercayaan sultan. Kenapa tidak aku? huhu

Satu hari dia dapt peluang berckp dgn sultan. Masa berjln berdua dgn sultan, dia pon berckp tentang apa yg dipikirkan. Lps abis berbicara, sultan tgk muka dia sambil tersenyum. "Kamu nak tau kenapa kamu hanya layak dgn tugasan kamu sekarang. Baiklah, ada kamu dgr bunyi anak kucing dihujung taman sana. Pergi lihat apa yg berlaku, kemudian kamu laporkan kepada aku". Selang 5 minit mamat ni dtg jumpa sultan dan kasi tau yg ada beberapa ekor anak kucing sedang mahu menyusu, jadi mereka bising dan berebut2 untuk menyusu. Sultan bertanya, ada berapa ekor kesemuanya. Mamat ni xpasti dan dia trus pergi balik kehujung taman tuk kira berapa ekor. "Ada 4 ekor semuanya tuanku" kata mamat ni. Hermm, brapa ekor jantan dan berapa ekor betina? Mamat ni jwp "Patik xpasti tuanku", dia pon berlari lagi ke tempat kucing2 tu. Sekembali ja dia trus jwp 3 jantan seekor betina tuanku. Hermmm, apakah warna ibunya? Sultan trus bertanya. Skali lagi dia pi kesana dan dapatkan warna ibu kucing tadi. "Putih tuanku". Jwp mamat tu. "Baik lah, kamu keletihan bukan, skrang panggilkan saya seorang sidang wazir".

Apabila sidang wazir sampai, sultan trus menyuruh mamat ni perhatikan apa yg sidang wazir akan buat dan nilai diri mana yg patut. "Wazir, kamu kehujung taman sekarang, kedengaran bunyi kucing disana, lihat apa yg berlaku". Slang 5 minit si wazir pon balik dari tempat2 kucing tu. Wazir pon berbicara, "Disana terdapat 4 ekor anak kucing yg sedang menyusu tuanku", "Apakah jantinanya wazir" tanya sultan, "ohh, 3 jantan dan seekor betina, kelihatan ibunya berwarna putih tetapi anak2nya bertompok hitam, patik rasa pasti bapanya tentu si hitam kucing putera ali". Sambil tersenyum sultan bertanya kepada mamat pengawal tadi. Kamu nampak kenapa kamu perlu bekerja disana dan si wazir berada disini sebagai wazir?

Jadi dari crita bodoh ni, aku rasa minah tu tau la sbb apa org dalam mgmt ni nampak mcm xda kerja tapi bergaji besar dan executive yg perlu bekerja keras. Haha.. xpaham bukak buku. Ole

kuchalana

Only Those Who Risk Going Far Can Possibly Find Out How Far They Can Go

No comments :